Banyaknya rancangan TV.Tapi yang saya suka tengok tentulah cerita tentang psikologi.Macam cerita pasal Polis di NY..atau apa-apa yang berkenaan. Bagaimana pelakon menghadapi situasi-situasi.Apa tindakan dan bentuk pemikirannya.
Begitu juga dengan cerita si Spongbob.Beliau yang kadang sengal,tetapi sentiasa berhubungan baik dengan rakannya si Pink tu. Malah sentiasa positif dengan sesiapa sahaja.Termasuk 'sotong jahat' yang merupakan jirannya.
Dan cerita yang paling ralat ditengok tentulah yang melebih-lebih wataknya.Misalnya cerita-cerita senetron dari Indo.
Kata Zauji jangan terlalu tengok cerita,nanti baby effect.Pulok..
Kita ni..asyik kutok-kutok cerita TV,padahal itulah yang ditengok oleh hampir 27juta rakyat Malaysia,terutama yang belum pandai menapis. Tidak kisahlah..dia tu adik orang,atau adik kita. Mau dilarang,dah terjamu tiap masa.
TV pulak siar ikut suka..akhirnya keluarlah iklan-iklah 'cium-kiss',bentuk badan menambah dosa, pergaulan bebas lelaki perempuan..sementara menunggu cerita atau rancangan.Macam nampak ketololan saja si pemilik rankaian Televisyen kan..dan kedunguan kita tertengok pulak iklan menjolok pahala yang kita simpan-simpan.
Sebab suasana begini.Itulah yang merisaukan..sebab itu ilmu agama dan pendinding mesti selalu ada untuk kita dan keluarga kita.Supaya kita sentiasa boleh beza mana buruk,mana bermanfaat.