29 June 2019

Akid lahir p2

memang sangat lemah ok. tak larat pegang. nurse suruh rehat sajalah....
sambungan


cium budak gebus debab tu. eh anak comel umy.  Wangi pakai bedak la ni..hem. nurse nurse.
tidur aman di dakapan bedung.

Tv yang dipasang tu macam buat aku lagi penat.
Dengan bilik yang samar, aku harap boleh lelapkan mata la konon.,maaflah, lagi buat gangguan.

Bila Akid dah jumpa. Mungkin adalah semangat kan.
Pelan-pelan aku try. Bangun. Berpaut la. Tapi tetap ndak mampu duduk.
Buka HP, Tanya mana SS. Dia kata bawa budak makan.

Aku makan pun ndak larat.
Bila SS datang....
Tu dia abam kakak dua ketul tu punya bertenaga. Tanya mana baby?
Siap intai di luar sana.

Aku jawab di nuseri. Dukung pun ndak larat ni. Biarlah aman baby tu di situ.
Memang masih lemas lagi.
Minta SS bawa aku untuk mandi wiladah.
Rasanya tenaga dari ESP Shaklee tadi  boleh kot
Lepas #mandiwiladah, tetap masih lemah.
Rasa jauhnya bilik air dgn katil. Padahal depan saja pun.
.
klinik ni berdepan kedai 99mart. Maka senanglah urusan.
Siap mandi. Makan yang nasi..telan berapa jak berdaya.
Akid masih di nurseri.
Apalah diorang sumbat dalam perutnya tuu...sedihnya ndak mampu dukung.
SS ambik. Dukung.
Happy diorang nampak.
Akid inilah adik yang diorang tahu dalam perut nanti akan keluar.

bersua pertama kalinya... Alhamdulillah
sampai sekarang(2019), kakak ni masih gaya gini kalau sayang adik dia
lepas gomol dan main bising-bising dalam wad ni.
Diorang kena pulang, ambil toto. Pakaian semua ada dah. Umy lupa pula pasal toto ni.
Apa lagi ada urusan lain. Syukur betul klinik ni dekat dari rumah.
sebelum pulang, minta letak Akid di sisi. Alahai anak soleh gemuk pipi ni.
Patutlah keluar awal. Big already.

masa ni laratlah menulis di sosmed. Untuk ingatan sendiri. Dan mencari kekuatan untuk jadikan diri boleh kuat, memang lemah kan...teruk betul rasanya masa tu. Menulis pun satu rawatan juga..

 

Barulah ada tenaga sikit.
ESP Shaklee betul banyak bantu. Air kosong. ESP ni aku minum dalam keadaan tertentu saja. Sebab kadang selera masa mengandung tu,tidak boleh telan sangat. Atau aku risau kurang air..boleh effect dalaman bila telan supplement ni.


Ubatan dan vitamin yang kena telan tu. Siap aku termuntah. Mungkin lama sangat baring kan. Patutnya diorang kena bagi vitamin yang inject...baru cepat kesannya. di PMC begitulah. Hari pertama kedua diorang bagi inject. Mungkin vitamin jenis inject ni kan mahal..hem

bila anak sudah disisi. rasa perlahan-lahan cari kekuatan. ambil gambar pun sejenis rawatan mencari kekuatan ni....masa ni hanya mampu sentuh saja. punya lost banyak tenaga dan darah, ginilah kesannya. Terima kasih misi tolong angkatkan, tu diaaa..berusaha keluarkan tangan, sampai macam mau bangkit anak umy ni...misi kata tamau bedung dia ni.

 


SS balik siap mandikan anak. Dan mereka pun ketiduran..anduuu 
Waafa siap nangis cari umy.
hebat betul bonding direct breasfeeding ni. Walau berusaha jauhkan dari Waafa sejak mengandungkan AKid...masih cari umy juga budak solehaha ni.



call pujuklah dia. Minta bawakan umy sup untuk tenaga.


Aku minta nurse tinggikan katil.
tadi mandi, banyak darah jugalah . Hemm.


Tengah malam. Diorang ambil Akido.
Lepas bersalin. Kena mandi wiladah. Selesai.
Mandi buang darah yang keluar tu juga.
Kalau samar..buka tingkap. Ni kalau ada tingkap di bilik wad la.
.
Seronok tengok anak anak bertenaga. Sampai rumah wafa sleep. Bangun cari umy..alahai kakak.
.
Sampai di wad, depa bawakan umy makanan.
Lupa banyak pula lepas tu.
baju sekolah bawa sekali,

Esoknya. SS hantar gi sekolah.
Datang balik. Urus hal dischage.
Barulah tanya, doc tak buat lawatan?
Diorang macam eh..eh. kena lawat eh?
Terus doc pun datang.
Doc pun oyak. Suruh buka langsir.
Memang ada beza langsir ni bila buka dan tidak.
Sebab aku tidak buka. Bilik ni kawasan laluan. Risau.orang luar nampak.haha. Tak pasti cermin ni ada tinted atau tak..hahah...tapi gitulah keadaanya bila tingkap dibuka...

Doc tanya makan apa. Boleh telan ka?.
Borak semua dengan nurse yang asyik datang tanya pasal ada rasa kapas ka barulah tau...serba sikit punca kenapa lemas sangat masa lepas deliver baby.
Rasa oku sekejap. Rupanya ada bleeding lepas melahirkan.
Patut bersungguh bidan tu keluarkan darah. Cepat cepat dia. Dia mau keluarkan kalau darah beku tu. Darah tu punya rengit...juga punca bleeding.
Huh. Patut kalau hb rendah, risiko tumpah darah. Aku ni...susah juga nak tahu tahap bleeding. Sebab aku kena tanya.baru tau. Masalahnya aku tidak taupun yang aku bleeding tu. Cuma tarasa sakit bila bidan tu tekan utk keluarkan ketulan darah.Ini masa sop biasa lepas jahitan dibuat.





Lepas sarapan semua. Mengemas la kita. Cadangannya mau stay lagi. Best sikit badan ni.
tapi, cannot ..kuang kuang.

marilah balik.
Sebelum balik, nurse minta baju baby. adudu. Baju baby dalam laci kereta. Minta SS ambilkan.
depan bilik ni nurseri baby, kanan tu laluan ke bilik bersalin...sebelah kanan tu, wad kongsi bilik tu, ada 2 bilik rasanya. Comel jak wad sini, cukup lah untuk mak-mak yang nak bersalin biasa-biasa saja.

 
balik lah kita.
bawa anak soleh musleh ni.
enak ya dia tidur situuu..


anak-anak balik ikut cikgu dia...
jadi, umy menunggu saja mereka.
risau juga cikgu sampai dulu, kami lambat.
rasanya, kami lambat sampai..cikgu hantar orang lain balik dulu.
.
Happy lah anak-anak ni dapat  jumpa adik baby comel debab pipi tu.



inilah gambar-gambar hari pertama adik beradik ni berjumpa dengan adiknya yang disayangi kerana Allah, insyaAllah.
.
Malam tu, dah dekat Ramadhan..anak-anak mula berat kaki follow abi ke Masjid,
sebabnya rasa sayang tinggalkan baby Akido omel ni.

 
terutama sekali, anak sulung kesayangan umy ni.
peluk jangan cakaplah..sayang dia.



sampai rumah, teruskanlah dengan minyak yang dibeli dari misi yang asyik ulang alik bilik tanya ada minyak tak...losyen dan minyak panas. Losyen tu sedap gila pakai...susahlah mau jumpa sama rasa pakai. Macam unik pun ya.