29 November 2011

40 hari bapaku


Bapaku sudah 19 hari keluar dari rumah.Tinggallah ibu dan 2 budak kecik 12 tahun di rumah separa siap itu.

Bapaku bercita-cita murni.Mahu ke tanah suci hendaknya.Usianya sudah 70 tahun lebih.Walaupun masih gagah dan perkasa berbanding saya.Dia bercita-cita mahu memijak tanah suci.Murni dan telus jiwanya.Akibatnya..dia terpengaruh untuk ke

luar rumah 40 hari.Melawat masjid dan surau-surau di daerah Tawau.

Di usia begini.Selayaknya bapaku bebas menunaikan apa-apa juga aktivitnya dan keinginanya.Dia mencintai ILMU dan kerana itulah dia suka membaca buku-buku agama.Lantaklah penulis buku itu bercerita tentang hadis dhaif,palsu ataupun sekadar pandangan peribadi penulis yang tidak dikenalinya.Dia rela membaca kuat-kuat sehingga kadang lebih bingit dari kicaun burung tekukur.

mereka bersama biji-biji emas

Semenjak mengenali jemaah yang tinggal dan mengimarahkan masjid Al-Muhajirin di kampung kami bulan puasa lalu.Hatinya sudah berminat untuk berdakwah dan menyeru secara berjemaah.Sehingga dia berani keluar dan membiarkan urusan keluarga dan kebun diserahkan sebulatnya kepada ibu saya yang senang terstress itu.

Diwaktu musim hujan begini.Sudah tentu satu cabaran untuk ibu saya mengendalikan kebun sekangkang kera itu. Sawit yang sudah ditombok oleh orang yang diupah,perlu segera dihantar ke pusat pengumpulan.Tujuannya mengelak buah itu dicuri,ataupun beratnya menjadi kurang.
Oleh itu ibu saya perlu memilih kereta kebal yang boleh melalui jalan kebun yang berlumpur dan berbahaya kepada pemandu amatur.Kesian ibu!.

Bapa pula semakin tidak selesa dengan perjalanannya.Dek kesiankan ibu.Saya menelefon bapa dan menceritakan kesusahan ibu.Bapa juga meluahkan semangatnya meneruskan misi 40 harinya.Bapa sudah merancang bagaimana,tetapi rancanganya tidak sependapat dengan ibu.Itulah punca ibu terpaksa stress sehari dua.Alahai..

Berjalanlah bapaku..lihatlah alam dan seluruh isinya..moga perjalananmu itu adalah saham untuk bank akhiratmu.
Sabarlah ibuku yang baik hati.Moga Allah tetap mencatat kesusahan hati dan tenagamu itu sebagai amalan mulia.