28 September 2025

Jepun 19

 dalam perjalanan ke Yuzawa tu.


Pertama kali nampak salji di tepi highway, semua ter "waaaaaaaaaaa".

kagum dengan salji memutih itu.

umy risau jalan licin. Kita ni jalan bergunung, macam dari Gombak ke Bentong, cuma ini tidaklah belok belok.

anak-anak dalam otak mereka main saja. Mereka rasakan salji ni terlalu indah..

kita singgah lagi RnR, kali ini dapat salji banyak sikit. Yang masalah satu anak ni, mau berlari di atas salji keras beku itu.

first RNR tu. 

Yang kedua ni, agak kecil berbanding tadi.


Akido ni, kita elak pijak beku ni, dia berusaha pijak juga...grrr suara umy juga memecah.


Umy dah malas baiki tudung, pinjam snowcap SS.


anak satu ni, suka pakai jaket tu dari jaket lain. Padahal berat jaket tu. Tandas mereka kecil sahaja. Ini kalau 1 bas masuk, kenalah beratur. 


kita lalu Kan etsu EXPWY.

kita berada sini waktu malam, pemandangan agak terhad. Ini cabaran bila kita bergerak bila malam.

Umy memang tidak ambil tahu pasal perjalanan kita. Sampailah kita masuk terowong ni. Terus buka Google. Ya terowong ni panjang.


.
kredit gambar SINI

 lepas tengok salji, semua anak pun terbuka mata dan minda sekali...haha.

walau gelap. Tetap kagum dengan terowong ini. Terowong melalui kaki gunung Mantarosan.


lepas saja lalui terowong ni. Terus terasa kita masuk dunia lain. Huhu.

Lagikan, malam. Banyak baca ayat Qursi. Dunia ini kan ramai makhluk Allah tinggal..

.
.
salji memutih, ada rezeki bila kita sampai dalam keadaan salji tidak turun



dengan salji yang lebih tinggi dari kereta ni, buat kita blur sikit tengok simpang. Kita punya penginapan kita dapat ni di Hotel Yuzawa Denkiya. Hotel ni booking lambat sangat, sebab kita ni ramai. Kenalah cari hotel yang muat dan mengikut undang-undang mereka. Guna aplikasi Trip.

sampai sahaja. SS pi daftar. Kita semua tunggu sajalah dalam kereta. Anak-anak dah gatal tangan mau betul main salji itu.


Jalan sempit, berair, salji kiri kanan penuh. Rezeki kita nampak ada kedai mini tadi, lepas daftar semua pi kedai tu. mula-mula mau tunggu saja dalam kereta. Tapi anak-anak ni mau betul masuk kedai itu juga.

Dalam keadaan lantai jalan basah, sebab mereka cairkan ais. Anak-anak pula teruja saja. Beli sikit makanan. Makanan dari Fuji ada lagi.

ais tu baru kot, itu yang tinggi cantik saja. masih lembut.

kita kena parking jauh sikit dari hotel kita. Ni macam parking awam, tapi macam parking milik hotel depa tu.





alhamdulillah lepas makan semua, cuci muka, mandi tidak perlu ...hihi.
bilik ni paling bawah, muat ni 10-12 orang. Tradisional punya. Dekat web lain penuh. Bila buka Trip barulah ada. rezeki juga tu







 


Jepun 19

 dalam perjalanan ke Yuzawa tu. Pertama kali nampak salji di tepi highway, semua ter "waaaaaaaaaaa". kagum dengan salji memutih it...