oleh kerana SS ada cuti..Sabtu-Isnin.
maka SS berbesar hati yang amat bawa kami jalan-jalan.
aku ni pulak tengah emo. Tidak mau ke bandar besar. osaka tu bandar setelit. sudah pasti besarlah..
tapi..bila fikir dah orang ajak. Jangan buat perangai lah.
bila google..semua lebih kepada shooping segalanya, Makanya lagi makin tidak berkenan. Cuma tang hutan bambu tu..aku berminat lah.
lepas terfikir..jarak dari Toyohashi ke Osaka..mesti jauh. Takkan naik bas. naik bas kena sambung. naik tren pun. Tapi tulah aku lupa chek. Toyohashi ni pusat pengankutan gak..
jadi segala macam tren akan lalu sini.
maksudku lalu dikawasan Toyohashi Station. Macam ala-ala KL Sentral. Segala pusat disitu.
SS pula duduk di Associa Hotel.Bangunan dalam Toyohashi Station tu juga. Untunglah...memang bagus hotel tu..
jadi. SS datang dari hotel...patut terus gerak. Tapi aku lagi baru mau tidur dengan nyaman.
huh.
tiadanya mahu sarapan, kemas-kemas..mandi 3 orang ni. Semua tu amik masa. Dah pukul 11 baru jalan kaki ke jalan besar.
Padahal belakang rumah pun jalan bas. Cuma lupa plak..
ngam betul.
jadi bejalan kakilah kita ya..dalam 100 meter kot..atau kurang..jauh juga lah..ehe..
ni bejalan kaki tengahari memang ngam. Rezekinya duduk negara sejuk..ada angin sejuk..jadi kurang terasa panas pon.
ni belum setting kecerahan hp..jadi si abam kelihatan kegelapan yang amat bangat |
monopod tiada..tangan pod pun jadilah labu... luas lorong pejalan kaki/basikal..sebesarlaluan jalan kenderaan 2 hala tu. |
belakang tu tempat tunggu bas..tiada pondok ya..kalau hujan..emm..diorang guna payung kali. Sikap diorang ni..berbaris tunggu..padahal bas belum pun sampainya lah.. SS tu tengah kira bajet,,atau kira setting masa perjalanan?? |
naik bas, dapat kerusi untuk 'orang-orang yang diutamakan'..hai..Topi Waaf a ni jatuh masa jenjalan gi taman dekat-dekat rumah. Ada juga hartamu jadi kenang-kenangan di sana cik Waafa :) |
Sudah beli..masuklah no yang ditulis di ticket. Sebab SS ni mahu sahih..gi tanya orang yang lalu situ juga..ni ke Osaka-Shin eh *shin ni maksudnya-central |
abam takut pulak naik escolator ni..padahal..sebelum ni..pantang tengok |
Bila tengok depan mata dan rasa sendiri angin kelajuan kerata api laju ni...Fath lah paling terujaaa. Waah laju..lajuuu |
mau naik pun..aku snap juga..ndak payah posing kira 123 ya main snap-snap jak |
bila dah duduk..aduh lega...cuma dalam ni ndak sejuk..kami pula pakai jacket kan..hih |
ada meja boleh adjust..kerusi pun boleh kasi rendah belakang untuk tidur.. tapi tengok juga ada orang belakang kah tiada,,,masa ni ada orang belakang..keluarga juga..jadi ndak dapatlah |
Fath ni sedang perhatikan budak belakang tu..adalah diorang borak sikit..bahasa budak-budak ni..kadang akupun tidak dapat teka |
fath masih khusyuk |
masa masih cergas..mari kita snap..snap..guna hp juju abi |
|
baru dia pandang |
sebab Waaf a enak tidur..kita senang juga lah hati amik gambar |
sambil tengok orang-orang bandarmerokok dan buang rokok situ jak..ada orang rambut panjang dan kasut tinggi ni lalu..aku rasa artis..lah kot |
terfikir camana mau keluar dari stetsen Osaka-Shin yang besar. Rupanya kena laluan lain. Dan bermulalah pengembaraan kami dengan beg belakang dan sedikit stress |
sambil jalan cari hotel yang ndak ditahu..jumpa hasil kerja ni |
makanya..SS pun makin kalut..hari pun mau malam. SS tanya siapa ntah..rupanya stensen yang kami cari tu..kena naik tren dan tukar tren untuk sampai.
maka kami pun ikutlah..
sesak..sebab mau malam..orang balik kerja.. jumpa lagi orang untuk SS tanya sebagai pengesahan mau ke Stesen tu. Dan
bila naik keretapi lain. Akulah panas hati. Tengok aku bawa anak ni..diorang mana ada mau offer duduk. Haha..sama jak pun perangai orang kita di sini.
tanya penumpang sebelah..syukur sangat budak tu kata dia pun mau turun stetsen yang kami mahu turun.
Stesen Imamiya lah yang kami cari tuuuu |
sampai pun. Walaupun GPS beliau ndak ditect tempat ni..berkat budak tu tanya hotel tu..dapatlah kami sampai..masuklah tanya kaunter. cehhhhh..PENUH! aku chek semalam..ndak pun..hemmm |
bila dah round dan tanya..maka kami dah fed-up. ditambah dengan suasan kawasan Imamiya yang kotor dan ramai orang. Bertambah-tambah aku stress. Dan paling tidka boleh bla..tensi. sebab tenet tiada. Susahnya..mau minta tolong orang lain yang duduk OSaka pun susah.
SS lagi lah..bila aku stress dia cuba coolkan. Tapi akulah lambatnya cool.
maka kami sepakat cari penginapan tempat lain. kena naik tren balik. Dan syukurlah..dapat solat maghrib jamak di paltform yang sesak tu. huh.
Ya Allah mudahkan jangan susahkan.
mudahkan tu maksudnya, nampak susah..tapi kita boleh lalui.
aku ingat mau turun di Nakaba..tapi SS kata ndakpalah..kita balik ke tempat pertukaran tresn bandar tadi.
turun tren..kami nampak ada hotel tepi tu..
jadi kunun stay lah situ.
jadi SS pigilah hotel tu..
dan kami 3 ketul tunggu di kawasan lobby stesen apa ntah di tengah bandar ni.
Waafa ni asyik berdukung kan..jadi kasi peluang sama dia lah.. |
lama pula SS ni pigi servay hotel..malam sudah..angin pun kuat..sejukk. Pegang tangan Waafa macam ais sudah..kasi paksa dia pakai hood tu. suruh duduk janganlah jalan-jalan |
.
tunggu lama. Otakku pun terfikir..camana kalau ada orang buat something dekat SS. huh. Istighfar terus.
lama-lama SS muncul dan..
PENUH!.
sedih pun ada juga.
Tapi SS tidak patah semangat ..pigi cari kaunter untuk tanya tempat untuk menginap malam ni.
dan..rupanya ramai juga mencari penginapan. Pelancong luarlah tu..
punya lama aku tunggu. sampai abam bangun makan dan minum air yang kami beli di kawasan situ juga. kan tadi fath mau roti..tapi belum makan..dia terlelap sudah kesiann.
dalam sejam SS cari info di dalam stesen besar tu..datang balik gitau. malam ni Osaka sesak. Ramai kan orang bercuti..kan 3 hari cutinya. Pulak kawasan OSaka ni sorga membeli-belah dan fesyen.
akhirnya kami cadang naik tren balik ke OSaka=Shin.
manatau ada hotel boleh stay sana.
iya.
tapi SS fikir..kalau aku tunggu di stesen yang akan tutu pukul 9 tu..jadinya, SS suruh tunggu dikawasan yang tidak akan dikunci.
dalam perjalanan sebelum ke Osaka-Shin tu.SS kata kita tidur jak di stesen la,
aku pun..fikir ok jaklah..
tapi..
ntah rasa mau cuba juga dapatken penginapan yang lebi h selesa.
mesra OKU..untuk yang masalah penglihatan pun sesuai |
setelah fikir panjang..baliklah kami ke Toyohashi..dan alhamdulillah ada tresn last! |
sementara SS beli tiket..mari kiat sandar dinding dulu sambil snap..tenangkan hati..takpa..Osaka bukan best pun..pujuk hati |
dan naiklah kita Shinkansen balik. kali ini lebih aman damai. SS kata kawan di di Kyobe pun pening lalat.Sesak.. |
tenang lah hati..balik ke Toyohashi..kena tukar tren di nagoya Station.
petugas Shinkansen ni SS tanya ..fahamlah sikit..kami kena ke platform 2 untuk ke Toyohashi |
walaupun kena cepat..sebab tren ke Toyohashi dah sampai..harus tunjuk kemahiran tanganpod..dapatlah masuk muka comel tu.. |
mau ke Platform tu..naik tangga ni lagi. abam dah kurang takut..siap mahu naik pegang sendiri. Bila berjaya cakap "abam pegang"..kita pun puji.."pandailah abam..pandai pegang sendiri" |
lif Associa Hotel Toyohashi..mesra OKU juga |