24 February 2015

Gong XI Fa Chai 2015 #ComingHome

eh betul ka juga ejaan ini.

baru ni cuti raya cina kan..

jadinya cuti tu mula Khamis kan.

Tapi SS mau pulang hari Jumaat. Alasannya malas hadap jamm.

aku pun malas juga mau hadap jammm.
bernanah juga mata ni kalau jamm. Lagi dua kanak-kanak-kanak ribena ni. Tau sajalah.. bila sudah boring...

patut lah macam-macam kempen orang marketing buat..macam ambik gambar dengan kereta lah


comel jak kakak ni..siap ada anak lagi..mana tau rejekinya..dapatlah ipad mini atau tiket wayang..sapai 1 mac tu.. 




STEP 1

SPOT A #MINIOREOCAR AT 
SELECTED MAJOR HIGHWAYS AND 
PETROL STATIONS.


STEP 2

SNAP A CLEAR PHOTO OF THE 
#MINIOREOCAR AND POST IT ON 
INSTAGRAM, FACEBOOK OR 
TWITTER.


STEP 3

INCLUDE THE HASHTAG 
#MINIOREOCAR AND WRITE A 
CREATIVE CAPTION TO MATCH 
YOUR PHOTO



kalau jumpa kereta mini merah mak ngah..cepat amik gambar..buat hastag..rezeki manatau kan..PERAK, N9, SELANGOR, JOHOR..














































aku kalau nampak mau juga...tapinya..jalan LPT..kesian kan..haha


sekali. tengah hari lepas makan. Katanya kita balik hari ini. Malam jumaat patut ada meeting, tai cancel..
aku buat dono jak. Baru pulak dikasi tau ada meeting..hehe
tapi kemas jugalah barang.

sekali petang. Adalah beberapa kerjaan belum sattle.
sempatlah main beskal keliling. Bawa Fath dan Waafa tukar-tukar juga.

sejak hp ku ada penyakit. Susah juga..jadi masa terasa banyak terbuang juga. Sebab bila ada hp..adalah reply inbox wassap dengan cepat.

kasihan mereka yang bertanya. Bukan malas mau jawab..tapi hp ku dah OKU..huhu.
mana mau cekau duit beli baru. eh..tiada niat pun mau beli baru...

kembali kepada tajuk.

selepas naik beskal, terus masuk kemas rumah..mandi..solat margrib. Sidai kain..lalalaa. Masukkan baki nasi malam tadi dalam tapau.
SS gi surau Isyak

bertolak!.eh singgah Petronas dulu..kasi makan kereta. mau Ron 97..tapi dekgaga kesian.kampung  kan.. :)

beli roti,.air kotak.

jalan..masuk jalan bengkang bengkok. Budak dua ni dah berzanji mau roti..mau air.

tertunduk-tunduk gue layan.

sekali..nahhh kepeningan..terus aku rasa seperti keloyaan dan moring sickness. OMG.

budak 2 ni masih mau ini itu.


jalan. Sampai Petron..singgahlah kita. Sebab memang rasanya perlu juga ni memuntahkan baru enak balik rasanya.

terus lah jakun..tengok kecantikan toilet di Petron dekat Selayan tu. Kagum.
sebab dalam minda terset keadaan toilet Shlell yang selalu bikin sedih juga.

bila dah buang..3 kali uwekkk. lega sikit. telampaulah kan..kalau terus ok.

terus jalan. masuk Tol Gombak..eh tol RM4.50. Bukankah RM5 sepatutnya?.
keadaan jalan masih ok..lancar jak perjalanan.

pelan-pelan makin banyak lah bas..

faham sajalah...selepas pukul 10 pun..bukan pukul 1.

sepanjang jalan..rasa tidak selesanya juga badan ini. Tapi tidaklah tertidur pun..kasi teman mata.

singgah Petronas. Ya...ramai nyaa..LPT ni memang spesis sibuk kalau time cuti. BEst kan..raya cina pun mesti mau dimanfaatkan.

makan wafel..makan nasi..makan mamee megi.

suka aku suasa PETRONAS ni..mesra bunyi..sebab suara menjemput..mata tidak tengok kita pun.
"selamat datang puan..ya..boleh saya bantu".

nada mendatar gitu..haha

kat Jepun, aku perasan tengah buat kerja dorang akan jemput juga kita..
toleh juga ke muka kita.

https://www.youtube.com/watch?v=w7GAWIdx5xc&feature=youtu.be

eh..kan pasal Gong Xi...video ni..barusan aku nampak. Iklan petronas memang osem dan realistik juga.
ada satu tu yang klinik dan adibah Noor tu tunggu jam 5..lucu jak..ntah berapa kali aku nampak. Kesimpulannya..


[WATCH] PETRONAS CNY 2015: #ComingHome

sama jak pun style Raya kita..minta para keluarga berjumpa. Bila ndak jumpa terasa bagai suatu kerugian dan kurang seri. Bagi aku..bukan raya pun boleh juga bah..

macam dalam video tu..lelaki tu kerja di India..huhu..kebetulan aku terbaca tulisan seorang dentist yang belajar di India..dia siap buat tajuk.."Ada di India, Tiada Di Malaysia".

kita rasa macam kesiannya. Tapi diorang ni sudah lali bah tu..

aku mula ingat lelaki chinese tu terkejar-kejar bawa mangkuk tingkat, tumpang basikal, naik bumbung bas, sebab tiada tiket ka apa...tumpang lori..naik dengan kambing..eh Tahun Kambing kan tahun ni..mbekkkk..mbekk.

naik motor..akhirnya mencari-cari..tanya orang..

lucu pulak..last sekali..rasa sedih juga.

aku harap sepanjang ada mak bapa, kaum keluarga ni..aku dapat manfaatkan insyaAllah.



sambung kisah balik Koyan 

lepas tu..makanlah..walau SS kurang suka aku makan megi..alasan aku..mau buang angin dalam badan.

makan nasi lauk telur yang bawa dari rumah.

keluar jak Petronas. Fath lari-lari. Terjatuh si kawan..ndak perasan pun luka..di tangan. Besoknya baru perasan dikawasan pergelangan tangan tu luka..lepas tu lutut.

kesian Fath. Patut menangis dia.

Fath ada Dahin..seronok lah..kawan gaduh, kawan main. Lompat katil sampai berubah kedudukan tilam.
main pintu. Bagi salam..buka pintu..bagi salam buka..tutup..buka..huiii

Wafa pula mau cekau muka Dina..padahal Dina rileks jak pun. Mungkin Waafa geram..kenapa ada budak ni

adalah borak sikit dengan MIL. aku bila ada kak ipar ni. kurang sikit borak. Segan pun ada..

SS bahagia tengok sukan. SIL aku bawa decoder astro..pasang.

sempatlah layan movie cerita gantung..aha bikin panas. SS paling bengang.."rugi..rugi". 


tu jaklah aktviti balik rumah cuti CNY ni..haha.
berisi badan. Kata SS. Sebab dari breakfast sampai dinner. Semua tersedia.
yolaaaa..

Sabtu petang baliklah kita.
singgah sekejap beli ABC.
lama tunggu SS di kereta. Suruh Fath tengok mana abi. Kalau tiada abi..balik semula sini.

tu diaa...laju bukan main Fath larii.
ngam-ngam SS keluar kedai. laaa beli asam-asam rupanya.
Fath kata ABC tu dia beli. Sebab dia yang bawa...
layankan.

lepas tu..marilah kita singgah kutip iktibar.
lawat kubur abah Yob.

Fath tanya..
"atuk mana"

umy: "atuk dah meninggal..dah kena kubur "

Fath: "arrhh?..atuk mana abi??"

abi : " atuk kat bawah ni" (tunjuk kubur)

nampak SS macam ngalir air mata..

lepas tu nampak hujung sana ada pacik tu tengah berzikir.
bila lalu perasan..kubur tu baru lagi. Kubur isteri kot.

muhasabah..muhasabah.

balik tu..sebab makan ABC..nahh..mau ke tandass

masuk Raub sudah nampak wajah jammm.

padahalnya..LPT lagi double jammm. Pergh..aku agak dalam 10KM kot padatnya

ore pantai timo ni memang rajin balik kampung. Bagus..bagus..

sampai juga di RnR Genting Sempah...cepat cari toilet. SS tunggu.

sekali baris juga.

tapi ndak lama lah.

lepas SS juga..

sekali.."bagus kita solat terus".

iya...bagus.

aku ndak perasan sangat..tapi dekat RnR tu memang dah ok pun..rasanya..ada kereta rosak..
lepas RnR GS tu ok jak.

aku mana perasan juga..

terlelap dan bila masuk latar..waah ada bunga api!

malam khamis sebelum balik pun ada nampak juga kan depa ni. Jadi kuranglah kejakunan sikit

singgah makan dekat gerai belakang Klinik.

sampaii...lupa jam berapa..

sebelum pukul 1 kot..


pengajaran
1. atur kehidupan. kalau rasa mau travel atau balik kampung. Kemas barangan seawal 2 hari.
2. jaga pemakanan..makan 2 jam sebelum perjalanan
3. baliklah kampung lawat mak bapa..ambik masa layan mak bapa kita. kadang depa ni suka berborak. jadilah pendengar.
4. kasilah budak-budak berkawan dan bergasak. Asal jangan terluka sudah.
5. kawal perjalanan..jika bencikan jamm. bertolak awal sehari..atau pada waktu orang sedang lena..dalam pukul 2  pagi begitu (ini SIL aku biasa buat).


nota kaki:
sebab kamera hp pnya SD bermasalah. Kuranglah isi gambar. Kamera pun ndak dibawa. ada gambar dalam FB. Fb pula setting baru..eiiiii..
nanti aku masukkan gambar yang terambik masa CNY2015 ni

No comments:

MASTER Pendidikan Awal Kanak-Kanak

salam. ramai tanya, camana eh nak sambung belajar dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak? soalan kan, nampak mudah. ok, saya share pengalam...