21 April 2014

takut yang salah

semasa aku bujangan, aku berasa sering kesedihan, sunyi dan terasa bagai ada sebijik batu sedang ku bawa ke sana sini.

ketika di kampus, aku menjadi benci berada di kelas  yang tiada pensyarah. aku bencikan suasana kelas yang 'happening' tipu. Semua rakan sekelasku adalah mereka yang bijaksana. Aku tidak lagi boleh senang-senang mencurahkan segala kata-kataku.

aku bertemu rakan baik yang senasib denganku, yang tidak berani, penakut dan tidak pandai bersosial. So malangnya bila difikirkan kembali.
sayangnya aku tidak bijak menjaga hubungan dengan rakanku ini. Semoga Allah membalas kebaikannya sepanjang kami menjadi rakan sekelas dulu.
kami tidak bermusuh..atau bergaduh.
cuma aku disibukkan dengan hal lain, sehingga aku rasa aku risau jika berkawan rapat dengannya..aku gagal menjadi rakan yang baik, kerana kesibukan ku.
ini ketakutan yang SALAH.

mek Asiah.Semoga kau sentiasa baik-baik dan dalam jagaan Allah.amin

perasaan paling siksa, bila terpaksa buat tugasan berkumpulan. Aku jadi malas dan malas untuk menjadi patner kepada mana-mana, siapa-siapa. Ada dua sebabnya;
1. aku pernah menjadi partner kepada seorang, tapi sedihnya, aku dikehendaki duduk berbincang di biliknya. Dan tiada istilah kita tukar-tukar tempat. Dan sememangnya aku gatal kaki duduk lama-lama di biliknya, akhirnya aku ponteng untuk berada di biliknya. Kemudian aku di ugut akan 'direport' kepada pensyarah. Hoi!.

:)

2. Aku pernah menjadi manusia nyanyuk. Aku tidak ingat bagaimana kisahnya, rupanya aku satu kumpulan dengan seseorang. Tetapi aku tidak langsung pernah berbincang, sehinggalah kepada menyiapkan tugasan. si kawan memberitahu dan meluahkan rasa kepadaku. OMG. Aku pun hairan, macamana aku pada itu sehingga aku 'rela' menjadi perasit kepad tugasan itu. Akhirnya si kawanlah yang menyiapkan dan menghantarnya kepada pensyarah.

sebagai manusia bersalah. yang aku bisa buat hanyalah membelikan 2 kotak susu dutch Lady. Dan bayar kos print!..Hoi teruksnya!.

tapi..bila fikir-fikir balik. Rasanya, semuanya kerana aku ada ponteng kelas, dan semasa ponteng tu lah pembahagian kumpulan di jalankan. dan aku tidak tau menau..sehingga dekat-dekat ke waktu penghantaran. Hairan..hairan..hairan.

tapi, dua sebab itulah aku rasa aku PUTUS ASA berkerja berkumpulan. tetapi jika sudah terpaksa, aku paksa jelah. Macam buat tesis digree tu. Mereka borak-bincang 3 jam setiap kali bincang. Aku hanya sempat menjoinkan diri, beberapa kali..semuanya bersebab dan, aku pun lupa sama ada sebab aku itu diterima oleh rakan sekumpulan, atau menjadi 'bahan'.
1. masa perbincangan, aku ada kelas, kebanyakan mereka hanya 1 kelas seminggu..aku pula 3 kelas seminggu. HAHA. alasaan..alasann.

2. tugasan lain-lain, bukan dikira secara kumpulan

3.aku rasa aku dah join, part perbincangan utama...

4. aku tidak suka berbincang dengan mereka. Bukan kerana mereka jahat, tetapi aku yang TIDAK SENANG DIRI,entah kenapa...rasa lambatnya jam bergerak masa tu.


beberapa lagi peristiwa yang aku rasa, aku punya kesimpulan sendiri.
1. aku tidak bijak bersosial, hanya dengan orang-orang tertentu aku boleh menjadi rakan sekumpulan
2.aku tidak bersedia mengorbankan kepentingan diri, untuk kepentingan bersama..kerana aku tidak merasa kebaikan apabila bersama
3. aku lebih sesuai buat kerja sendiri-sendiri, tidak perlu risau akan hal orang lain.

TETAPI, hakikatnya:
1. Hidup perlu memikirkan hal orang lain
2. Perlu mengorbankan kepentingan diri untuk kebaikan bersama
3. Bersedia menerima kelemahan diri dan kata-kata orang lain tentang kelemahan diri
4. Perbaiki diri, fokus kepada kelebihan diri
5. Jangan rasa diri boleh buat semua.Tetapi rasakan diri boleh buat satu-satu.
6. Kerja yang patut dibuat, jangan fikir panjang-panjang.JUST DO IT.

semoga hari mendatang, kita menjadi lebih baik, lebih bertaqwa.