20 September 2025

Jepun 17

lepas meninggalkan bumi Fuji Milk Land dengan penuh kesayuan..

seterusnya, ialah tapak viral tengok gunung Fuji!


hehe. Ini Idea SS ni, aku tiada kuasa mau bangkang. Sebab macam menarik juga.

dan satu lagi situ dekat Masjid!

Hari  ini Jumaat!.


tapi kita juga terganggu sedikit, mau kesana atau terus fokus ke Yuzawa. Risau jammed. Jumaat petang kan. Kita kalau Jumaat petang keluar KL tu boleh tahan. Ni kita, ibarat keluar KL la nanti.


setelah sesat dan terlepas beberapa simpang, kami sampai juga titik viral ni.. hahah. Puncak Fuji tidak nampak, yang kami sampai ialah simpang 4!

kami tertipu dengan pin pada maps.

itulah risiko terpengaruh dengan viral viral...keh keh.


lepas ni marilah kita pi masjid. Masjid sebelah kiri. Dah jelas nampak. Tapi parking kena belok sebelah kanan. Sekali lagi kami terlepas simpang parking.

Rezekinya, mau cari tempat letak kereta berdekatan, selepas sekali lagi terlepas mau buat pusing U-turn, akhirnya kita berpeluang mengelilingi tasik. Punca semua ni sebab tempat yang lalu ni kecil sahaja. Sampai kita hilang fokus.

dapat naik jambatan yang membelah tasik terkenal ni, rezeki rupanya. Anak-anak ada yang terlelap. Yang tidak terlelap dapatlah terkagum kagum. Kagum sebab sekarang kita berada di atas jambatan! hehe. Tasik yang terbesar ni, memang tumpuan rupanya. Yang kami pula sebenarnya mencari ruang untuk buat pusingan-U!. Kredit Google. Gambar 2015, banyak perbezaan berlaku. Tapi jambatan dia tetap sama!. ada ruang tepi untuk jalan kaki, memancing mungkin...


macam best pula memancing sambil bakar-bakar ikan. hehe. Mesti sini aa tapak camping... ya Allah, lain macam impian kita ni.

hujung sana satu, ada terowong, sebelum terowong ada ruang untuk keluar jambatan, dan tempat tempat viral. Boleh kata memang ambil kesempatan la cipta apa-apa yang boleh buat orang luar datang..


ada nampak bas yang bawa orang. ni kalau dapat 2 hari, dapat round semua tempat, eh 1 hari pun sudah cukup. Boleh tengok  SINI!

sini ni, tiada kereta sewa, tetap bebas boleh explore semua tempat pun. Itulah kelebihan negara maju. Jalan raya adalah nyawa dan nadi.

.

.

lepas pusing, marilah kita menuju ke tujuan asal.

Singgah ziarah dan mengutip hikmah


Masjid yang terletak di deretan pusat komersil. Hebat Muslim ini. biasa yang semangat juang tinggi ini adalah mereka dari Indonesia. Nampak dari senarai AJK pun ramai dari negara Indonesia. 


skebetulan rezeki sampai sahaja, azan Asar berkumandang.

macam biasa tandas yang ada paip ni, akan bermasalah.Sumbat. Agaknya terlalu ramai berwudhu dengan air melimpah limpah.

Info dekat anak-anak, wudhu air jimat. Tengok kesian AJK Masjid kena bersihkan sisa perangai orang wudhu ni.

minta stranger ambilkan gambar kami. Lepas solat, singgah luar masjid tu, makan. Ada kedai makan. Makan, nasi goreng kari Jepun. Sedap. Mau ramen Jepun. Tapi tiada. makan, macam biasa, kongsi. Lepas makan kena cepat keluar. Orang lain mau masuk. Kan sana meja kerusi terhad. Sebelah masjid ada main baseball macam selalu kita nampak dalam drama. Masukkan duit, boleh pukul sekuatnya. Kalau ada masa, memang kena try game ni. Sayang kami kena cepat bergerak ke Utara!

.

Balik tu dapatlah nampak banyak sahaja hotel, hostel, rumah ala homestay di sekitar tepi jalan. Tinggi kesabaran penduduk setempat situ hadap ramai pelancong datang.


Singgah sekejap supermarket tepi jalan, SS beli jacket. Dia turun sorang saja. Kalau ramai-ramai berjam kita nanti dalam tu. Murah murah sahaja jaket tanpa jenama ni. Berbanding beli bundle di negara kita...hehe.. lepas ni kalau mau shopping baik pi supermarket sahaja. Walau ramai orang syor kedai gempak sana sini, rasanya untuk menikmati hidup, tengoklah penduduk sana, yang sama level dengan kita. Mereka pun ada tempat membeli belah...ehh.

.

yang sedih, dalam kita sibuk round ni, kita terganggu dengan kucing kita yang hilang di Malaysia. SS bagi kita sedar, sedih macamana pun, kita bukan boleh balik sekarang cari dia!.


perlahan lahan fokus tujuan kita datang.


Mata kantuk tapi sayang kalau tutup. Banyak pemandangan yang indah, yang kita mungkin tidak akan nampak lepas ni. Melainkan Allah izin datang lagi..


Balik ni kita naik ikut maps sahaja. Ada banyak jalan untuk ke utara ni.


Kita lalui lebuh raya sama. Cuma akan connect lebuh lain untuk sampai tujuan.

Lebuh Chuo Line ni, kita akan lalui banyak terowong. Teringat buku Geo dulu, betapa Jepun ni melobangkan gunung ganang untuk membuat jalan raya. Terowong mereka ada pendek, ada panjangggg...

Mesti menjadi rakyat Jepun kagum di dalam stress, sebab rekod kerja nenek moyang mereka ni, power. Setakat berbangga atok nenek power, harus berbangga mempertahankan sekali...waduh kerja berat.


perjalanan petang yang sayu ke utara, menuju kawasan yang bersalji


sama saja lebuh raya kita. cuma tiada tol yang kena perlahankan kenderaan tu. Satu lagi lebuh ni, terkenal kerana lebuhraya yang lebih mahal...rezeki la, dapat naik jalan ni. Kalau kita jenis rajin servay, ermmm...memang tidaklah akan naik lebuh ni...hihi


jajan sakana, yang kita beli di Fuji Milk Land. Ni patut beli banyak, anak-anak suka.



 

17 September 2025

Jepun 16

 bismillah.


Lepas kita sarapan, mandi, kemas-kemas. Makanan yang banyak, tidak dapat habiskan, kita tapau. Kita mahu chek out dah. Sebab kita mahu ke tempat yang sahih ada salji.

Gunung Fuji ni, ada salji kalau turun salji, kalau tidak turun, salji betapuk di kawasan hutan hutan sahaja.

anak-anak kena kerah, kena marah, haha. Jadi ketua begitulah, semua kita mau kawal. Itu yang senang mau marah, malah gagal menahan diri dari marah-marah.

Umy sini, kurang marah-marah, sebab umy turun pangkat jadi penolong sahaja... hihi.

.
umy jenis tidak kisah makan, dengan makanan yang berterabur. Sebab umy dah banyak kali buat, makan dengan baik tanpa tumpah-tumpah. Yang stress, umy juga. Makan tidak terasa, kemas tidak kelihatan.

Baik umy fokus makan sahaja. Lepas makan kita kemas sama-sama.

tidak payah bazir masa marah-marah, makanan sedap jadi kelat di leher.

.
Lepas kemas, rasa sayu pula tinggalkan rumah ni..


.
lepas hantar kunci. Marilah kita pi kedai depan ni. Dengan adanya image translate, memang betul-betul membantu.

Umy roaming Digi sahaja. Dapatlah guna internet.


lepa round semua kedai. Kedai-kedai dia kecil sahaja kan. Ada jual pop corn, kopi, ada kedai makan, ada jual kek. Umy beli yang diyakini halal. Termasuk ais krim. senang sahaja tanya, dalam aiskirm ni ada alkohol? ada sumber haiwan?. Kalau tiada, insyaAllah halal.



sebelum tu parking dulu kawasan depan ni. Masa ni masih tidak ramai lagi orang.

lupa abi beli apa ni, rasanya bukan makanan. Kredit kamera Fath

inilah aiskrim. ada 2 pilihan, strawberi atau coklat. Anak ni, tidak suka coklat. Kredit, Fath


abi siap call kawan dia, untuk sahkan halal ais krim ni.. hehe.

ikutlah abi. Janji puas hati

Makan ais krim dibawah matahari terik, tapi sejuk beku...heheh. pengalaman.

lepas makan, marilah kita teruskan perjalanan.

ambil la gambar banyak-banyak, buat kenangan

hai anak satu ni, sebab kena paksa ambil gambar, malas. Tapi kena juga..haha...maka kaki ayam sajalah. Sejuk tapi yalah....





ini kamera dia rosak, hai kecewa betul kita. Pinjam kamera Fath. Belakang sana tu bangunan ladang juga kot, banyak juga ladang sini. Termasuk ladang tinggal. 


puding ni sedap dan manis! kredit Fath.

masa ni ,tengah terik. Ramai dah orang pulang dari beriadah. Kebanyakan berkumpulan. Orang dewasa dan berusia. Budak tidak nampak. Kalau negara kita, jam begini alhamdulliah ramai orang dan banyak budak. Beza betul negara yang bermasalah angka kelahiran ni...huhu

ini ada sign kamera. Kami tidak singgah, Main snap sahaja

Jalan sini, jalan lama, jalan semalam 

sayu tengok. Sebab lepas ni, tidak dapat nampak dari dekat macam ni.

sayu , dalam masa yang sama teruja untuk stesen seterusnya... begitulah hidup, istimewa indah pun , kalau untuk menikmati yang lain, harus juga tinggalkan ia... mustahil kita dapat menikmati Yuzawa, tanpa meninggalkan Fuji ini....




16 September 2025

Jepun 15

bismillah.

Tips travel. Apa-apa hal tidur awal dan kena bangun awal. Inilah paling mencabar, sebab yang semalam punya penat belum diubati lagi. kena berpenat lagi.

.
lepas Subuh, semua kena kerah keluar rumah. Hehe

Semalam kita masih rasa berada dalam mimpi, kepala belum lurus lagi. Urat otak belum tersusun.

Apapun alasan. Lepas bangun, semua kena keluar...!

.
ada beberapa orang juga mengisi rumah penginapan. untuk rumah kami, kiri kanan kosong. Syukur banyak-banyak. 

Kita ni risau. Walau anak-anak dipaksa tidur awal... hai banyak lagi aktiviti naik turun tangga mereka itu.

Rumah kayu, mestilah bunyi jelas..



bangun pagi, minum air panas sahajala. Keluar begini. Menggigil. Minta anak test. Berapa lama air panas ni sejuk..hehe.

 .

masuk balik pakai yang ok sikit. Kita mahu menikmati sejuk beku ini. 

anak-anak tanya mana salji??..


haha. Salji kan macam hujan, ada waktu dia turun ada waktu tidak. Jadi, nasib kita disini, salji tidak turun, mungkin malam sebelum turun. Anak-anak pun kecewa,,



semua kesejukan tapi dipaksa berjalan. 

ini padang ragut. padang yang berembun. Embun dia beku. Bolehlah bikin rasa-rasa.


kita mahu sarapan lepas round-round padang. Mesti jiran tau kami ni hahaha...yalah mereka masih senyap sunyi, walau semalam ada dengar suara kanak-kanak juga.





JEPUN 14

 bismillah.


.

lepas round dan senam senam sikit padang ragut yang kosong depan rumah penginapan. Marilah kita mandi-mandi, mau ke Jusco dan tempat yang kita pernah datang 2014 dulu.

Kita bertolak masih ada matahari, jalan pula ada 2 pilihan. Kita pilih mana yang dekatlah. Eh sekali rasa macam jauh pula, dengan kita silap masuk simpang.

Jadi, bila sampai bandar itu. Rasa tidak payahlah singgah tempat dulu. 11 tahun berlalu, bandar mestilah makin besar kan, sibuk bertambah.

Marilah kita fokus mencari makanan. SS laitu.

kita gunakan Google maps. Sampai jusco. Dulu dari hentian keretapi kesitu, kita jalan kaki macam tidaklah sibuk. Ini kiri kanan rumah makin banyak. Pening juga la.

Bila masuk, anak-anak pula, adoi.

Mereka ingat macam Jusco tempat kita, boleh berlari berjalan gembira tunjuk suara.

Budaya orang sini lain, mereka suka senyap. Senyap itu tanda menghomati orang lain.


SS pula sebelum cari makanan, dia mau cari jaket dulu. Ceritanya jaket dia tinggal ...huhu. Salahku sungguh kenapalah boleh tertinggal. Betul banyak wayar putus bila habis beranak.

Round sekitar jusco, ada banyak kiosk juga, ada kedai-kedai pakaian. Masa ni aku kena jaga anak yang pi toilet. Adehh..


lepas urusan semua. Kita pun masuk la dalam, cari ruangan makanan basah. Aku hanya beli ikan yang sedap...hahah. dan senang dimasak. Ikan salmon laitu, ikan tu disini segar kan. Aku cari juga ubi. Ubi keledek diorang kan segar dan manis!.

SS pun sama. Kami pilih nanti SS bayar, aku bawa budak aktif ni keluar situ, diorang ni mana faham arahan jangan lari-lari.

Beli sikit untuk bawa nanti ke Yuzawa.

Gambar tiada, sebab internet tidak function. Kamera full kan. Yang disimpan dalam stories tidak masuk atau terlupa save dalam highlight. begitulah,

Tidur awal, semua tidur dalam bilik ya. Kita pasang pemanas. Esok kita mesti bangun awal.



15 September 2025

JEPUN 13

bismillah.

Bila kita ke tempat yang susah jumpa masjid. Mula-mula itu akan rasa berat. Bukan sebab kita ni orang masjid. Tapi dia ada rasa hati yang paling dalam.

NILAI pada tempat itu, rasa kekurangan.

eh 

Rasa kalau di negara kita, sunyi mana jalan, kampung itu atau apapun yang ada orang. Bila nampak masjid, kita akan rasa tempat itu HIDUP.

tapi, jalan Mt Fuji Panorama, dia rasa HIDUP dengan tengok gunung besar gedabak itu. Rasa BESARNYA KUASA ALLAH NI!

dulu pernah naik bas dari KK lalui Gunung Kinabalu, terkebil-kebil kita tengok besarnya gunung itu, bila dekat.

Bezanya gunung ni, kita lalu jalan di kaki gunung.

.
.
Walau SS sudah info, dalam group untuk hal-hal Jepun yang kami buat. Tetap tidak tertarik hati mau menengok atau mencari cari maklumat. Rasa dah bukan kita yang urus, kita nikmati saja nanti, bila sampai... begitulah...ala-ala suprise-kan diri sendiri...hi hi.

.
jadi, bila sampai sahaja di penginapa kedua kami itu. Fuji Milk Land, rasa teruja la.
selain sign dia yang biasa, tentu kerana dia terletak di kaki gunung!

ooh patutlah kawan SS syorkan tempat ni. SS kata kawan tu membesar di bumi Nihon. Dari ijazah 1, sampai 2, kemudian 3, siap buat kerja juga di bumi ini. Jadi, kalau dia syorkan, kira betul-betul la...begitulah alasanya.

yala.. yala.

.
cuma satu ni, Gunung tu cantik bila jelas. Bila berawan, jadi tidak nampak puncak. Biasa orang yang datang ke kawasan sini dalam tempoh pendek, mereka akan berharap penuh biarlah masa datang tu gunung tu nampak jelas.

di penginapan ini, na...full blast la nampak, dari petang ke malam. Kejap puncak di tutup awan, kejap jelas.
.
.
apapun sampai sahaja. Terus luruskan tulang-tulang. Yang solat, solat sama-sama, 4 rakaat sahaja, jamak dan qasar kan. Besar hadiah orang musafir ni.

bagi peluang rehatkan diri. Umy sibuk rakam dulu. Taulah ada anak-anak lincah dan aktif ni. Kena rakam bilik semua sebelum apa-apa. Tangga ni ni memang curam ya..seram juga mula-mula turun.


penginapan ini ada semua. Dapur, bilik mandi, tandas, mesin basuh, pengering!, alat main, diluar itu ada alat pembakar. Hailah, kalau 3 hari duduk sini, memang akan guna bakar-bakar tu. trep rajin la...

Rasanya 10 dewasa cukup. Walau tidaklah besar mana. Ada tilam nipis dibawah tangga, rasanya ada 4 atau 5. Ada 4 katil single untuk 2 bilik. Setiap bilik ada pemanas. Sejuk beku kan.

Masa kami dibawah ni, hanya buka pemanas dibawah. Memang tidak memanaskan sangat. Tapi untuk Ainul, ok. Dia pun mesti terkejut. Kita ni orang dewasa, sejuk beku juga, tapi banyak berjalan, panas sikit. Anak-anak lain, hemmm...mereka bukan kisah dimana berada, kalau ada mainan, kita main dulu....ada alasan buat berentem nanti.

Umy ada bawa makanan kan.. itulah penyelamat isi perut.
sini roti kira halal. Tiada sumber haiwan, tiada alkohol. Walau tiada cop halal...huhu.

.
cadangan SS banyak ya, sementera tunggu waktu malam. Tapi kita hanya manusia kan...

marilah kita menikmati apa sahaja yang dapat dicapai dari sini.

anak-anak mau main tempat main situ padang depan. Rupanya jam 5 tutup sudah. Ah kami lambat pula...

sudah dikempiskan balik.

Lepas tu ada teropong untuk zoom puncak gunung. Sayang, mau guna kena masukkan duit. Alaaaaa...kami tiada duit.

petang, bila musim salji ni, awal malam. biasa pukul 6.30 malam. ni belum pukul 5 kot dah gelap. Kredit, kamera Fath

ini pula pemandangan sebelah belakang, ada gunung ganang. Tapi sebab dia tidak punya sajli di puncak, dia tidaklah popular macam Gunung Fuji. Aneh juga kan. Musim salji , tapi tiada salji melimpah dipuncak.

Bulan penuh masa ni, sudah jelas

ambil banyak letak sahajalah



marilah kita siap-siap. kejap lagi mahu ke kawasan bandar. Situ ada Jusco. Mesti banyak barang makanan boleh dapat  situ.



09 September 2025

jepun 12

 bismillah.

Akhirnya, sampai tempat di tuju. Fuji Milk Land.

walau SS ada bagitau nama tempat ni dari awal, sebelum bertolak. Tetap tidak berminat mahu tahu. Yang pernah hadap perasaan di abaikan dengan idea sendiri, mungkin tahu kenapa ada sampai level kita ni, tidak kisah apa yang berlaku, hanya follow the flow.


aku dah cakap, bila sampai Tokyo nanti, kita harus pergi tempat yang anak-anak kenal. Tokyo mereka tahu bandar besar. Tapi Gunung Fuji lebih popular. Dan kami pun pernah sampai area kaki gunung itu 2014 dulu.

sesuatu yang tidak lengkap untuk dirasai.


walaupun 2014 itu kita zero pengalaman berjalann di negara asing, tapi kita gembira kerana kita tahu kita boleh!

Bila ingat kembali 2014 itu lagi lucu, sebab hampir semua pelajar Malaysia sana boleh cakap, tidak boleh ke Gunung Fuji kalau tiada kereta.


Bukan semua orang Jepun ada kereta kan?.


Maka, kami berani kan diri ke Fuji dengan menaiki kereta api. Mustahil tiada kenderaan awam untuk sampai sana.





2014 punya kamera. Canggih habis da

macik dan anaknya cuba swafoto bersama gunung Fuji yang dilitupi awan. Masa ni musim luruh.


ni hah...rezeki kami. Budak Indonesia,...namnaya Gari...sebab orang Jepun tidak pandai sebut L...dia kata dia belajar sekolah Tinggi area sini.

dia bawa kami ke tempat dia main bola setiap petang.

di halaman tokong ni

masa ni SS menyirap habis, aku ni asyik swafoto....kah kah

ni tasik kecil mengalir di kawasan tokong

makcik ni gigih swafoto... air belakang tu dari Gunung Fuji

diaaa ada...akhirnya namoak gunung tu, setelah terpeleot pinggang swafoto. Masa ni belum berani minta orang asing ambilkan gambar...suatu yang tidak patut berlaku bila kita pergi negara orang yang dikenali dengan perangai jujur.

Abam Fath yang penat didukung abi. Kesian abi terpaksa latihan angkat berat sepanjang kami di kaki gunung ini.


..

kembali kepada Fujimilk Land!

Penginapan di dalam ladang, tepi jalan. Dan buka tingkap akan hadap Fuji. Sebesar mata. Memang terjojol mata kita tengok gunung itu.


Ni kalau meletus, risiko tu 99.99%. 


Oleh kerana terjojol biji mata, kita lupa ni kita ni penat. Bukan....bukan.


kita mesti harus ingat, setiap saat adalah berharga!




gambar morning briskwalk, dihadapan penginapan. Semua kena paksa bangun untuk tengok ais atas rumput yang mati, eh mematikan diri dimusim salji.

05 September 2025

Japan 11

 bismillah.


Sepanjang laluan ini, memang penuh dengan panorama gunung Fuji.  Ya di muzium yang kita singgah di Narusawa itu,  itu kita ada tempat bergambar jauh lebih cantik ya, tapi itulah nak naik tangga dulu, kena QR bayar dulu...


kredit gambar :FB Ken Saveedra . bulatan biru tu ada ruang atas kena menaiki tangga untuk bergambar


memang jelas habis la. Sebab kita yang dibawah ni pun dah seluas mata memandang.


Selepas siap, semua masuk kereta. Tidak dibenarkan lagi singgah-singgah ya. Kita mahu fokus tujuan. mahu ke Fujimilk Land!


Sebuah ladang yang betul betul dilereng Gunung Fuji. SS kata penginapan sini motif dia bukan keuntungan. Dia lebih kepada, pengalaman pengunjung. Dia kan ladang lembu. Kita kena sampai cepat. Kita mahu solat dan jalan-jalan sekitar nanti. SS dah kata, nanti sanalah kalau mau menikmati Fuji san itu puas-puas.

Sepanjang ke sini, jalan memang bengkang bengkok dan gunung Fuji melatari. Subhanallah!


ada sign, hati-hati dengan Deer. Anak-anak kata Deer tu tinggi kalah kereta. Umy pun pernah tengok video di barat sana, bahagian utara. Tinggi macam lori bawa tangki itu. 

Borak-borak dengan laluan bengkang bengkok, sunyi.


Alhamdulillah. Akhirnya kita sampai. Kemas-kemas barang, solat jamak qasar. Jalan-jalan keluar. Rehat sekejap. Kita mahu ke kawasan bandar dia untuk beli barang makanan, dan jejak kenangan 2014 dahulu.

Sana ada Jusco kan.


sebelah sana Gunung juga, cuma tiada salji dipuncak macam Fuji

bulan penuh ready. Kereta kita naik, sampai sekarang kalau nampak kereta ni, anak-anak akan cakap Kereta Jepun!. ya memang Jepun yang buat kereta ni , anak




01 September 2025

Jepun 10

 

setelah kami sepakat. Jomlah kita lalu sahaja jalan lama ini. Ibarat dari KL mau ke Bentong. ada jalan lama satu tu kan.

Maka, kami pun jalani la jalan ini. Ya nama Jalan ini ialah Fuji Panorama Line.!


Lalu jalan ini, jalan ini akan dihiasi dengan pemandangan gunung Fuji sahaja.

Jadi sepanjang jalan itu, banyak peluang ambil gambar bersama Lawson!


Cuma bukan Lawson yang viral itu lah. Yang itu terletak di kawasan Kawagachi. Untuk jalan kita ni, memang hampir sama sahaja keadaan.

 Jepun ni senang mau kesan, kalau ada Lawson, itu tanda itu tumpuan orang luar la. Ada orang luar di situ!


satu yang aku pun pelik, pelancong ni akan fokus tempat yang popular...macam Lawson ni satu, disepanjang jalan banyak Lawson, tapi orang akan ke tempat yang viral dulu...hehe.. kenapa?
hanya yang buat tu tahu... kredit gambar fastcompany.com

kita pun teringin ikut, tapi masa terhad. Mau juga singgah Lawson mana-mana yang berlatar belakang Lawson.

Kan laluan ini dikaki gunung Fuji, mestilah Fuji melatari .

Ada pula anak satu kita ni, mahu betul ke tandas. Makanya, setelah fikir keadaan, dan anak yang tidak menahan... akhirnya kita singgah sini RnR, hehe.. memandai bagi nama ia RnR, sebenarnya food court baini..

ada restoran Jepun juga situ..haha dah negara dia kan. Kalau darurat, boleh kot makan udon dia. Kalau tidak, tiadalah keperluan itu.


kredit gambar Tripadvisor


kredit gambar Tripadvisor

Tempat letak kereta luas. Percuma. Dulu pernah pi kedai makan di Ipoh. Parking berbayar RM2 sekali masuk...

Dari jauh anak sudah nampak salji...ya Tuhan dalam mau pi tandas, layan dulu mereka ni..

sayang, ini salji yang sudah karassss ya..bahay licin

Layan anak-anak ni, semua lupa sejuk. Madia siap mau buat orang salji... hehe.



Akido tu mana lupa pakai seluar diluar...leceh bilang kena lapis-lapis...bila teruja, memang lupa lah sejuk ya....


Kesian anak-anak, banyak ambil gambar view padang yang berlatar belakang gunung Fuji itu. Tapi kamera tidak save pun. Penat lah dengan kamera ni!

sebelum itu, kalau nampak sekolah...gurau dengan anak-anak, "kalau korang sekolah sini, 24 jam boleh tengok gunung Fuji.."

kredit gambar sini


penat bergambar di bahagian belakang itu, ada padang cantik. Biasa padang cantik sini mesti milik private. 


Baru mau masuk kereta kerana sejuk. Anak-anak semua dah dipaksa ke tandas... hihi. Ada nenek-nenek. Ya nenek bawa pamplet, dia pandang aku. Aku ni kalau orang bagi pamplet ni, macam rasa mesti support dia...gitu... 

Nenek pula hanya guna bahasa dia, dan bahaya yes no kali... rupanya nenek bawa pamplet muzium sebelah deretan kedai ini.

lepas itu nenek tu, tapi muka dia cantik, cuma bongkok bongkok saja...huhu

dia cakap... FREE!!

aku pun ulang la, free ka masuk?. Cakap Melayu saja, senang.


Iya FREE.


yalah, marilah kita..





Sementara SS  masih di tandas, marilah kita ke sini sambil menunggu. Bawa semua anggota. 

masuk sahaja.. terus menikmati kiosk kiosk jual barangan galian bumi gunung ini.


sudahlah banyak batuan dan galian, ada kaca....aduina...mencabar dengan anak-anak. Umy tunjuk harga barangan situ, paling murah pun mungkin 10 000 yen... kredit gambar sini

masuk sahaja dalam muzium...

suara dino menyambut.

kesukaan anak-anak ini  kredit sini


dalam ni kebanyakan cerita pasal bawah tanah. Gunung ni kan gunung berapi.. Ada simulasi, ada haiwan-haiwan yang hidup sekitar situ dengan bunyi-bunyi sekali. Anak-anak teruja dengar.


Paling suka yang gunung itu..sebab ada simulasi. Ada lampu main peranan.


Gambar ni kredit sini dan sini




Barulah mereka faham serba sedikit tentang gunung ini. Bagaimana gunung ini ada banyak tasik disekelilingnya.

dan apa kaitan dengan jualan di situ.

begitulah lebih kurang..


info SS siap-siap kami menunggu di bangunan ini. Masa itu hanya kami yang ada dalam tu. Anak ni minta izin mau masuk keluar, mau lalui jalan masuk yang ada kepala Dino tu.. dalam ni pun warm kan, diluar sejuk .. jadi memang boleh ralit kita. Kita kena jaga masa


                                

kita kena keluar juga. Kita mau sampai awal, sebab kita mahu juga jalan-jalan sana kan. Musim sejuk, malam awal...huhu







anak-anak jumpa sisa salji yang dipinggirkan. 


Jepun 17

lepas meninggalkan bumi Fuji Milk Land dengan penuh kesayuan.. seterusnya, ialah tapak viral tengok gunung Fuji! hehe. Ini Idea SS ni, aku t...