bismillah.
Sepanjang laluan ini, memang penuh dengan panorama gunung Fuji. Ya di muzium yang kita singgah di Narusawa itu, itu kita ada tempat bergambar jauh lebih cantik ya, tapi itulah nak naik tangga dulu, kena QR bayar dulu...
memang jelas habis la. Sebab kita yang dibawah ni pun dah seluas mata memandang.
Selepas siap, semua masuk kereta. Tidak dibenarkan lagi singgah-singgah ya. Kita mahu fokus tujuan. mahu ke Fujimilk Land!
Sebuah ladang yang betul betul dilereng Gunung Fuji. SS kata penginapan sini motif dia bukan keuntungan. Dia lebih kepada, pengalaman pengunjung. Dia kan ladang lembu. Kita kena sampai cepat. Kita mahu solat dan jalan-jalan sekitar nanti. SS dah kata, nanti sanalah kalau mau menikmati Fuji san itu puas-puas.
Sepanjang ke sini, jalan memang bengkang bengkok dan gunung Fuji melatari. Subhanallah!
ada sign, hati-hati dengan Deer. Anak-anak kata Deer tu tinggi kalah kereta. Umy pun pernah tengok video di barat sana, bahagian utara. Tinggi macam lori bawa tangki itu.
Borak-borak dengan laluan bengkang bengkok, sunyi.
Alhamdulillah. Akhirnya kita sampai. Kemas-kemas barang, solat jamak qasar. Jalan-jalan keluar. Rehat sekejap. Kita mahu ke kawasan bandar dia untuk beli barang makanan, dan jejak kenangan 2014 dahulu.
Sana ada Jusco kan.