29 September 2025

JEPUN 20

 alhamdulillah.


Bila sampai sahaja, rasa beku kaki dari parking ke bilik, perlahan terawat. Masa untuk merawat diri bila mengembara ini, hanya ada beberapa jam. Kita harus berterima kasih, bersyukur. Kerana ia kan suatu pengembaraan yang hebat.


Masuk sahaja bilik kita, wudhu disingki luar, sambil jaga air tumpah ya. Bilik air ada 2 dalam tu. Semua itu untuk kita. Mungkin juga boleh digunakan orang lain, sebab bilik air ini dekat luar.

Selipar luar pun disediakan.


tandas 2, singki 2, bilik mandi tiada...haha. Sebab hotel ada bilik air panas di atas sana.


keluarkan futon dan selimut dari almari. seorang satu. abi dah penat. Ikut dia keluar 3-4 sahaja cukup.

umy mana boleh, kena keluarkan seorang satu. HANYA MALAM INI, sahaja peluang yang ada dan merasai.

.
gambar dari Booking.com

bilik dia besar ada 2 ruang. Penat belek dalam web dia sendiri. Tiada gambar untuk bilik kami. Dalam tu semua tunjuk bagus-bagus sahaja. Ada bilik mandi. Sedangkan yang kami dapat dibawah tangga ya...hahah. Mau membebel, tapi dah penat kan. Yang booking pun aku juga. Yalah semua aplikasi tiada sudah hotel kosong di kawasan bandar. Kecuali di kawasan kampung atau ladang.

harga dalam 300 keatas juga. Hujung minggu pula.

Lain kali kalau mau pi kawasan tumpuan, bandar, cepat booking hotel dulu.

Bilang SS kalau dikawasan kampung atau ladang, memang bersalji tapi nanti bahaya. Bukan semua orang sana baik-baik. Betul juga. Janganlah risikokan keluarga, demia hotel yang memuaskan hati. 

Anak-anak semua kagum saja dapat merasai kehidupan Jepun dulu-dulu. Mereka kan guna tatami. Info la dekat anak-anak. Kebetulan sebelum tu, anak-anak tengok cerita Only YesterdayPonyo, anak-anak ni mana tau sangat Ghibli semua tu. Umy pun sama...kih kih.


Hotel ni ada TV, pemanas air. Kan cukup syarat sudah tu. Pemanas tu wajib. Haha. Tingkap berlapis, tapu kertas kot. Sekali anak cuit boleh koyak ya.

buka tingkap, kita dibawah ais... mau sentuh, tapi tingkap ada jaring..

budak ni mengantuk, tapi umy paksa tengok luar semua pun kena paksa. Pengalaman ni mahal

best kan salji..

anak-anak mesti bingung..


Bangun pagi, solat subuh berjemaah kita. Di bumi orang ini, kita terasa hanya KITA yang ada. Paling utama ingat ada ALLAH dimana-mana saja.

Kalau dirumah, jarang ada peluang diwaktu Subuh itu. Sibuk sangat?.

.

JEPUN 20

 alhamdulillah. Bila sampai sahaja, rasa beku kaki dari parking ke bilik, perlahan terawat. Masa untuk merawat diri bila mengembara ini, han...