02 August 2025

JEPUN 2-1

 Bismillah

Jepun 2

Bila musim sejuk, cabaran dia, siang lambat, dahlah lambat. Sekejap sahaja masa tu. Jadi, kita mesti jadi orang yang betul-betul menghargai masa itu.

bangun, kita solat dulu.
mengantuk atau tidak, kena mandi. Air panas kan, oklah.

siap semua.
makanlah kita.
saki baki semalam.

ada microwave semua. Senang kerja juga.

.
.
makan biar puasa perut. Kenyang tu subjektif kan.

sama-sama kita chek sampah, betul kah dibuang pada tong sampah yang betul. Baiknya Jepun ni, sampah mereka jadi sumber tenaga elektrik. Boleh baca sini, ini tulisan 2016 ya.

.

lepas pastikan rumah ok.

marilah kita mengatur langkah ke pusat Bandar raya Tokyo, kita mahu ambil kereta sewa kita.
SS sudah booking awal. Ada temujanji semua. 

kita ke sana kenalah naik keretapi. Kena jalan kaki dari rumah sambil tarik beg. Masa ni belum ramai orang keluar berkerja ya. Hari Jumaat ni.



hampir semua pun pakai kot hitam untuk pi kerja. jadi kita yang orang luar ni, senang betul kenampakan


Abi dah warning jangan bawa beg besar...Susah nanti.
tapi aku bawa juga
Sebab fikir biarlah beg tu rosak digunakan, dari simpan saja di rumah.

Semua limit baju 5 pasang termasuk yang dipakai.

Beg-beg anak, semua beg sekolah yang lama-lama.
Yang mau dibuang, tapi boleh guna lagi.
Kita pakai la dulu,sampai dia betul-betul useless.

Hari kedua kabur kabur la sikit. Kita baru sampai semalam. Kini kena gerak sudah. Memang sedikit ambil masa la.


Abi mau beli tickets train, tidak boleh guna kad wise la pula. Entahlah kenapa berlaku.

kami menunggu sini sambil kesejukan dan melayan kesejukan yang jarang kan


Maka, SS cari orang tanya cara. Masalah lain bahasa ni, balai polis saja mudah kita bertanya.
entah pi mana SS cari. kedai ka apa, sebab ada kad khas ba mereka. Takkanlah kan negara maju, kad wise tu tidak boleh guna.


bila SS kesian kesana sini, kita minta anak ambilkan gambar. Yang penting ada gambar, konsepnya.


anak-anak ada kamera, sayang kamera tu sot-sot, kejap ambil gambar ada muka, kejap hitam semua. Suruhlah anak-anak snap apa-apa yang mereka mahu, jangan sahaja snap muka orang sana, diorang tu ada law tidak boleh suka-suka ambil gambar

gambar ni pula, kabur. 


Sekali boleh ba juga guna kad, adoina. Kalau kena sama negara kita, habis kita kena viral. Petugas menyusahkan pelancong asing...kih kih.


Mungkin sini bukan popular tourist, jadi begitulah keadaan.

Anak-anak macam kenapa, kenapa. Semua masih ada sisa mengantuk dan penat kan.

semua suda juga makan nasi,

Makan oat,
Sebelum check out tadi.
Mood ok.
Walau jetlag sikit
Sementara tunggu abi, anak-anak pun terkagum tengok bas kecil, bas mengiring merendah bila turunkan penumpang.

Umy terkagum tengok macik bongkok tolak barang.
Sini, kau kena independent untuk terus hidup. Kalau harap orang bantu, memang tidak kemana lah kau.

isi masa anak ini sambil fikir-fikir. Kiri kanan bangunan. Belakang tu ada pokok tempat boleh merokok. Diorang ni jarang lah jumpa sign dilarang merokok.
tapi sign boleh merokok, ada...kih kih. 

.
masa untuk naik train. Oklah boleh hidup kita sini. Negara yang ada undang-undang, senang. Inilah keistimewaan Jepun, mudah. Hanya ikut undang-undang mereka. Kita boleh hidup juga.

Sebelum naik train, kita tanya lagi untuk sampai kedai kereta sewa ni, betulkah ikut train ni?
.

ya.

ada train 2 tingkat ya. comel saja.


kredit: travelgeek

lepas sampai , tanya lagi orang mau kesana macam mana. Dengan bahasa kita yang terhad, alhamdulillah. masa ni ramai sudah masuk kerja. Jadi ruangan train tidak berapa sibuklah.

setelah 2 kali naik train, kita pun sampai. Anak-anak kesukaan masukkan kad kecil tu untuk keluar. Jadi bila sampai gate ni, kena bagi sorang 1 kad tu.






SS tinggalkan kami, dia pi cari kedai tu. 
dekat-dekat juga stesen ni, kalau dalam peta.



dengan keadaan begini, haha. Faham juga orang, orang luar. suruh anak-anak snap gambar, dari berantem mulut saja mereka



diorang main snap saja, Kalau kita, kita suruh bagus-bagus dulu. Masa ni masih terkawal lagi orang sini. Tapi ramai juga, untuk kita yang jarang naik pengankutan awam, ia suatu pengalaman.





Lepas SS urus, abi balik semula, adei. Masa ni terkejar-kejarlah kita. SS memang memanas pasal beg besar tu. Haha. Tahan sajalah.

Agak jauh ya, aku rasa melebihi 1 pusingan padang. Dengan anak-anak yang ada mood baik, ada mood bikin panas. Kita tidak dapat kawal mood mereka.

Bila sampai, kereta kita tengah di chekup mereka. Kita ambil ambil gambar dulu. Nampaklah kaum ibu hantar anak, ataupun bawa anak naik basikal. Ada budak tadika jalan berbaris sambil pegang bahu. Sebab privasi, kita tidak dapat ambil gambar.

Kita suruh anak-anak saja. Sana kamu, umy snap.

Boleh pula masa ni, ada anak mau guna tandas.
Tandas kedai ni, pakai tandas supermarket.
la baru tau, kita ditingkat bawa supermarket.

masuk dalam, ada jaga. ada kaunter minta izin guna tandas.

Ok saja mereka.

tandas ni, bidet tu meluas sudah . 

Suruh Madia tunjuk asap masa bernafas.













JEPUN 2-1

 Bismillah Jepun 2 Bila musim sejuk, cabaran dia, siang lambat, dahlah lambat. Sekejap sahaja masa tu. Jadi, kita mesti jadi orang yang betu...