25 October 2014

Aku Cerita menangis Dan Bas Jipun


Aku Cerita menangis Dan Bas Jipun.
Aku ikut umy ke kedai...konon umy mau beli pakaian.
Bas pukul 6.24pm..pukul 6.20 kami sudah terpacak berdiri disitu. Sambil tu aku tidak sabar makan roti 7E..yang baru dibeli.
aku tanya "umy mana bas ni?".
Umy kata bas lambat.Mungkin bas ada hal.
Ni memang janji jipun..lama juga kami tunggu..berapa minit ntah lewat dari jadual yang ditulis.
Tidak lama kemudian,umy kata tu sana bas...
Sukanya aku tengok itu bayangan bas.
Aku akan naik bas lagi. Yea..!
Dalam bas aku minta umy buka itu roti. Umy bagi aku sikit.Waafa sikit.
Waafa tu diam jak dalam kendongan.
Sampai kedai..aku teriak mau rotiku. Sebab umy masukkan dalam begnya.
Umy sudah panik. Sebab aku teriak dan nangis kuat-kuat.
Umy kata jangan nangis,nanti kena tinggal.
Tapi aku menangis jugaaaa.
Akhirnya umy bagi rotiku..aku simpan atas troli.
Tapi jatuh..lalu umy simpan dalam bakul.
Tapi aku tidak mau simpan di dalam bakul.
Aku teriak lagi.
Akhirnya umy suruh aku pegang..sambil buat muka garang.
Aku peduli apa..kalau aku mau jerit..menjeritlah walau dimanapun.
Setelah pusing kedai yang sejuk kerana banyak sangat frezzer terbuka..umy pun sudah mula lap-lap hidung. Tanda umy sudah tidak tahan sejuk.
Kami pun pi kaunter bayaran. Tapi orang ramai. Jadi kena berbaris. Waafa sudah keluar taring..tidak selesa.
Akupun..sejuk juga
Umy suruh pakai hood jaket. Tapi aku tidak suka.
Syukurlah ada satu pekerja tu baik hati..dia bawa kami pi kaunter yang closed tadi.
Selepas membayar. Kami perlu berjalan untuk ke stesen bas yang tiada kerusi tu. Tidak jauh kalau jalan sambil berborak.
Penat juga tunggu bas..tapi bas tiada pula.
Aku tanya berpuluh kali..bas mana.
Umy kata kita terlewat beberapa minit. Kena tinggu next bas.
Lama juga...
Jadi aku tanya lagi berpuluh kali. Jawpan umy sama jak. Bas kat Stesen Toyohashi.
umy suruh nyanyi macam-macam sambil tunggu bas.
Umy dah sejuk. Aku sejuk juga..tapi tanganku masih panas.
Tangan umy dah macam ais.
Tu lah..lain kali pakailah baju tebal umy.
Aku nasihat umy. Tapi umy kata dia tak faham sepatah hagham pun.
Umy chek tangan kami..umy kata semua panas lagi.
Setelah beberapa lama. Bas pun nampak dari jauh.
Umy kata aku ni kalau nampak bas senyum sampai ke telinga.
Dah memang aku suka bas..
Mau buat camana lagi kan...
Sebelum naik..driver tambahan tanya umy nak kemana.
Nasib umy faham juga soalan tu.
Tapi kerusia bas yang kami biasa naik..ada nenek dengan atok duduk. Aduh...umy pula suruh aku duduk sebelah diorang.
Umy duduk sebelah..
Aduh...ini menakutkan.
Aku cepat-cepat nangis...
Nangis...
Barulah umy letak aku dipangkuannya.
Tapi kakiku tersangkut.
Haha. Yang penting duduk dekat umy..aku dah rasa tenang.
Bila nenek depan tu turun. Umy pun duduklah situ.
Akupun duduk sebelahnya. Bahagianya hidup.
Aku tengok ada butang merah ditepi kerusi.
Gatalnya tanganku mau tekan.
Tapi aku takut umy marah..jadi aku pegang hujung-hujung sajalah.
Tiba-tiba driver tambahan tu datang dan cakap jepun.. Suruh aku jangan tekan loceng tu.
Aku terkejutlah..
Terus aku tertekanlah..dan menangis lagi kuat dari biasaaa.
Umy tutup mulutku. aku gigit tangan umy.
Umy tutup juga..
Sampai pun aku masih menangis.
Umy pula lambat betul. Tukar duit dulu baru bayar tambang.
Driver tambahan tu minta maaf dengan aku. Tapi aku takut dia..jadi aku makin lah kuat nangis.
Lamanya aku nangis. Umy kata jangan balik kalau nangis. Nanti jiran marah
Aku tahan-tahan juga.
Tapi ternangis juga. Terhenti-henti kami berjalan dari jalan raya ke rumah.
Selepas cool. Barulah kami jalan ke rumah.
Jiran sebelah tu ada anjing..aku takut juga. Itu yang membantu aku kurang nangis.
Terima kasih umy,sebab sudi tulis.

Yang Menjalankan tugas:umy