24 June 2014

perkembangan abam 2y4m Waafa 9m

anak-anak sudah membesar.

ha ha ha.

baru mau membesar.

abam.
sudah bijak memerhati dan 'training' Waafa. Setakat duduk atas perut. Baring atas kepala. biasa.

hah..ni abam masa ni kamu juara segala juara.

paling disuka keluar rumah bawa keretanya.
dan Waafa telan liur mau ikut. Pergh tadi berusaha mau turun dari dalam rumah keluar.
Gril mau ditutup mengamuk si abam.
makanya umy menempek makan nasik dipintu sambil tengok abam..sambil kawan Waafa..sambil makan.

hebat.


ini gambar-gambar dari Mei rasanya. Marilah kita mengingat balik apa yang berlaku....


21 June 2014

isu kurung OKU

(kurung OKU)

saya sudah lupa subjek tu. Cuma setiap minggu kami dimestikan membuat review dan respon terhadap beberapa isu yang berlaku disekeliling.

pada awalnya isu yang menjadi sebutan ialah "isu kurung OKU".

Pensyarah saya sangat bengang. Katanya wartawan tu main tulis sahaja, Padahal jiran-jiran semua tahu yang anak OKU itu pernah terlepas dari kurungan dan mencederakan orang lain. Jadi mahu tidak mahu anak itu terpaksa dirantai untuk mengelakkan masalah itu.

malah ada juga waktu anak OKU itu terlepas dari kurungan dan tidak pulang ke rumah.
jadi banyak kemungkinan boleh berlaku.

so..perbuatan merantai itu sangat releven pada masa itu.
lagi-lagi anak itu masih dibawah jagaan ibunya.
kalau ditempat dipusat penjagaan, mungkin memudahkan ibunya untuk kelur berkerja.
NAMUN...berapa banyak pusat jagaan di Malaysia ini?

bayangkan tempat itu jauh dari rumah..dan untuk melawat mungkin perlu travel 4-5 jam.

lagi sedih jika itu anak OKU itu adalah anak tunggal.

jadinya..memang tiada penyelesaian yang mudah melainkan ada bantuan/sokongan dari orang yang terlibat dalam hal kebajikan.

tindakan wartawan itu, mungkin menyedarkan masyarakat atau membuka mata..tetapi..jika 'menokok dan imiginasi semata" atau "sangkaan semata".


Belajar Pendidikan Awal Kanak-Kanak di UPSI


iklan belajar.

[gambar hiasang:ini bukan homeless]


2 minggu lepas. mereka menunggu umy. Umy sedang berdiskuss dengan SV yang osem.
alhamdulillah niat datang petang Khamis.
biasa datang jumaat.
dan..takdir Allah jumaat SV ada hal di Putrajaya.
OMG..

kenapa patik beriya mau buat iklan ni?.
padahal berbayar pun tidak..hi

sebabnya.

ada tanya. "maje ko buat apa?cikgu eh?".

Sebenarnya..
patik sedang belajar Earlychildhood Education. (bahasa Bugisnya). atau Pendidikan Awal Kanak-Kanak.

baru sem 4. *patut dah last sem ni
Ramai dah kawan-kawan patik dah habis. Tinggal konvo.
kebanyakan mereka dari golongan guru-guru Malaysia (support yuran sendiri).

ok. terus.
camana tentang kerjaya??? cabarann??
1. Ok. Serius sekarang banyak kerjaya dalam bidang ni. Tidak percaya mung gi buka portal kerjaya. Kerjaya ni memang banyak. Dari sekecil-kecil pengasuh kepada yang lebih besar iaitu buka bisnes sendiri. Tadika la..

2. Dari aspek lain. Serius. Bidang ni bukan senang. Bukan belajar camana cuci najis budak semata. Cara suap bubur pun bukan. Kalau nak tahu lanjut boleh buka web Earlychildhood dimana-mana web.

3. Jika nak kerjayanya dalam bidang akademik. Sedikit cabaran. Sebab biasa 'mereka' nak yang berlatar belakang 'pendidikan'. Tapi rezeki itu atas usaha, usaha atas kehendakNya juga.. kalau pengalaman jadi taruhan mungkin..atau kebetulan memang perlu sangat.. usahakanlah

4. Patik bila nak habis??? (ok patik nak habis sekarang.boleh?). Patik ada pilihan habis semester ini atau anytime yang patik sukaaaa..vhavha.
ok serius mahu habis sebelum sem depan bermula.aminnnn


5. Yurannn? Ok setakat ni yuran paling rendah untuk IPTA.. di UPSI.
Dan UPSI antara IPTA otai dalam bidang ini.
Patik? patik guna MyBrain..
My Brain bagi sampai 2016..tapi setakat RM10 000.

My Brain ni syaratnya mudah..kerja 5 tahun dekat Malaysia. Kena lulus sepanjang belajar. Hantar laporan pengajian setiap semester. Elakkan kes Polis (^_^). Untuk kakitangan kerajaan tidak boleh la..hanya untuk selain dari itu. Buka Web MyBrain untuk lebih faham.

6. rasanya 89% pelajar post di UPSI adalah mak-bapa budak..so hal itu bukan 'hebat'. Tapi kalau anak kecil bawa 4 tahun...patik antara yang terkena tempias sentiasa dicabar..bhehbhabha. SS pun sekali (baru fair).Percaya dan mahu. Juga fikirkan bolehhh!. Rilekss..yang bujang pun ada cabaran kan..so...

ok.Tapi patik masih kecewa sebab bidang ni ramai pompuan. Sedangkan dalam tarbiyyah aulad, kena ada lelaki dan perempuan kan.
Dah memang bidang pendidikan dimonopoli oleh bangsa pompuan kan.. lagi sedih bila digree dulu bidang lain, lepas tu ambik bidang ni. Sangat rugi sebenarnya..tapi dah mereka minat kan.
padahal dalam bidang mereka tu, masih boleh mengkaji kanak-kanak. Misalnya dalam Lakonan dan Teater tu..dalam perubatan..malah dalam ekonomi pun boleh.
tapi mungkin sebab dorang minat kot.
tidak pun mereka seronok.
ataupun sebab bidang mereka tu stress lebih.

jadi berubahlah mereka ke bidang ini.

macam patik juga..dari bidang pend.khas..
namun..dalam pend.khas memang ada belajar tentang kanak-kanak. dan dalam kanak-kanak ni pun ada belajar pasal pendidikan khas.
pi mai pi mai tang tu..

ha..kiranya tidak lari jauh.
cuma kadang ada yang terpaksa patik bermula zero juga. Pasal kurikulum misalnya..

jadi..jika ada adik-adik nak masuk bidang ni. Keranaminat dengan kanak-kanak, patik sangat galakkan. Terutama bangsa lelaki. Tapi kena percaya "menuntut ilmu bukan benda senang lenang".
Buang saja apa orang cakap. Diorang tak tahu..





Yang benar: pelajar yang jadi singa, bila anak sibuk bantu menaip :D

16 June 2014

Selamat Hari Bapa



Selamat hari Abu ya abi..
semoga bertambah amalan, makin berkualiti amalan,
makin proaktif gerakan..
makin berani menghadapi cabaran.
Ir. Mohd Shukri Bin Yob.

Osemm abis..

umy ajak cari ABC di tengah malam..jalan dah lengang







konon buat layang-layang sekali indak terbang, sebabnyaa...kurang dikenal pasti. Kena cuba lagii laaa 


teman umi korek baju. 50 hinggit melayang untuk baju anak





Selamat Hari Bapa
untuk bapaku yang dermawan..
En. Ahmad Sultan Bin Jamaluddin.
Moga terus tegar membaiki hidup dan amalan..
mengalah tidak bererti kalah.
*bukan juga kaya, tapi itu selalu disebut-sebut mau menderma

Bapa suka dukung-dukung. Kita candid

meeting masa kes Santi..haee


Bapa kalau makan..yang dia tau menu..sup jak..




Awal April 2014. Sebelum beliau balik Bukit Garam







08 June 2014

kualitikan zaman mahasiswa




amat rugiiiii kalau duduk kolej.Bujang.
Masa tidak diisi dengan melakukan perkara bermanfaat.
turun demo (yang dibolehkan), ke lebrary, ke majlis, ke seminar, sukarelawan, opkim, berpersatuan, join seni mempertahankan diri, masuk kelas bahasa, join program lawatan, bedah buku, ceramah umum.
sebab bila dah keluar. Kita akan sangat sibuk. Dan masa terhad untuk buat macam-macam.
outing??.
yang ni sesekali setiap sem, ok.
kalau outing takat makan, jenjalan di kawasan mall. Baik spend masa buat benda lain.
lepas abis belajar pun boleh buat. Paling best, kalau dah kerja, sebab duit sendiri kan.
saya sangat bersyukur join beberapa program selain anjuran kelas.
tapi still masih terasa 'ruginya aku'.
sekarang ni dapat sejam..masuk lebry pun heaven.
kesimpulannya: manfaatkan peluang yang ada. Sebab peluang ni mungkin hanya sekali!.
yang benar: manusia yang dikejar masa 


gambar hiasan: Nasi Lemak Antarabangsa Kg Baru.
 #nasi_emak_antarabangsa lah sangattt. Makan di malam hari.
rasa memang macam nasi lemak. 

03 June 2014

UKHWAH

orang macam aku memang tidak ramai kawan.
salah satu sebabnya, tidak pandai berkawan.

tapi..kalau dah sahih jadi kawan aku. InsyaAllah akan berkawan selamanya.
InsyaAllah.
hee.

sebab bagi aku kawan adalah satu peluang. Satu amanah.
aku tidak mengharapkan yang indah tentang kawan.
tapi aku harap kawan aku akan menjerumus aku ke arah kebaikan. Cinta Allah lebih dari segalanya. Amalkan sunnah Rasulullah.

Sedia menerima teguran.
Bersedia memaafkan pada bila-bila masa.
bersedia meminta maaf jika pernah menyakitkan.