30 April 2014

Problem Solving, Reasoning and Numeracy in the Early Years Foundation Stage

ini sumber yang boleh sangat praktikal.
http://www.childrens-mathematics.net/childrenthinkingmathematically_psrn.pdf

sangat sesuai untuk menmbaut aktiviti matematik kanak-kanak.

untuk aktiviti yang boleh dilakukan oleh pihak ibu bapa..boleh rujuk artikel ini

29 April 2014

swiming pool murah ye ye ye

Sang S lah tu..

aku memang nak sesangat memberenangkan diri dan anak aku. Tapi ada saja halangan yang menghalang.
Misalnya, berenang di kolam air panas di Bentong tu..


ni masa aku kawin dengan Sang S..macam nilah keadaannya..nyaman saja

picture of pandangan dari dalam kawasan Kolam Air Panas Bentong, Bentong, Pahang
sumber
sempatlah bapaku berkuak lentang bersama SS. Best juga. Ramai makhluk berendam..ada dua fasa, fasa 1 panas gila juga, tapi tidaklah sampai melecur. 
fasa ni atas macam dalam gamabr ni.

fasa dua sebelahnya. lebih luas dan lebih dalam..


tapi, masa dah ada Fath..keadaanya dah berubah..iyelah kan..sudah mau maju bilang. Langsung banyak mau dibangunkan disekelilingnya. Mau buat cheletlah..apalah yang lebih mudah untuk pengunjung. dan paling penting masyukkkk.

Dan semasa sesi pembangunan itulah..kami datang dan konon mau kasi Fath berenang.

sekali, ada sapa ntah kasitau..masa tu air dalam tu tak selamat, banyak campur-campur. Lagi kalau untuk baby.

cisss.

kami pun cepat-cepat cari air mau cuci badan Fath. sebab utamanya masa tu ada seorang makhluk bangsa cina selamba kasi berenang juga haiwan bernama anjing. Aku tak kisah sangat, sebab air situ mengalir, bukan bertakung.

tapi Sang S, kalut dan akupun sebenanrnya ada  risau juga bab 'bahaya kepada baby' tu.

jadi niat kami memberenangkan anak tergagai.

tapi, aku tidak patah semangat. Kebetulan kalau balik Pahang, memang akan lalu kawasan air sungai di Hutang Lipur Lintang

sumber
tapi...NO lah said Sang S tu.
eh.ehe.eh

takpa.
aku ok jak.
lagipun aku terbayang swimming pool rumah SIL yang aku pernah berenang tu..hi.

sekali, SIL pula pindah rumah baru.
maka termalaslah aku memikirkannya lagi.

sehinggalah aku ternampak benda ni disatu web.
aku diamkan juga, ada rezeki nanti..aku buy lah..itulah konon kata hati yang malas.

28 April 2014

Ijtima Tabligh

aku tidak menghantar bapaku ke Ijtima Tabligh 2014

entah..mungkin aku takut bapaku terkena sindrom pasca taubat.

atau aku sebenarnya tiada modal untuk beralasan.


sindrom ni pun aku pernah kena

25 April 2014

ruang di dalam seni

bila cakap tentan seni, ia bukan hanya menyanyi, menari, melukis dan melawak :D.

iaaaa moreeee than thats.OH English yang baguih.

tapi aku bukan nak hurai pasai seni.
aku cuma nak hurai pasal RUANG.

http://www.ustzamri.com/jqaf/Seni%20Dlm%20Pendidikan%20M1.pdf

yang ni dia modul, aku korek dari Google.
best juga mengorek ni..mihmih

bolehlah baca untuk lebih tahu tentang SENI. darilah asal usul sehingga kepada amalan praktis.

boleh lah di buat disekolah, terutamanya guru seni berkaitan. guru Sains pun  boleh, Guru Sejarah pon boleh..he.

yang penting berani lawan arah :D

kali ini saya bercerita tentang RUANG SAHAJA!

24 April 2014

hidup bersama quran

ada pilihan..mau  baca sendiri, anak kurung. atau baca bersama

baca Quran dan maknanya.Gitu dong.
Tapi kalau baca bersama anak kecil ni, faham-fahamlah.
tenang, tenteram, faham..tertunggang langgang segalanya.

tapi baca harus terussss

21 April 2014

takut yang salah

semasa aku bujangan, aku berasa sering kesedihan, sunyi dan terasa bagai ada sebijik batu sedang ku bawa ke sana sini.

ketika di kampus, aku menjadi benci berada di kelas  yang tiada pensyarah. aku bencikan suasana kelas yang 'happening' tipu. Semua rakan sekelasku adalah mereka yang bijaksana. Aku tidak lagi boleh senang-senang mencurahkan segala kata-kataku.

aku bertemu rakan baik yang senasib denganku, yang tidak berani, penakut dan tidak pandai bersosial. So malangnya bila difikirkan kembali.
sayangnya aku tidak bijak menjaga hubungan dengan rakanku ini. Semoga Allah membalas kebaikannya sepanjang kami menjadi rakan sekelas dulu.
kami tidak bermusuh..atau bergaduh.
cuma aku disibukkan dengan hal lain, sehingga aku rasa aku risau jika berkawan rapat dengannya..aku gagal menjadi rakan yang baik, kerana kesibukan ku.
ini ketakutan yang SALAH.

mek Asiah.Semoga kau sentiasa baik-baik dan dalam jagaan Allah.amin

perasaan paling siksa, bila terpaksa buat tugasan berkumpulan. Aku jadi malas dan malas untuk menjadi patner kepada mana-mana, siapa-siapa. Ada dua sebabnya;
1. aku pernah menjadi partner kepada seorang, tapi sedihnya, aku dikehendaki duduk berbincang di biliknya. Dan tiada istilah kita tukar-tukar tempat. Dan sememangnya aku gatal kaki duduk lama-lama di biliknya, akhirnya aku ponteng untuk berada di biliknya. Kemudian aku di ugut akan 'direport' kepada pensyarah. Hoi!.

:)

2. Aku pernah menjadi manusia nyanyuk. Aku tidak ingat bagaimana kisahnya, rupanya aku satu kumpulan dengan seseorang. Tetapi aku tidak langsung pernah berbincang, sehinggalah kepada menyiapkan tugasan. si kawan memberitahu dan meluahkan rasa kepadaku. OMG. Aku pun hairan, macamana aku pada itu sehingga aku 'rela' menjadi perasit kepad tugasan itu. Akhirnya si kawanlah yang menyiapkan dan menghantarnya kepada pensyarah.

sebagai manusia bersalah. yang aku bisa buat hanyalah membelikan 2 kotak susu dutch Lady. Dan bayar kos print!..Hoi teruksnya!.

tapi..bila fikir-fikir balik. Rasanya, semuanya kerana aku ada ponteng kelas, dan semasa ponteng tu lah pembahagian kumpulan di jalankan. dan aku tidak tau menau..sehingga dekat-dekat ke waktu penghantaran. Hairan..hairan..hairan.

tapi, dua sebab itulah aku rasa aku PUTUS ASA berkerja berkumpulan. tetapi jika sudah terpaksa, aku paksa jelah. Macam buat tesis digree tu. Mereka borak-bincang 3 jam setiap kali bincang. Aku hanya sempat menjoinkan diri, beberapa kali..semuanya bersebab dan, aku pun lupa sama ada sebab aku itu diterima oleh rakan sekumpulan, atau menjadi 'bahan'.
1. masa perbincangan, aku ada kelas, kebanyakan mereka hanya 1 kelas seminggu..aku pula 3 kelas seminggu. HAHA. alasaan..alasann.

2. tugasan lain-lain, bukan dikira secara kumpulan

3.aku rasa aku dah join, part perbincangan utama...

4. aku tidak suka berbincang dengan mereka. Bukan kerana mereka jahat, tetapi aku yang TIDAK SENANG DIRI,entah kenapa...rasa lambatnya jam bergerak masa tu.


beberapa lagi peristiwa yang aku rasa, aku punya kesimpulan sendiri.
1. aku tidak bijak bersosial, hanya dengan orang-orang tertentu aku boleh menjadi rakan sekumpulan
2.aku tidak bersedia mengorbankan kepentingan diri, untuk kepentingan bersama..kerana aku tidak merasa kebaikan apabila bersama
3. aku lebih sesuai buat kerja sendiri-sendiri, tidak perlu risau akan hal orang lain.

TETAPI, hakikatnya:
1. Hidup perlu memikirkan hal orang lain
2. Perlu mengorbankan kepentingan diri untuk kebaikan bersama
3. Bersedia menerima kelemahan diri dan kata-kata orang lain tentang kelemahan diri
4. Perbaiki diri, fokus kepada kelebihan diri
5. Jangan rasa diri boleh buat semua.Tetapi rasakan diri boleh buat satu-satu.
6. Kerja yang patut dibuat, jangan fikir panjang-panjang.JUST DO IT.

semoga hari mendatang, kita menjadi lebih baik, lebih bertaqwa.

18 April 2014

rujukan untuk memulakan proposal dan sepanjang menaip proposal

waa..begitulah kepanjangan tajuk untuk menunjukkan aku sedang masih menaip proposal. wawaawaa.


akupun lupa dari mana terkutip ni. Sedang mencari, bila aku klik kanan untuk buka di new tab, terus terdownload begitu.

16 April 2014

kupon langsir 50%

rumah aku ni semua langsir sponser.

haee.

mau juga langsir yang bagus-bagus. di Globe jalan TAR

hari tu terbaca di blog akak ni http://miera301.blogspot.com/2014/04/jualan-eksklusif-utk-pembaca-blog-di.html

saya memang suka baca blog akak tu.

baca --baca.. terjumpa pasal peraduan, hadiahnya RM100 seorang. Hanya 5 pemenang.

hisssh. Sayang HP ni kurang memuaskan kamera, kalau tidakkk


ini kupon penting tau...baca sini untuk lebih faham....
 

15 April 2014

doa ketika musibah



Maksudnya -"Ya Allah, berikan kepadaku ganjaran ke atas musibah yang menimpa kepada aku dan gantikan kepadaku ganti yang lebih baik daripada apa yang berlaku kepadaku".


dengar dari ceramah ustaz Zahazan.
http://www.youtube.com/watch?v=KzlOHVNVm1Y

doa ini diamalkan oleh Ummu Salamah, ketika syahidnya Abu Salamah.
Ummu berdoa. Siapalah yang akan menggantikan baiknya budi Abu Salamah yang telah syahid.

rupanya..
Rasulullah SAW yang menggantikan.!

12 April 2014

misi April

kalau mood tengah down dan agaklah kurang rajin . Kena buat rancangan. Kuah-kuah-kuah (makan kuah).
 haruslah membuat sasaran
begitu dong.


sasaran Aprlil.

1. (murid sekolah)

minggu 2: hantar proposal ke SV/ hantar ke fakultas
minggu 3: hantar ke fakultas
minggu 4/5: boleh dapat khabar pembentangan

2. Selesai loan papai



peneman setia

10 April 2014

Dress murah RM39

saya jual jubah dress.
chiffon lembut.
full lining.

sesuai sehingga saiz L.

ada banyak kaler lagi.

boleh email ke duhaihati03@yahoo.com.

blue black-hijau (lengan)..hijau agak gelap dari gambar ni

09 April 2014

kerja itu letih


[ketika Fatima mengeluh, penat menguli tepung (makanan ruji)]
menunjukkan sesiapa yang berkerja untuk memberi makan kepada orang lain..dia akan penat dan suatu saat bisa menjadi stress dan asyik ingin mengamok tahap harimua bintang.

Rasulullah SAW, ayahnya..juga sahabat baik Ali r.a (suami Fatimah r.a)..
bila berstatus 'sahabat', bermakna tahu susah..tahu senang

juga tidak salah meluahkan perasaan pada manusia yang diyakini baik dan bisa membantu.

Rasulullah SAW meminta Fatimah berzikir..(kalau kita tengah panas disuruh berzikir..agaknya bagaimana yaa).
banyak khasiat berzikir..berzikir mampu melembutkan hati, merasionalkan fikiran.
dan paling penting merasakan ahli keluarga 'amanah', bukan HAK MILIK.


ini bukan huraian hadith yang sahih.ini cuma pendapat awam
patik rasa kuih ini kurang masaklah..sebab terasa kuih gelang yang patik masa lagi enak ;)


lauk kesukaan abi..ialah sambal belacan dan ikan goreng. (itu baru satuu )



. (April 2014)

05 April 2014

Jumaat barakah dan cerita ayam kampung

tadi patik jumpa SV..kul 12.45pm begitu. Faham-fahamlah, sejam mana cukup.

Fath wa Waafa dekat abi. Tunggu di parking kereta.

Azan pulak tidak ku dengar.Hp pulak masalah.So tiada sms/tiada call. keluar pukul 1.50pm.ooh my love-lobe solat Jumat!

lari-lari..tengok mereka tiada di parkingan.
mesti dekat masjid!

Patik pun tiru Usain Bolt..ke masjid. OMG..dah rakaat kedua!..(ramai jak pun lari-lari kejar rakaat tu).

(-__-). Sampai masjid tengok jejaka&gadis kecil tu rileks je sebelah abi dan jemaah yang lain.



tu diaa Fath hujung soff..soff kanak-kanak dia tidak layan

sebelah abi tu lah Waafa rileks meniarap,merangkak...kiki

Ambik Waafa gi naik tingkat atas..Solat terus.. Waafa tidak nangis pun..padahal sejam lebih dikasi tinggal..

Bagi fail umy ni..ni la mainan dia..ditolak sana..di tolak sini...eh jumpa Yanti tu, tapi tidak sempat amik gambar pulok...
p/s:
1. Naluri ibu harus ada..tapi harus kawal juga.
2. Tolong menolong amalan mulia
3. Bersangka baik dengan Allah. Yakin. InsyaAllah pasti akan baik-baik saja

03 April 2014

Perkembangan Psikologi asas

untuk mengetahui secara asas tentang perkembanga psikologi bayi, kanak-kanak seterusnya ke pringkat remaja, bahan bacaan ini boleh dijadikan rujukan. Walaupun buku adalah sumber kedua, iaitu diperolehi daripada hasil bacaan terhadap kajian-kajian yang dibuat. Tetapi ia sangat bermanfaat, terutamanya yang ingin membaca bahan berat tetapi kurang suka memaksa otak.

perlu diingat, kajian-kajian juga berdiri di atas kajian dan bahan bacaan orang lain.


http://www.penerbit.utm.my/bookchapterdoc/FP/bookchapter_fp23.pdf