30 May 2013

kemas dan kemas

satu yang aku perasan dengan member rumah aku ni ialah kegilaan "membaca sehingga habis!".

buku itu akan dibaca beberapa lama. Ya sehingga habis. dari kulit ke kulit.

Dulu ada buku 2hand yang member aku beli sebab aku dapat baucer buku ikut Conference. (aku yang gagah paksa dia beli paling tidak satu buku untuk diri sendiri). Iyalah dia jaga anak 3 hari, masa tulah aku bagi dia 'upah'. :D.
untuk habiskan buku tu mungkin dalam tempoh sebulan. Buku pasal pengasas Microsoft tu lah. Buku lama pula tu. Tahun 1990-an kotl.

sampai Fath boleh jinjing dan 'baca' kalau tertengok buku tu (modelling lah kononnya).

dan yang terbaru. Dia telah membaca buku pasal 'Work'. Entah apa tajuk penuh dia, aku lupa.
jumpa satu idea dalam buku tu. Terus member ni semangat gosok baju T-shirt untuk gi kerja. Haha.
(kalau aku lainlah, baju T besar dan panjang, bekas lipatan memang jelas kalau tidak digosok).

Tapi idea tu betul juga.
kadang dalam ahli gerakan ni. Main pakai sempoi-biasa. Langsung tiada nak tunjuk jaga imej. Pakai sandal Crocks pula. padahal jadi MC untuk majlis ilmu. (ni cakap untuk diri sendiri lah yang malas kecoh-kecoh bab pakaian ni).

Kalau dah pakai pun tidak nampak 'kemas' camana pula nak pegang jawatan Menteri Besar?. (Eh..apa hal pulak).
Takdalah..tengok TGNA tu, kemas jak, pakai jubah..serban. Bukan main tibai jak kan.

sesaja tulis pasal semangat member ni.



No comments:

MASTER Pendidikan Awal Kanak-Kanak

salam. ramai tanya, camana eh nak sambung belajar dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak? soalan kan, nampak mudah. ok, saya share pengalam...