21 December 2017

Raya Aidilfitri-Raya puasa 2017

Alhamdulillah. Raya puasa telah berlalu......6 bulan yang lepas..kihkih.

sebab rajin melanda...maka kisah itu dibiarkan tergantung sepi.
Alhamdulillah ada gambar yang membuat ingatan kini tidak perlu dibiarkan tergantung lagi.


Raya tahun ni, seadanya.
baju beli di Kuala Selangor saja..seperti selaluuuu.

Akid di keta.
Umy lari pecut pi beli.


sampai kampung.. seperti biasa orang sibuk.
saya jaga baby yang kurang biasa dengan suasana..mau ada kawan jak disisi.
sorry orang, orang beranak kecil beginilah...bikin minta dikecam...kah kah.eh hambarr.
kadang tiap 15 minit mau susu, kadang 20 minit..kadang 10 minit.
memang habis kalori lah disedut.


Pagi Raya...takbir raya kedengaran dari TV atau..ah lupa sudah..

ok pagi-pagi bangun, bangunkan budak ni. SS bertanggungjawab memandikan sunat Aidilfitri mereka ini, yang sebenarnya tidur lewat semalam..

Alhamdulillah selesai mandi..mood masih ok.

pakai baju baru yang dibeli beberapa hari sebelum raya tuu.


posing sempurna..takkan la ada..sibuk kan urus diri dan risau lambat sampai masjid.
hee.

sampai jak masjid,nampak lengang.
ooh semua dah masuk masjid. Khemah diluar tidak diperlukan.

orang bengkek tengok I..
hehe. macam tidak pantang..sibuk nak kesana sini.
stress sebenarnya anak kecil nak ketenangan. Itulah puncanya.

dan kebetulan pi masjid ni dah hari ke-40.
pi masjid duduk dengar baca khutbah kan lebih baik.
dari dulu I begitu.
Nabi pun kata sunat perempuan pi masjid meraihkan. Yalah..kan pi beraya berhari-hari mampu dan tidak pakai pandangan ulama semua pula.

pi masjid, jangan beratkan.

ustaz Shauqi, ada tulis disini.

sebab masjid ni, tiada kaki lima dah...
kami pun masuk dalam..pilih bahagian belakang.
kalau masa ni, akan ramai jemaah wanita. Memang saya akan keluar dan stay dalam kereta saja.
kunci kereta pun dah pegang.

ni ada buat juga sebelum ni. Uzur syarie, tapi rasa lebih baik pi masjid juga...
sebelum-sebelum pernah jumpa member bawa anak dalam pantang lagi.
gigih kan. Tapi ok jak member tu...so I pun terinpirasi dari kisah member tu...hee.
banyak pahala dia..

sambil dengar khutbah...Susukan Akid..dan dia rileks sleep ya.
geram jak.
dirumah dia kejap-kejap jaga.

Waafa tukang bawa harta karun...toto pink dia..bear pun.emm..bagus kakak.
budak kepala botak..mata masih kabur..kurus terus budak ni. Padahal masa lahir pipi labuh. Berat lahir dan selepas sebulan sama jak. uhuk.

Kopiah Fath yang baby ndak jumpa..sebab ndak cari.
Malas beli kopiah baru...bertimbun nanti kopiah..rugi pakai sekejap. Gitu ayat orang kedek.
pakailah Topi baru ni. Mahal ya dibeli...hahhaha. mahal la sangat


siap solat sunat Raya.
kita balik..
dan kaum Adam memulakan ziarah.
diorang ala-ala baraan. Baraan terpilih..yang join baru orang akan singgah rumah..yang tak..bye-bye. Gitu la konsepnya.
Budak-budak bebas ok.
Fath Waafa follow abi, dan sepupu-sepapat diorang.

meh kita bergambar dulu..sebelum diorang pusing lorong ni..

pandai Fath ambil gambar. Muka semengah terus...emmm


Lepas rumah MIL dikunjugi.
kaum Hawa pula pi.

I rehat jaga rumah dan jaga anak yang merengek 25 jam sehari,7 hari seminggu ni.
kalau masih bengkek..sabarlah ya. 
Dugaan kita beda.

oohh, ada kengkawan ipar duai mai juga.
so yang pi beraya tadi, balik semula layankan.
I setakat salam, no hal.

makanan semua rasanya sama jak dirumah masing-masing.
layanan tu dan ukhwah yang diperbaharui tu yang buat lagi enak.

meh kita layan setting beauty kamera hp ni, Akid.

tupun, dia masih merengek mau baring nyaman.





gambar-gambar beraya semua dalam HP abi.
Jadi nanti kita masukkan.
Comel mereka berasap dan masam semua setelah beraya.

sebelum tukar baju jubah yang korang rimas tu..meh umy kutip gambar kamu dulu.


duit raya pun agak banyak.\
umy pula main sumbat jak dimana-mana dalam beg diorang.
sepupu sepapat siap kira.
diorang pun konon kira. padahal lepas nombor 10, diorang mana tahu nombor apa...


I makan jak pulut semua tu.
dah itu menu wajib kan.

tapi setakat makanlah.
Kuih raya pula...I cari kuih tradisi...tart nenas.
jadi kenalah berjalan.

ada 2 kengkawan SS datang beraya.
jadi kami kena balas la..
beraya ke rumah diorang dan yaiiii..I jumpa kuih tu


Esoknya diorang cadang pi rumah kaum kerabat yang agak rapat dengan MIL.
sayangnya..sampai jak...diorang dah jalan pula.
jadi kami sambung beraya di gerai..hehe

dah mesej masa gerak tu.
patut mesej malam sebelum kan.
pengajaran untuk I, orang sekarang mana ada yang war-warkan kalau mau beraya kan.

dan singgah sini lah.
beli barangan dapur.

sambil SS pi ambil coin. Umy kutip gambar lagi,
baju ni..selagi muat.
akan digelar..BAJU RAYA!







15 December 2017

Sarapan simple dan sihat- Pulut Mangga!

Pulut dan buah mangga.

Kenapa?

Kebaikan pulut.
1. tiada kolestrol

2. Nutrien yang pelbagai
Kalori dia boleh tahan juga, karbohidrat, serat, natrium, lemak tepu


3. Vitamin
Ada asid patontenat..ni vitamin B5. Baik untuk kulit dan rambut katanya..
Ada tiamin, niacin (vitamn B3), vitamin B-6, riboflavin (vitamins n B2), tu dia kira vitamins B tu.lda adalah di pulut tu..l


4 . Minerel
Kalau bab minerel ada selenium dari zink, ada magnesium dan fosforus

Ni kajian berdasarkan data yang dikeluarkan oleh U.S punya jabatan Agriculture National Nutrients Database. Juga kajian yang dibuat oleh Linus Pauling Institute.



Ni pulut mangga kedai punya..siap main wana untuk tarik minat makan..kuah tu santan dimasak dan letak gula. Untuk lebih sihat letak garam atau gula perang pn umppphhhh.



Yang aku buat...kuah tu pakai santan kotak ayambrand lepastu gula perang+ garam.
Memang memanggil. Tapi tulah kan, malam pula dimakan...kah.

Ni kena buat lagi...usus pun gembira sebab ada buah tu

07 December 2017

Selangor Fruits Valley-tempat percutian best di Selangor

Assalamualaikum.

Hari ni kak Tong ingin berkongsi tentang satu tempat percutian best di Selangor, bumi bertuah.

tempat ini tentulah bukan saja best, tapi ada nilai dan baik untuk tumbuhsaran otak para pengunjung. Terutamanya  para kanak-kanak yang memang suka makan buah atau...baru nak berjinak tentang buah-buahan ni. Buah yang paling best dan enak..tentulah buah-buahan yang dihasilkan dalam Negara kita sendiri.

Ok  kalau dari lebuh raya PLUS, boleh exit Bukit Tagar. Lepas tu kena jumpalah UNISEL Bestari Jaya dulu...

lagi mudah exit Rawang.

sini banyak boleh singgah sebelum sampai tu..

Boleh singgah AEON Rawang Anggun tu dulu beli bekalan atau makan situ..

jalan ke sana memang suasana kedesaan.

tapi jangan...tempat tu tengah nak membangun. Banyak ok kiri kanan tu perumahan sedang naik, orang KL ramai pilih menetap sana.

boleh cari maklumat yang di web diorang.
ada juga page FB dorang ni.


semua gambar ni, kredit pada Page FB Selangor Fruits Valley.


 pakej harga diorang pun tidaklah kejam. Harga memang boleh masuk.

 paling best kalau merek yang bergelar pelajar..darilah Tadika sampa IPT tu.

Warga emas pun ada pakej ok. Biasa yang umur 55 tahun ke atas. Tapi yang ni kena conformkan la..ada sesetengah tempat warga emas tu bila umur 60 tahun ke atas.

 buah-buahan pun ada yang boleh dimakan disitu.

sebab tadi kak Tong inform sesuai untuk tumbuhsaran otak, sebab ni lah...ada aktiviti di situ... memang sesuai untuk tambah ilmu pengetahuan kita sebagai rakyat Malaysia...1 Malaysia...1....?


 ok macha, bagi 1 biji kelapa tu..haus gue!

 ni tanam pun boleh ni.


selain jalan yang berpusing itu juga, keadaan menghijau dari jalan ke tempat ni, memang buat rasa kedesaan yang amat.

kak Tong ndak pernah pigi lagi.

tapi kak Tong dah lalu situ...memang gatal kaki mau masuk tempat begini.
lama dah ni asyik Nampak. mungkin suatu masa nanti kan...

jus pun ada. Jus original ni...

ada jugalah haiwan-haiwan sana tu...kena call la untuk maklumat lanjut..ala call saja...0332720019.


kalau mau bermalam...boleh search maklumat pasal homestay atau hotel di sekitar Rawang, Batang Berjuntai, Ijok.. mesti banyak pilihan. Harga pun just nice.

KL pun dekat la juga.


30 November 2017

Kelahiran Akid Soleh


Alhamdulillah, Akid pun sudah masuk umur ke-6 bulan, bulan ni.

sebelum aku lupa..sebab banyak benda perlu diingat dan dibuat.
marilah kita mengimbas kembali kelahiran Akid Wa Musleh.

Alkisahnya. Sepatut due Akid jatuh pada 10 Jun (nanti dichek balik..macam ragu pula).
yang pasti Akid lahir awal dari tarikh yang dijangka.

Petang sebelum hari kelahiran dia tu...kami pi melihat keindahan dan pesona pelbagai kereta di Carlist event, di Setia Alam. Tempat yang baru naik, dan baru pertama kali  piginya.

SS lah yang rancang semua itu.

dengan Viva kita bergaya kesana, selepas Zuhur. Dan round-round booth kereta di sana.
semua kereta harga 90k above. Hemmm..bukan selera budget kita tuuuu..





sini sajalah kita layan emcee bercakap-cakap
selepas SS round..mehlah kita berundur diri...
ooh ya.. ni adalah selera kita..sesuai untuk jalan grabel dan berhabuk....orang desa kan...

Fath Tanya camana kereta ni boleh buat begitu...hemmmm. Kereta ni bukan saja boleh buat begitu nak...banyak lagi gerakan sebenarnya dia boleh buat...sebab tu harga pun...emmmmm

tengah jalan balik..Nampak dari jauh ada robot sedang berjalan.... test driver bercinta tunggu..ramai betul peminat..kita layan robot ni jaklah...kepayahan juga dia tu berjalan dengan but yang berat.
ada juga benda ni.buat Fath happy dan teruja..alahai Transformer..Waafa terus ketakutan...





siap situ. makan dulu..beli makanan di food truck.hemm
banyak bukan Melayu yang datang. Parking pun siap berbayar. RM5 rasanya. Lupa pula.

Ada kemudahan la untuk solat dan lain tu. Ada buggy jugalah  untuk orang yang perlukan. Kitaorang naiklah...merasa..dan memang dah rasa macam nggak larat sudah gue.

Kita balik, singgah masjid Puncak Alam.. solat dan...barulah perasaan tanda turun.

banyak berjalan kali. Erk..
tidaklah juga..SS yang banyak round round booth. Aku hanya round yang laluan ke pentas..dan  duduk depan pentas sambal ambil free gift yang diorang sediakan.

siap join kuiz hari Ibu rasanya...hadiah telefon pintar itu.

bila turun tanda. Maka solat Asar jadi macam huru haralah perasaan, takut risau semua ada.
ni orang 10 kali beranak, normal kot ada perasaan ini.

lepas tu. kita balik mau maghrib pun. SS kejar waktu meeting.

aku ragu juga sebenarnya. Kena masak untuk makan malam. memang ndak sempat pun SS makan. Jadi setuju kita pi kedai makan, biasa. 

sebab keyakinan naik 70% akan beranak dalam tempoh tidak lama. Terus call mamaku, mamaku ni jenis gitu la. Bila aku call, dia suruh call next time, sebab busy di tempat kawen kaum kerabatnya.
hahah.

malam tu. SS pun pigilah meeting dengan kerisauan juga.
aku gitau, sedia saja kalau dicall suruh balik k.
Dia pun jenis meeting dan balik.
Lepak-lepak..kena tunggu cuti kah begitula.

Dia pun pi.

Aku solat semua.
makin yakin bila sakit start sudah, mengeras begitu.
tanda dari coklat ke arah kemerahan sudah.

silapnya, masa contraction datang..aku lawan. Bukan Tarik nafas...hahah.

kembali zero pengetahuan.

Niatnya, masuk minggu 36 baru kita study teknik pernafasan semua itu.
sebab sejarahnya sebelum ni over 40minggu kan.

silap kau roy. #Studyteknikpernafasan sejak tahu mengandung terus boleh #training setiap hari.

Bila sudah begitu.
Masih yakin, mungkin kalau awal pun. Sekitar subuh boleh ni bersalin..hahah.

yakin 40% begitu.
maka order teh ais la.
Balik tu SS bawakanlah.
teh ais kot. Dengan mihun goreng lebihan meeting.
sedap.

Pak Ipin punya masakan memang sedap. Pi Kuala Selangor cari gerai dia. Di simpang empat tu. Kedai kayu 2 tingkat. Tidaklah bergaya..jadi harga memang cantik punyalah.

SS pun kembali zero.
penat dari event petang, penat dari meeting.
Jadi tidur lah beliau.

aku tidur sekali
tapi, sebab risau melebihi 70%, makanya tidur ayam saja.

risau sebab anak dua tu mau letak mana, kalau aku kena gi kecemasan misalnya.
sebab jiran semua kerja.
eh lupa, ada jiran seorang tu boleh tolong kot.
cuma diorng dua ni, manalah biasa.
terutamanya Wafa tu.
mesti drama air mata kalau buka mata, umy ndakda.


lagipun, esok tu diorang test.
baru jak 2 minggu masuk sekolah  baru, kena hadap exam. Masaklah kome...

bila, fikir macam-macam. Jadi perasaan mengantuk pudar.
tapi try juga tidur. Sebab fikir kena ada tenaga kalau mau beranak ni.
doa. baca quranlah untuk mengawal emosi dan kerisauan ini.

SS pun kejap-kejap terjaga.

barang dah ready,
cuma barang baby, memang baru sepasang baju yang dibeli. yang sesuai untuk baby newborn.
niatnya, bila masuk 36 minggu..bukan saja belajar teknik, Ready juga untuk baju-baju ni.sekurangnya ada 3 pasanglah. 

sekitar jam 3 pagi begitu, contraction memang sekitar tiap 10 minit, masih tidak konsisten. Jadi tunggu lepas subuh lah.

.......
Habis subuh. Mengaji sikit.
siapkan diri, siapkan anak-anak.
memang kena ke hospital.
SS pun dah call klinik di Rawang tu, katanya boleh terima pesakit..anytime.

sekitar jam 7 lebih kita pun start enjin,
start bagitau Fath Wafa..kemungkinan hari ini diorang akan dapat baby.
happy dan blurr lagi.
haha. Hari isnin begitulah ragam budak-budak.

tapiiii..
boleh pula time tu..ada bunyi aneh di bonet depan tu...hu hu.

maka pagi tu...dengan kerisauan, air cond off.
hantar budak dua ni.
siap kiss dan minta diorang doa depan umy.

memang sakit agak kurang dari 10 minit setiap kali datang,
sebab SS pun mau tau perkembangan.
dan aku macam mood lebih kepada camana ya nanti..jadi aku pegang paha dia,kalau cengkam tu..bermakna sakitlah.

jadi, dalam kerisauan kereta tu.
risau juga terberanak ahaha. #periksa kenderaan tu memang haruslah pengajarannya

setiap kali jalan tidak rata, SS perlahankan.
hentakan tu, boleh bagi sakit .

ok, sampai klinik, betul macam ndak larat jalan sudah.
perangai sangat ni.

orang yang jaga bahagian bersalin tu...Nampak..dan tegur
eh macam sakit sangat dah tu...
bertambah debaran dan risau.

aku masuk LR, SS tidak dibenarkan masuk lagi.
aku minta dia belikan kurma apa-apalah untuk alas perut.

siap tukar dan masuk ubat semua. kena pi tandas,
tandas kenalah menapak...huhu.
dekat,
tapi sebab sakit kejap-kejap. Rasa macam jauhnya tandas tu.

selesai buang air semua.

barulah..disuruh aku baring. Sebab bukaan sudah 5cm kan.

seriau tengok katil tu...seketul disitu.
tinggi pula.

doa sejak dari rumah tidak putus.
minta dimudahkan.
dapat hadap sakitnya.
tiada koyakan.
dan lupa pula, minta lepas baby keluar aku boleh tertidur aman sekejap. Qodha tidur malam tu yang terganggu.

bila air ketuban dipecahkan.
chek degupan baby dipasang di perut.
aku pilih kedudukan mengiring ke kiri.

diorang pasang surah.
Alhamdulillah.
aku boleh ikut baca sekali.
sambal masih macam aduhhh..aku bersedia kah ini?.

SS di luar pula.
jadi, minta nurse situ panggil.

bila sakit sangat, sampai aku hanya diam hadap.
SS pegang tangan.
nurse urut bahagian atas punggung tu. Ada kelegaan sikit.
sampailah memang sakit yang tidak dapat aku hadap.
terus inform salah..."macam nak berrr..."

bidan tu boleh Tanya nurse dia dah masuk ubat membuang tak?.
bidan tu baru masuk dengan nurse lain.
dan nurse yang jaga aku tu pula, mengandung juga...huhu,

bila aku Tarik tangan SS, sebab sakit yang maha aku sebenarnya tidak mampu hadap.
nurse jaga belakang aku tu baca doa nabi Yunus. aku ikut siap baca doa mudahkan, jangan susahkan.

bidan tu tengok jam saja sambal siapkan alat.
tung tang, bunyi besi. Aku boleh Nampak semua tu...
seriau semua ada.

dalam kepala fikir, keluarlah sekarang.

bidan chek bukaan. Suruh aku bertahan lagi.

sampai betul sangattttttttt tidak boleh hadap sakit.

bidan pun, suruh aku baring terlentang.
masalahnya, aku tidak boleh.
kena bantu.
SS pun bantu bersama nurse yang mengandung itu.

ok, bolehalah ni.
kepala dah Nampak. Gitu kot ayatnya.
SS menunggu disisi saja.

ya rabb. punya kepayahan aku.
teran.

teran.

rasanya dalam 3 kali atau lebih.

aku dengar bidan tu kata, "scissor!".

huwaaaaaaaa..kena gunting ka?

rupanya untuk gunting tali pusat.

aku lupa, siapa potong, SS atau bidan tu...

bila Akid keluar, Nampak dari belakang dia...ya...baby BOY!

terus nurse yang bantu bidan letak dibawah kaca tu. Akupun baru dapat bersuara. "Akid soleh!!!..Assalamualaikum!".

wahh..dah ada nama. Kata bidan itu.


Akid lahir. Jam 10.32am. Pecah ketuban sekitar 9.30am. Patutlah bidan asyik tengok jam tadi, Mau membuat jangkaan sebenarnya. yalah diorang kan ready kotlah ada lagi mau beranak . Aku rasa aku pembuka hari tu.


lepas tu.
aku biasanya terlelap.
tapi kali ini. Segar ok mataku.
rupanya....
sakit dijahit lagi la. rasa bius tu tak makanlah, Klinik please sediakan yang dos tinggi..huhu.

huwahhhhh..dengan nafas yang macam lemas. kena jahit pula.
sakit contraction lepas pecah ketuban sekitar 20 minit.
sakit ni pula, melebihi 20 minit..dalam sejam juga rasanya.

tengah jahit, boleh pula...benang habis..
kenalah tunggu sekejap.

lepas jahit, barulah bidan keluarkan uri.
terasa jugalah uri itu keluar...

lepas tu, bidan macam asyik lap-lap..minta kain tisu dari nurse.
macam bidan cuba guna Bahasa aku tidak faham.
tapi aku yakin, ada something ni.

siap tu..memang macam OKU ok. langsung tidak mampu angkat badan.
hilang keupayaan.
sampai nurse minta tukar katil. aku tidak mampu angkat diri.
Allahu....baru aku faham, perasaan Ras Adiba tu...
solute habis dia punya semangat.

SS dan nurse lah yang bantu.
nurse tu dahlah mengandung.

bila ditolak masuk bilik wad.
betul aku macam lain sangat perasaan, dengan nafas yang ala-ala orang lemas.
gitu kot, masa SS sakit tu..paru-paru banyak air... :(.

cium tangan SS.
minta halal semua.
SS suruh sabar.

minta pasang tv. ada video Mariam bersalin saja.
itulah yang aku tengok.

SS pula kena kejar pi ambil anak. 
sebelum ambil anak kena chek kereta dulu.
dia pun sarapan belum.

minta dia pigilah. lagipun aku boleh tekan loceng kalau mau minta tolong semua.

bila SS jalan, aku macam mata segar bugar..huwaahhh.
susahnya mau lelap
sakitnya.
badan yang tidak mampu aku gerakkan.
kurma, kismis dan buahan kering tu, trylah telan.
bancuhan ESP Shaklee la juga aku minum. Betul-betul macam OKU.

tunggu SS...
nuse datang, minta bawakan Akid.

alohai...gebunya.


Debab ya pipimu sayang


bersambung....

18 October 2017

jumpa geng karas


Comel jak mereka ni. .

Terjumpa juga akhirnya.

Ogos 2017, sebelum raya haji  2017.
gitu..terus letak tahun dan bulan masa jumpanya.

Last jumpa macam masa tengah belajar degree lagi masing-masing.
Alhamdulillah, cafe hipster jadi taruhan. Café Lanun kira dikenali jugalah oleh kaum di sini Sandakan.

Ok. Portion besar.

3 gegadis tu sampai awal. Aku kan...sejam rupanya jarak dari rumah. Salah timing masalah tuu..
Sambil tunggu order sampai, kami pun berborak hal negara, hal negeri, hal individu..paling enak Sedap ulang kisah lama, kisah kawan yang dah hilang jejak, kawan yang perangai aneh-aneh..kawan yang aku sendiri fikir yang mana satu ya..punya teruk tahap ingatan ku ini.


Terima kasih kak Ana sudi datang belanja dan Ichah juga. Ndak sangka orang sudi belanja...kalau tahu..memang di order yang lagi power dan umpph. Macam boleh jak kan masuk perut...cakap senanglah mau order macam-macam..bila kenyang...semua Nampak macam biasa-biasa jak.
nafsu lapar jak tu..yang buat makanan jadi enakkkk bangattt

Ramai juga yang diajak, cuma mereka ada komitmen lain.Masa ni kan cuti sekolah+ cuti raya Haji

ok ini I order..rasanyalah...heee. sedap buah tu..lemak dan tawarkan...makan dengan ais krim vanilla..memang sesuai.

kak Dijah yang aku kenal sejak ting 6 bawah.
masa tu dia belum masuk U kot.
jadi kak fasi.
masa 1st jumpa teringat pengacara TV3 Cyril..kah apa tu namanya. Yang cakap non stop pun boleh.


Slay, kawan baik juga ni.
otak sangat baik dan kalau borak, dia ngam betul.
ok kak, sudah kasi cahaya mukanya..



ayam masak sambal ka apa ni.... ndak ingat siapa order


seafood apa ni ya...I Order..menangis jugalah mau kasi habis


wajah tukang belanja kena masukkan..dengan ucapan terima kasih cikgu!


order diorang sudah sampai...aku jak baru sampai kan.
marilah kita melayan kamera gue. Kak Dija, takpayah risau tudung tu ya...buat yakin jak kita..

taku pula letak Akid di meja yang berlubang ni..hipster kan.

ok, kak Ana sudah pun datang. marilah sambung cerita kita
gambar pakai kamera cantik sikit...

bila kak Ana sudah mari...dia banya cerita pasal sekolah juga..cikgu kan. ala satu dua tiga story jak yang membuat weols harus berfikir juga...HEEEE





Selepas makan minum, cerita dan ya Akid sempat ditukar pampes, Marilah kita pulang.. nah...bergambar dulu kita baaa..

staff siap offer gambarkan kami dengan 10 keping satu tempat tu...punya semangat kan. Siap ada ttopi ala-ala lanun dalam cerita tv tu.
aku jaklah yang menghargai usaha café itu.
diorang macam, eh apa barang pakai topi kan,
macam kurang sesuai dengan jiwa merekalah..begitulah kali..sangkaan semata.

sudah 10 keping diambikkan.
keluar lah..eh..
kenalah bergambar lagi kita ni di luar café yag ntah bila kan lagi, aku dating situ..
mungkinlah kalau aku atau anak-anak teringin makan, akan dibawalah..
atau SS pula dating penyakit  mau makan hipster ni..
padahal kan, ada jak menu tu di luar sana yang lebih murah.
cuma suasana tu ndaklah ada.
hanya di café ini.
itulah 'nilai' yang diorang jual kepada weolss ni.


kebetulan ada budak belakang tu tunggu order. I suruhlah dia kan menolong kutip gambar.
rupanya student Ichah.

hebat dik, café hipster bui tempat lepaking.
kita nanti remaja baru kan dapat nikmat itu..hee



sebelum balik..marilah...
sorang-sorang kena berlakon jadi peminat gue.
tapi kita cantumlah ya gambarnya, biar antik..dan jimat ruangan sini..heheheh



walaupun tired tahap over..saya lagik happy ketemu kalian guys...
eh terspeaking senetron pula..biasalah...


balik jalan kaki jak...pi mall sebelah pun,
anggota gue pun ndak mau kalah di mall sebelah tu





mempizza mereka ya.
selepas tu, memanfaatkan ruangan playground dalam tu.
oklah. Tidaklah boring tunggu umy siap urusan seri paduka di café belakang nun,


di sini memang, mana ada roundabout yang kosong, ada jak tugu peringatan yang dibina. Contoh roundabout di batu 7 Sandakan ni, Sang Buaya menyibuk situ dia.



balik Sandakan,
Arna pula ada wassap sebelum tu, jemput kami datang rumah dia.
malam  tu..pi lah kita.

sampai jak, macam kereta dua tiga jak.
rupanya kenduri kecilan diorang buat.
kan Arna tengah cuti bersalin.
rasanya dah habis berpantang lah dia

comel anak gadis dia ni...geram ai.. beza sebulan kah dua..lupa ai,



gigih tau, mau kutip gambar yang palingcantik, anak ni time ni jugalah diorang menempek bagai gam. Abi sana borak dengan suami Arna.

gambar buruk ni, umy gagah masukkan, sebab Akid Nampak bersedia di sini. Macam apakan yang muka gummuk.


Akid sebesar patung tu masa balik 1st kampong nenek Sabah.


Esoknya laling ni pula mau mengeteh.
kita datanglah kan.
sebab dah kenyang, order air sajalah.

mamaku pula gigih pi jual serai dia disini.
hehe.
mak..mak.

SS bawa jap budak 2 ketul tu.
tapi mau ke sini juga Fathnya.

borak ndak lama..sebab Nurin mau masuk kerja pula. Yang dua tu ndakpalah cuti sekolah kan. 



.


balik tu, pi dulu kita rumah landlord , si Puang yang kami sewa masa masa tingkatan 6 Atas dulu. 2006. Puang sudah sakit-sakit...emmm. usia kan makin bertambah

balik tu, Aniq hantarkan rasanya. Lupanya aku...hahah. Sorry ya Aniq. 
tapi bab kenderaan dialah selalu jadi penyelamat.
heee.

cuti bulan mac dulu pun, dia juga tukang bawa kami ziarah kawan lain.


gitulah cara kita menyinari persahabatan yang jauh dimata itu.
moga terus kekal sampai syurgaNya. Aminnnn


yang ndak dapat jumpa. Next time kita jumpalah...datang rumah ka kan...hehe.

sebab kadang kita ni..ndak sempat bui mau ziarah, walau niat mau jak berjalan.


hee.

by.