31 August 2025

Jepun 8

 bismillah


Kita teruskan perjalanan dengan pemandangan gunung ganang.


Sejak dari Tokyo kita teruja nampak Fuji-san dari jauh...

anak-anak pun sama...


Dari kecil, makin membesar...







berusaha ya ambil gambar..


tetap teruja memandangnya...





anak-anak memang kenal Gunung Fuji, kalau Jepun tempat yang mercu tanda Fuji-san la

Bila nampak Park besar ni...wahhh.. rasa mau dekati. 


Tadinya kita singgah Cafa cafe kerana tersilap masuk simpang. Padahal kan, niat mahu ke Jambatan 


hotel besar ni bila makin kita dekati, rasa sayu...effect Covid-19 agaknya dia mati. Bangunan tinggal
kredit gambar: Google Street view

Jepun 9

Bismillah 

Selepas melepasi wilayah Sagamihara, Wilayah Kanagawa. Kita teruskan perjalanan melalui wilayah Yamanashi pula...

Ternampak taman Tema sebesar dan setinggi alam ni. Dulu di Singapura, tidaklah kenampakan USS setinggi itu dari tepi jalan.

Kali ini tinggi dia menjulang, sampai kita yang penakut ni, rasa teruja, walau hanya menengol saja dari highway.

Minta SS singgah. 10 minit untuk ambil gambar saja boleh kan?. Tadi di jambatan Katsuse, Sagami Lake tu kita tidak dapat pun singgah ambil gambar.




kredit sini


bila singgah, kita terfikir mana mau parking demi ambil gambar itu???

Eijanaka dari jauh, dekat lagi la agaknya 10 tingkat atau lebih. Kredit gambar sini






Kita terpusing pusing kawasan situ yang banyak pokok

last mau buat pusingan U dikawasan ini, dekat kolam renang, dalam pembaikan, parking ada situ tapi tutup.




setelah fikir, baik kita fokus tujuan sahaja. Maka SS kembali mau masuk highway la. Sekali terlepas simpang lagi.

tidak apa, kita buat pusingan di hadapan...

dan makin ke depan, kita ternampak pemandangan biasa, iaitu pokok pokok pain dan batu-batu ditepi jalan.

kalau di tempat kita, biasa kalau ada kejadian kemalangan. Tapi, laluan ini tidak banyak kereta lalu lalang... aku tanya SS, bilangnya salji baitu..

aku bilang yaka...macam batu-batu.. Anak-anak ni dengar perkataan salji...memang teruja habislah.. semua memandang dan membuat tafsiran sendiri.

.
SS sibuk dengan tengok Maps dia. Akupun terpaksa ikut juga menengok, Kalau kita sesat, kita sesat satu keluarga!


dan kita bukan sesat pun...cuma termasuk jalan lama..jalan yang dipenuhi salji!









30 August 2025

Jepun 7


bismillah.


bumi pergunungan Jepun ni sebenarnya lebih kurang sahaja. Cuma kerana di berbeza dengan persekitaran kita, kita jadi teruja.

agak lama kami duduk situ cafe
, rupanya SS ada masalah mau bayar kopinya.. guna Wise masalah, guna Touch N Go pun masalah. Akhirnya, kita SS pun keluar sahaja...huhu

Dan dia dapat free Amaricano...yeaaa..
kopi panas-panas tengah hari di musim sejuk.

Lepas dapat free 2 cawan, kita teruskan perjalan ke jambatan Katsuse. Konon ada niat mahu singgah ambil gambar, cuma terlepas tempat parking awam. Maka kita teruskan sahaja, masuk kawasan kampung situ..

Bawa kereta perlahan, nikmati suasana..



Masuk highway semula...kita mahu ke Fuji-san area!


gambar dari kamera anak ni...m pengajaran betul. Timing ambil gambar ada waktu kejam, kau ambil buruk, buruklah hasilnya.
Kau ambil cantik, tapi kamera tidak berkerjasama, sabarlah Sabariah...







Semoga ada rezeki lagi sampai untuk kalian, anak-anak..


Selamat tinggal Sagami Lake..





 

29 August 2025

Jepun 6

bismillah.


pendek cerita sebenarnya kami tersinggah di Cafa

Cafe ni betul betul atas tebing tasik. Tasik Sagami yang terletak di sekitar Gunung Arashi dan bukit tinggi lain.

Tempat ni cantik dan tenang. 

Susah ni, kalau kita lama tidak berjalan di tempat cantik. Singgah sini pun rasa heaven.

Kesian anak satu ni, penat tangkap gambar, Banyak gambar hitam saja hasil. Kamera ni betul menguji la.


dengan kaburnya

Anak ada mau naik pagar ni, nampak tebing dari sini cukuplah nak

suruh anak ambil gambar gaya yang dia mau depan tu hotel. Kalau dari Highway nampak jelas hotel tu


kawal anak 1 ni, boleh tahan...terik tapi sejuk. 

Moga ada rezeki kamu dapat datang sini lagi nak, aminn


anak satu ni lagi lah, siap pi belakang kedai dia mau siasat




harap ada usaha mereka selamatkan hakisan tebing belakang tu...serammm kita



SS belik kopi punya lama... kita duduk luar sambil hayati dan nikmati angin sejuk tasik ini


anak satu ni masuk dalam dan cuba ambil gambar dalam

kesian anak, kena prank kamera sendiri...gambar banyak hitam dan kabur


umy tidak dapat masuk kedai, kena kawal anggota


Ainul, kamu pernah sampai sini masa umur hampir 6 bulan. Segala puji untuk Allah untuk nikmat ini





12 August 2025

Jepun 5


bismillah.




lepas saja keluar dari highway. Kami guna Chuo Expressway. Sebenarnya banyak sahaja highway untuk sampai Fuji, kami gunakan ini, kerana ini paling cepat .



Semua teruja tengok tasik tu sebab biru.
Lagi teruja tengok rumah-rumah orang kampung situ.
Sini kira pekan kecil.

Sambil tu, tengok Google Maps untuk tahu kita berada dimana, juga ingin tahu serab sedikit tentang tasik ini.

Sekeliling Fuji bukan sahaja banyak anak-anak gunung, tetapi juga tasik.

Tasik ini antaranya.


anak snap. Rumah mereka jenis begitu sahaja, kalau kita yang jarang nampak rasa kagum.

untuk orang sana, agaknya mereka pun tidak hairan semua ini.


rasanya jalan merah ni, kira hati-hati kamu, selekoh tajammmmmmmm...



anak juga yang snap ni. Diorang terfikir benda yang tiada di negera mereka. Kita untuk jumpa gunung kena pi jauh sikit kan.




Kami mahu ke kiri,
tapi entah bagaimana, boleh pula SS termasuk simpang lain. 
aku cakap jak, pi depan sikit kita u turn.

sampai kami sampai sini, konon mahu buat u turn.
sekali eh ini apa ni.






parking kejap. Kita tengok apa ni. Ini tebing tasik ni.

kita mahu ke jambatan itu.

depan tu ada rumah macam dalam cerita Ponyo. Ni kalau hari-hari naik tangga itu. 30 hari terus keras betis kaki. Fit.

Anak cuba snap, tapi kamera tidak berkerjasama

sebelah sana ada pekan ada hotel juga rasanya

anak snap orang buat kerja, nelayan kali

cafe ini nama Cafa dalam maps. Tapi disini tulis lain


penat duduk dalam kereta, anak-anak jakun, kita perati sajalah. SS beli kopi tidak lepas-lepas bayar. Boleh guna Touch N Go.,tapi tetap susah nak bayar kali. Sebelah kedai tu, kedai juga. Kedai seni.











 

07 August 2025

Jepun 4

 Bila kita melalui highway ke selatan ni. 

terbayang zaman PKP dulu, orang Tokyo share, diorang boleh tengok Fujisan dari Tokyo. Wah...bermaksud sangatlah terang keadaaan langit.

sini nampak sikit saja, puncak Fuji.


Senang juga baca signboard ni pun. sebab ada tulisan rumi.


kerap jumpa terowong. sana kan kena lalu gunung ganang, jadi kenalah lalu bawah gunung itu.


sampailah nampak satu tasik ni, sebelah kiri


tasik itu membiru ya.


masa tengok ni, kagum subhanallah ni tasik ni.


lepas tu pusing-pusing, nampak lagi tasik ni.


cakap dengan SS singgah kita situ. 30-40 minit cukuplah. Mau tengok itu jambatan, kalau dapat ambil gambar.

.

SS cakap mau cepat kita ni, nanti tidak dapat buat aktiviti yang dimau.


tapi bila lagi...


Dari highway cantik betul warna biru tu, memukau.

mau masuk pi jambatan sana, kita tersilap, niat mau u turn, cari jalan, terjumpa pula cafe, betul-betul tepi tasik ini......


03 August 2025

Jepun 3

 Bismillah


Lepas saja dapat kunci, dapat kereta. Semua dalam keadaan baik.


itu dia.....


marilah kita keluar dari kedai ini, mengharungi bandaraya Tokyo dan ke Fuji-san.


Alhamdulillah, jalan tidak waktu puncak. Masa ni kita masih faham lagi maksud lampu trafik. Sampailah yang 8 simpang. Haha. Matai. Lagi kita kereta paling depan. Risau salah masuk simpang pun satu hal juga.

Orang keluar KL tu, boleh baca sign juga. Ni kita mau baca, ada yang kita tahu, ada yang langsung yillek..

Doa banyak-banyak. 

SS pandu, aku jadi cikgu memandu. Kau terbabas, aku terbabas,kita sama-sama kerugian. Jadi, mari kita mengelak kegagalan ,berlaku. Yeaaaaa...\


sana ada juga bangunan tinggi, tapi tidaklah mencakar langit, sekadar mencakar asap-asap kereta saja.. ni jalan mana ya, tapi kalau kita berani kita boleh sampai  Shibuya tu. Dekat sudah ni, cuma kita fokus mau keluar sini, bukan ronda-ronda ...heeee


keluar saja bandar, legaaa habis perasaan. Keluar dari zon kebingungan kita. Ni masuk highwah ke arah selatan Tokyo. Comel signboard tu. Mungkin dia cakap, jangan bising kalau malam, ada budak tidur.

Highway dia macam kita juga, cuma ya, untuk tol tu. Kereta ni guna macam Rfid tu. Jadi kita dapat limpas saja, tidak perlu bayar situ. Dia potong nilai saja. Macamana ni mau kasi terang ya.


.

kita singgah RNR ni, kecil sahaja. Tidak masuk pun. SS saja. Kita diluar-luar saja.  Ada jumpa beberapa kereta orang Malaysia senyum, bagi salam.


budak ni malas mau keluar sebab sejuk kan, walau matahari terik tu. Sebab tu musim sejuk pun, sunblock kena pakai, huhu.


feeling kawan kita ni

ni sajalah jajan ya. Berkenalan dengan jajan ni 2014. 2015 begitu jumpa di Aeon , waaa menggamit ya.


Jepun 21

  bila buka pintu rasa sejuk beku itu. Tanya anak-anak kalau begini, macamana mereka mau ke sekolah?. dengan niat mau anak-anak fikir cabara...