28 June 2019

Lawatan Balai Bomba Muar. Best in Muar



Ni berlaku 2018. 

Tadika Jaim kedua anak anak belajar. Sebenarnya, terpaksa pilih Muar sebab tu sajalah paling dekat dengan sekolah..fine.
Sebenarnya pun tak tahu kenapa perlu ke luar negeri (negara) kan..tapi kita ok saja pun. Cuma tertanyalah..... Kata cikgu balai Bomba yang dekat tak dapat follow tarikh tu..terimalah. 
.
SS sampai cuti sebab  join sekali kami ni...hahha. mak bapa prihatin..gitu
sampai jak, dapatlah parking dekat surau balai ni.
anak-anak dah sampai lama dah, diorang dalam bilik taklimat ni.
diorang tengah dibagi taklimat pasal keselamatan.
sempatlah dengar.
apa yang perlu dibuat kalau ada kebakaran.
.
kalau ramai-ramai, marilah merangkak kita.
kata anak saya, macam Upin Ipin tu...kena bergolek.
macam lawak,tapi ilmu ni sangat penting.
bila asap tebal, apa jak kita boleh buat kan.
asap sate pun, kita terbatuk batuk hidu.






pentaklimat yang saya sempat dengar tu mengandung, dia bagi model cara merangkak. Tahniah kak...anda gigih dan kompeten!.
.
lepas semua taklimat, anak-anak pun keluar untuk berkenalan dengan alatan bomba..lebih kepada lori dan air saja.
.
diorang ni budak,tapi kalau pasal ilmu...kenalah serius walaupun budak kan. Harap anak-anak ini ingat pasal ilmu kecemasan ni. Insya Allah.


saya tak pasti kalau dioranga da modul untuk menerangkan kepada awam pasal tugasan diorang.
macam kita nampak dalam kartun Upin Ipin tu, Sedia Menyelamat.
tau-tau, anak anak dikasi pegang paip bomba ni.


penat jugalah encik encik bomba ni.. layan setiap seorang budak ni. Ilmu tu bersifat mengalir. Selagi hayat budak ni pegang  ilmu yang depa bagi, banyak pahala encik bomba tu.
.
Lepas setiap seorang merasa, diorang pun naik lah lori bomba ni, round situ. Mula-mula budak perempuan dulu..naik dan merasalah macamana lori bomba tu.

             


Sementara budak perempuan naik lori besar dan siren kuat tu. Budak lelaki naik lori kecil ni. Lori ni rasanya untuk tarik sampan.Harap  encik bomba ada maklum kat anak anak ini.
.
sementara diorang naik  semua tu. kami tengok sajalah.eheh. Saya gi belakang surau tu. Belakang tu sungai Muar. seram juga bayangkan kalau air naik, naik kat tangga surau ni...
.
Lepas semua aktiviti di balai bomba, diorang pi luncheon di dataran situ, tepi sungai Muar tu.
kitaorang duduk jauh sana di dataran. Kuat angin kawasan ni. Memang port lepak ni.
anak-anak makan ditebing situ..bagus juga..cikgu pilih dikawasan yang dekat nak gi tandas. Senang nak membasuh tangan dan segalanya. :)


aku melepak di dataran luas tu. Pokok pokok banyak..jangan risau, tidaklah panas. Sangat best la pula. Sebab manyak sijuk la kawan...
.
Lepas makan tengah hari, misi seterusnya ialah..melawat natang ni...
di DON HU Jurassic Garden.. (best pula tengok video ni..). aku tak sempat rakam, sibuk kagum tengok binatang tu. Sambil fikir wow design bisnes ni, menarik k.


lokasi di 224, Kampung Sabak Aur, 84000 Muar, Johor
buka: 10am-6.30pm ( RABU tutup)

Ok ni taman tema yang  kecil saja. Masuk free ok.
tidaklah tahu sebab masa tu baru buka, jadi free.. atau memang jenis bisnes lagu tu
dari video  RTM tu, nampaknya memang FREE  masuk.
.
pintu masuk tu, ada toilet (jadi sebarang urusan, baik urusin dulu, nanti boleh fokus tengok binatang fake tu.).
ada juga beberapa ekor haiwan origin di pintu masuk. Bolehlah  tengok binatang macam burung dan itik tu.
.
sebelum anak-anak masuk, depa sangatlah kagum dan tertanya-tanya, ni haiwan hidup ek??
sebab bergerak kan dia...

macam was was juga diorang ni.
anak anak I jenis ndak kenal sangat binatang ni. Jadi teruja tu boleh dikawal lagi.
cuma tang kebaruan tu...sebab disangkanya ni haiwan hidup.
depa pernah nampak dalam majalah, yang binatang ni makan daun saja..jadi mungkin diorang risau, mulut tu tak nampak makan daun jak..macam boleh makan semua orang jak.
.
ada 2 bahagian yang ter-piginya
bahagian pertama tu, semua jenis dinasour la.
ada jual tshirt, binatang binatang fake tu. Kalau pencinta dinosour, rasanya boleh menangis jugalah memilih. Harga pula sekitar RM5 keatas untuk seekor.
cikgu-cikgu belikan budak ni keychin. tu harga tak pasti pula. Terima kasih cikgu.



         

sebab binatang ni bergerak siap ada bunyi. Jadi budak ni makin yakin binatang ni hidup. Anduuu ba...
terus umy terangkan , binatang ni pakai kuasa elektrik. itu yang boleh bergerak dan bunyi. Ala bergerak pun situ jak, bukan melangkah kan....
.
dalam ni ada Tshirt. Terus beli 5 pasang, dalam RM10 satu..kain so-so saja. Mau yang lebih selesa kain dia pun ada. sebab beli untuk 5 orang, jadi kedekut sikit la, konsepnya...kiki
.
siap sini..bergambar jap di tempat teduh ni. Penat tapi masih happy lagi mereka ni.
ni cikgu yang amik, jadi menjadi lah..kalau kami..emmmm..macam macam lah gaya tu jadinya.

                                          


pegi sebelah pula. Pun keluarga binatang ni, cuma jenis lain.


ok. ni gambar ntah bahagian mana. Yang pasti masa tu, anak anak dah nak keluar dari situ.
bahagian seterusnya, sejenis haiwan yang macam labah-labah ni.


yang ni lupa pula kalau jenis bergerak dan bersuara. Tapi masih mengujakan lah budak budak ni.


dalam tu ada mainan yang kena beli token tu..jadi kalau penat, boleh lepak jap. Makan ais krim. atau produk situ. Pilihlah yang mana mau kan..
.
siap semua.
bolehlah balik. Depa ikut kami balik. Pi tadi naik van kan..balik, marilah kembali ke asalnya. eheh.
.
lupa pula,
masa pi tu yang ada  geng  budak ni selain ada jugalah 2-3 kereta lain, jadi kurang sesak. Aman saja. Agaknya kalau ramai-ramai ni, sesak jugalah. Kalau bawa budak kecil,baik pigi awal pagi masa baru buka....
.
bergambar pun selesan saja. .cuma seperti biasa, pegang tidak boleh dan janganlah pun. Fake kan binatang tu.
.
baiii..