21 December 2017

Raya Aidilfitri-Raya puasa 2017

Alhamdulillah. Raya puasa telah berlalu......6 bulan yang lepas..kihkih.

sebab rajin melanda...maka kisah itu dibiarkan tergantung sepi.
Alhamdulillah ada gambar yang membuat ingatan kini tidak perlu dibiarkan tergantung lagi.


Raya tahun ni, seadanya.
baju beli di Kuala Selangor saja..seperti selaluuuu.

Akid di keta.
Umy lari pecut pi beli.


sampai kampung.. seperti biasa orang sibuk.
saya jaga baby yang kurang biasa dengan suasana..mau ada kawan jak disisi.
sorry orang, orang beranak kecil beginilah...bikin minta dikecam...kah kah.eh hambarr.
kadang tiap 15 minit mau susu, kadang 20 minit..kadang 10 minit.
memang habis kalori lah disedut.


Pagi Raya...takbir raya kedengaran dari TV atau..ah lupa sudah..

ok pagi-pagi bangun, bangunkan budak ni. SS bertanggungjawab memandikan sunat Aidilfitri mereka ini, yang sebenarnya tidur lewat semalam..

Alhamdulillah selesai mandi..mood masih ok.

pakai baju baru yang dibeli beberapa hari sebelum raya tuu.


posing sempurna..takkan la ada..sibuk kan urus diri dan risau lambat sampai masjid.
hee.

sampai jak masjid,nampak lengang.
ooh semua dah masuk masjid. Khemah diluar tidak diperlukan.

orang bengkek tengok I..
hehe. macam tidak pantang..sibuk nak kesana sini.
stress sebenarnya anak kecil nak ketenangan. Itulah puncanya.

dan kebetulan pi masjid ni dah hari ke-40.
pi masjid duduk dengar baca khutbah kan lebih baik.
dari dulu I begitu.
Nabi pun kata sunat perempuan pi masjid meraihkan. Yalah..kan pi beraya berhari-hari mampu dan tidak pakai pandangan ulama semua pula.

pi masjid, jangan beratkan.

ustaz Shauqi, ada tulis disini.

sebab masjid ni, tiada kaki lima dah...
kami pun masuk dalam..pilih bahagian belakang.
kalau masa ni, akan ramai jemaah wanita. Memang saya akan keluar dan stay dalam kereta saja.
kunci kereta pun dah pegang.

ni ada buat juga sebelum ni. Uzur syarie, tapi rasa lebih baik pi masjid juga...
sebelum-sebelum pernah jumpa member bawa anak dalam pantang lagi.
gigih kan. Tapi ok jak member tu...so I pun terinpirasi dari kisah member tu...hee.
banyak pahala dia..

sambil dengar khutbah...Susukan Akid..dan dia rileks sleep ya.
geram jak.
dirumah dia kejap-kejap jaga.

Waafa tukang bawa harta karun...toto pink dia..bear pun.emm..bagus kakak.
budak kepala botak..mata masih kabur..kurus terus budak ni. Padahal masa lahir pipi labuh. Berat lahir dan selepas sebulan sama jak. uhuk.

Kopiah Fath yang baby ndak jumpa..sebab ndak cari.
Malas beli kopiah baru...bertimbun nanti kopiah..rugi pakai sekejap. Gitu ayat orang kedek.
pakailah Topi baru ni. Mahal ya dibeli...hahhaha. mahal la sangat


siap solat sunat Raya.
kita balik..
dan kaum Adam memulakan ziarah.
diorang ala-ala baraan. Baraan terpilih..yang join baru orang akan singgah rumah..yang tak..bye-bye. Gitu la konsepnya.
Budak-budak bebas ok.
Fath Waafa follow abi, dan sepupu-sepapat diorang.

meh kita bergambar dulu..sebelum diorang pusing lorong ni..

pandai Fath ambil gambar. Muka semengah terus...emmm


Lepas rumah MIL dikunjugi.
kaum Hawa pula pi.

I rehat jaga rumah dan jaga anak yang merengek 25 jam sehari,7 hari seminggu ni.
kalau masih bengkek..sabarlah ya. 
Dugaan kita beda.

oohh, ada kengkawan ipar duai mai juga.
so yang pi beraya tadi, balik semula layankan.
I setakat salam, no hal.

makanan semua rasanya sama jak dirumah masing-masing.
layanan tu dan ukhwah yang diperbaharui tu yang buat lagi enak.

meh kita layan setting beauty kamera hp ni, Akid.

tupun, dia masih merengek mau baring nyaman.





gambar-gambar beraya semua dalam HP abi.
Jadi nanti kita masukkan.
Comel mereka berasap dan masam semua setelah beraya.

sebelum tukar baju jubah yang korang rimas tu..meh umy kutip gambar kamu dulu.


duit raya pun agak banyak.\
umy pula main sumbat jak dimana-mana dalam beg diorang.
sepupu sepapat siap kira.
diorang pun konon kira. padahal lepas nombor 10, diorang mana tahu nombor apa...


I makan jak pulut semua tu.
dah itu menu wajib kan.

tapi setakat makanlah.
Kuih raya pula...I cari kuih tradisi...tart nenas.
jadi kenalah berjalan.

ada 2 kengkawan SS datang beraya.
jadi kami kena balas la..
beraya ke rumah diorang dan yaiiii..I jumpa kuih tu


Esoknya diorang cadang pi rumah kaum kerabat yang agak rapat dengan MIL.
sayangnya..sampai jak...diorang dah jalan pula.
jadi kami sambung beraya di gerai..hehe

dah mesej masa gerak tu.
patut mesej malam sebelum kan.
pengajaran untuk I, orang sekarang mana ada yang war-warkan kalau mau beraya kan.

dan singgah sini lah.
beli barangan dapur.

sambil SS pi ambil coin. Umy kutip gambar lagi,
baju ni..selagi muat.
akan digelar..BAJU RAYA!