aku memang nak sesangat memberenangkan diri dan anak aku. Tapi ada saja halangan yang menghalang.
Misalnya, berenang di kolam air panas di Bentong tu..
ni masa aku kawin dengan Sang S..macam nilah keadaannya..nyaman saja
sumber |
fasa ni atas macam dalam gamabr ni.
fasa dua sebelahnya. lebih luas dan lebih dalam..
tapi, masa dah ada Fath..keadaanya dah berubah..iyelah kan..sudah mau maju bilang. Langsung banyak mau dibangunkan disekelilingnya. Mau buat cheletlah..apalah yang lebih mudah untuk pengunjung. dan paling penting masyukkkk.
Dan semasa sesi pembangunan itulah..kami datang dan konon mau kasi Fath berenang.
sekali, ada sapa ntah kasitau..masa tu air dalam tu tak selamat, banyak campur-campur. Lagi kalau untuk baby.
cisss.
kami pun cepat-cepat cari air mau cuci badan Fath. sebab utamanya masa tu ada seorang makhluk bangsa cina selamba kasi berenang juga haiwan bernama anjing. Aku tak kisah sangat, sebab air situ mengalir, bukan bertakung.
tapi Sang S, kalut dan akupun sebenanrnya ada risau juga bab 'bahaya kepada baby' tu.
jadi niat kami memberenangkan anak tergagai.
tapi, aku tidak patah semangat. Kebetulan kalau balik Pahang, memang akan lalu kawasan air sungai di Hutang Lipur Lintang
tapi...NO lah said Sang S tu.
sumber |
eh.ehe.eh
takpa.
aku ok jak.
lagipun aku terbayang swimming pool rumah SIL yang aku pernah berenang tu..hi.
sekali, SIL pula pindah rumah baru.
maka termalaslah aku memikirkannya lagi.
sehinggalah aku ternampak benda ni disatu web.
aku diamkan juga, ada rezeki nanti..aku buy lah..itulah konon kata hati yang malas.
Sang S telah terpusing mindanya, apabila mengikuti Jembori Amal.
clapclap.* tepung tangan kuat-kuat.
balik saja, terus dia gitau nak beli khemah.
akupun saja goncang semangat perjuangan harmoninya.
aku ceritakan kisah, seorang pakcik yang memkhemahkan anak-anak sedara di luar rumah ala-ala camping.
dia pun bersemangat. macam abam ni juga
ok..begitulah mukaddimahnya. Muak aku pilih ayat untuk mukaddimah.
name tag Jambori tu punya semangat nak pakai,sampai umy kasihan dan kasi lekat di baju |
gaji adalah suatu reward yang best.
dan kebetulan memang nak makan makanan apantahntah tu. Kami ke Giant cuci mata dan mahu makan ais krim yang murah tu *ni niat aku sorang jak.
dah sampai lambat, kedai tu tutup. jadi makan ais krim jelah kami.
aku pula memang suka cuci mata. Jadi aku suruh mereka tunggu di luar, aku makan ais krim sambil tengok-tengok kiosk dalam Giant Tanjung Karang tulah..
sekali, kaki ku gatai mau masuk Giant tu juga..kotlah ada clear stock macam hari tu yang tidak sempat aku cuci mata puas-puas.
sekali aku ternampak khemah...terus teringat Sang S dan call dia. Sambil aku makan ais krim tapok-tapok, aku pigi round tengok rak buku. mihmih.
tengok..sekali melongo mau tengok sampel..pandai doran kasi jimat ruang |
aku saja kasi peluang SS tengok. aku pula pi tengok rak yang ada dalam tu.Sebab clear stock tiada pulak.
lepas tu belek-belek khemah jenis lain dekat bawa.
sekali terjumpa..
--------------
;;;;;;
tapi kan harganya aku rasa mahal banding dnegan apa yang aku tengok dalam web.
aku reject. tapi SS mau juga. Aku kata next time.
dan betulllah.
baliknya aku tunjuk gambar yang aku maksudkan
SS ukur-ukur dia pun setuju.
lalu kami pun bermisi. Eh bukan SS pun bermisi untuk mencarikan pool untuk anak-anaknya.
tapi..yang dibeli yang jenis ni................
oleh kerana perlu pump..hanya dua tingkat SS mampu tiup sambil semput-semput |
Tiada Class sungguh permainan beliau.
Waafa pula, SS dukung jak.
semangat SS tu bukan main..tapi tu jerr cara dia. huh
akupun masukkan Wafa..tapi Waafa macam eeh. terus duduk jak.
lama-lama dia merangkak.. terus tersembam, dan terminumlah kot air tu.
cepat aku sambar dan peluk.
aha akupun masuk akhinya. Sebab Fath ni mau orang buat sama, baru dia seronok.
mihmih.
tapi, aku rasa kolam ni lagi best..lagi besar
tapiii aku tidak berapa minat dengan yang bulat. walaupun harga lebih murah.
aku mau yang ni sebenarnya...lalalala
tamaknya manusia begini..
next time lah mak cik oi...
insyaAllah.
siapa berminat nak swimming pool macam dalam gamabr-gambar ni, boleh email. InsyaAllah harga tidak mahal. Bermula dari RM67..dan ini lebih baik, skesta pembelian berbanding telekung lycra sebelum ni :(.
aku mau ajar berenang, bukan berendam...
aku mau ajar berenang, bukan berendam...
tapi ini kan permulaan :)
`Umar bin Al-Khattab dalam kitab Fadha’ili r-Ramyi Fi Sabili Llah oleh Abu Ya`qub Ishaq bin Ibrahim (352-429H):أَنَّ عُمَرَ بْنَ الْخَطَّابِ كَتَبَ إِلَى أَهْلِ الشَّامِ أَنْ عَلِّمُوا أَوْلادَكُمُ السِّبَاحَةَ وَالرَّمْيَ وَالْفُرُوسِيَّةَBahawa `Umar bin Al-Khattab telah menulis kepada penduduk Syam supaya mengajar anak-anak kamu berenang, dan memanah, dan menunggang kuda. sumber