Bismillah
Lepas saja dapat kunci, dapat kereta. Semua dalam keadaan baik.
itu dia.....
marilah kita keluar dari kedai ini, mengharungi bandaraya Tokyo dan ke Fuji-san.
Alhamdulillah, jalan tidak waktu puncak. Masa ni kita masih faham lagi maksud lampu trafik. Sampailah yang 8 simpang. Haha. Matai. Lagi kita kereta paling depan. Risau salah masuk simpang pun satu hal juga.
Orang keluar KL tu, boleh baca sign juga. Ni kita mau baca, ada yang kita tahu, ada yang langsung yillek..
Doa banyak-banyak.
SS pandu, aku jadi cikgu memandu. Kau terbabas, aku terbabas,kita sama-sama kerugian. Jadi, mari kita mengelak kegagalan ,berlaku. Yeaaaaa...\
Highway dia macam kita juga, cuma ya, untuk tol tu. Kereta ni guna macam Rfid tu. Jadi kita dapat limpas saja, tidak perlu bayar situ. Dia potong nilai saja. Macamana ni mau kasi terang ya.
.
kita singgah RNR ni, kecil sahaja. Tidak masuk pun. SS saja. Kita diluar-luar saja. Ada jumpa beberapa kereta orang Malaysia senyum, bagi salam.