31 August 2025

Jepun 9

Bismillah 

Selepas melepasi wilayah Sagamihara, Wilayah Kanagawa. Kita teruskan perjalanan melalui wilayah Yamanashi pula...

Ternampak taman Tema sebesar dan setinggi alam ni. Dulu di Singapura, tidaklah kenampakan USS setinggi itu dari tepi jalan.

Kali ini tinggi dia menjulang, sampai kita yang penakut ni, rasa teruja, walau hanya menengol saja dari highway.

Minta SS singgah. 10 minit untuk ambil gambar saja boleh kan?. Tadi di jambatan Katsuse, Sagami Lake tu kita tidak dapat pun singgah ambil gambar.




kredit sini


bila singgah, kita terfikir mana mau parking demi ambil gambar itu???

Eijanaka dari jauh, dekat lagi la agaknya 10 tingkat atau lebih. Kredit gambar sini






Kita terpusing pusing kawasan situ yang banyak pokok

last mau buat pusingan U dikawasan ini, dekat kolam renang, dalam pembaikan, parking ada situ tapi tutup.




setelah fikir, baik kita fokus tujuan sahaja. Maka SS kembali mau masuk highway la. Sekali terlepas simpang lagi.

tidak apa, kita buat pusingan di hadapan...

dan makin ke depan, kita ternampak pemandangan biasa, iaitu pokok pokok pain dan batu-batu ditepi jalan.

kalau di tempat kita, biasa kalau ada kejadian kemalangan. Tapi, laluan ini tidak banyak kereta lalu lalang... aku tanya SS, bilangnya salji baitu..

aku bilang yaka...macam batu-batu.. Anak-anak ni dengar perkataan salji...memang teruja habislah.. semua memandang dan membuat tafsiran sendiri.

.
SS sibuk dengan tengok Maps dia. Akupun terpaksa ikut juga menengok, Kalau kita sesat, kita sesat satu keluarga!


dan kita bukan sesat pun...cuma termasuk jalan lama..jalan yang dipenuhi salji!









Jepun 10

  setelah kami sepakat. Jomlah kita lalu sahaja jalan lama ini. Ibarat dari KL mau ke Bentong. ada jalan lama satu tu kan. Maka, kami pun ja...