26 May 2013

Fath setahun 3++

Fath dah besar.
Sudah boleh tiru kelakuan dengan pantas.

1. lepas bagi susu, umy suruh pigi baring
-dia jalan ke ruang tamu, cari tempat baring dan baring. Bangun balik cari tilam kecil dia. (oh tilam tu dalam bilik). Dia pi tarik bawa keluar ke ruang tamu. Tilam tu berat sebenarnya. Gagah..

2. lepas isi air dalam botol susu, Fath cepat-cepat lari, cari bekas susu tepung
-tunjuk kat umy bekas tu. Dan umy curuh bawa ke ruang tamu. Dia bawa dan duduk perhati umy bancuh susu

3. lepas sendok nasi dalam talam. Umy simpan bawa tudung saji. Fath nampak dan buat macam sedang meniup nasi yang panas. Dia nak makan nasi sebenarnya.
-umy letak dalam pinggan. Dan minta Fath makan molek. Fath bawa nasi tu ke ruang tamu, makan atas tilam kecil dia. Amboi..kelasss

4. asal umy hampar sejadah. Terus mau solat
-siap buat gerakan bagi salam. Dan hulur tangang minta salam. Lepas umy salam, Fath akan peluk umy. Kat abi, Fath tak buat..hihi. Jangan jeles abi. Nanti kita ajar dia

5. Pantang sangat buka peti ais, dan bila nampak tembikai. Mesti mau
-haha. Macamlah selalu ada tembikai. Tapi tiap kali ada. Tiap kali nampak. Mesti tunjuk 'nak'.

6. umy sembunyi motor Fath dalam bilik. Tidak sengajar termasuk dalam bilik tu dan Fath nampak motor dia.
-tunjuk dan cakap 'ek..ek..ek'.

7. abi potong rumput.Dia ambik sarung parang, tiru sama

8. jadikan tayar motor sebagai stearing. Kemaruknya mau pegang stearing

No comments:

MASTER Pendidikan Awal Kanak-Kanak

salam. ramai tanya, camana eh nak sambung belajar dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak? soalan kan, nampak mudah. ok, saya share pengalam...