cikgu-cikgu ada yang memandang siring pandang,
ada juga yang menegur.
sebaliknya,abang saya pula berbeza,dia sentiasa kemas dan bersih.
jika dibanding gambar kami berdua,bagai bukan duduk serumah.Jauh sekali adik beradik.
Saya memang tidak kenal erti menjaga kebersihan di hadapan orang ramai.Jangankan ke sekolah,kemana-mana pun saya akan menyarung baju ikut suka.Akibatnya saya terselesa dengan kehendak hati dan jiwa.wahhh..
baju sekolah bukan sahaja tidak bergosok,tetapi juga bercorak-corak taik lalat.Sungguh jijik dilihat.
tapi peliknya,otak saya diwaktu itu tidaklah sehampeh pakaian dan penampilan saya.Saya boleh sahaja menjadi t0p 3 di dalam kelas yang dipenuhi oleh rakan-rakan yang berpakaian kemas dan pembersih.
saya ibarat terbiar.Itu mama saya hanya tahu membebel dengan corak pakaian saya ke sekolah.Dia tiada langsung masuk campur untuk memperelokkan pemakaian saya,kecuali berceramah dan mencubit atas kedegilan saya dalam bertingkah laku.
Sebab itulah,jika saya mahu melihat bagaimana saya mula berdikari dengan hidup,saya hanya perlu mengingat bagaimana saya ke sekolah semasa bersekolah rendah dulu.
sebab itulah,guru kelas saya semasa di darjah 1,apabila bertemu saya dimana-mana,selepas saya menyalam dan mencium tangannya.Ditariknya saya dan dipeluknya.Mungkin kerana sejarah pakaian saya masih terngiang-ngiang di mata beliau.
Sebab itulah,saya terbiasa sakit hati kalau ada orang mengutuk budak-budak yang berhingus,berbau,dan segala macam yang jelek-jelek.Lebih-lebih lagi jika budak-budak itu terhidup disuasana yang memaksa dia tidak malu berktrampilan begitu.
p/s cikgu-cikgu,sediakan minyak wangi,kecip kuku,bedak jika berhadapan dengan pelajar selekeh.Ndak cukup dengan 'mendenda' semata.kurang impak maksima.