21 July 2011

Risau disini

kenapa risau.
Sebab fikir macam-macam.

Bersedia aku dengan kedatanganya.Yang akan mengaggu tidur malamku.
Yang akan merengek tak kira masa.
Yang akan merengut-rengut bajuku ketika emosiku mungkin tidak stabil.

Bagaimana fizikalnya,sesempurna akukah?
atau diuji dengan fizikal yang bagaimana?

Walau aku tahu,dia sudah semakin membesar,organ-organ tangan kaki sudah terbentuk.Dengupan jantungnya sudah dapat dirasai.
Risauku jauh lebih..

betulkah aku menjadi ibu yang semithali Siti Khadijah.Isteri Kesayangan Manusia Hebat Rasulullah SAW.

Bagaimana layananku nanti kepada zaujiku yang sentiasa penat otaknya.

Risauku berganda..bila memikirkan keadaan pendidikan Malaysia.Masyarakat Malaysia.Mau saja dihatiku ini,menjadi guard kepadanya.Biarlah aku tidak berkerja,memberi sepenuh perhatian kepada tumbusarannya kelak.

Tetapi..bagaimana dengan perbelanjaan yang semakin besar.Sedangkan nilai duit yang semakin mengecil.
Bagaimana pula dengan kedua orang tuaku yang sejak dulu,mengharapkan aku akan membantu mereka dan adik-adikku yang kadang aku meluat kerana mereka lebih disayangi..cehh.

jam sudah menunjukkan 10.31 malam.Malam ini Malaysia akan bertarung nasib bertemu Chalsea.Kelab kesayangan abangku..yang separa sengal itu.

zauji,sejak pukul 9 sudah keluar.Mau berhalaqah bersama teman-teman yang ada hati memohon saham akhirat.Mujur itu untuk para pemuda-pemuda harapan ummah.Jika tidak akulah orang pertama ikut bersama.Mau juga membawa dia si cute mendengar halaqah ilmu yang tidak pernah habis.
Mau diharap pada ilmu dan alunan Quran yang tunggang terbalik aku baca,mana cukup!

walaupun dia semakin mengajak-ajak loyaku.Aku semakin berani-berani.Sayangku..ketika aku memuntahkah segala isi perutku..yang aku bayangkan..begitulah bondaku dulu gamaknya..tetiba aku sokong 100% mentaati orang tua,tanpa berbelah bagi..padahal sebelum ini,akulah orang yang selalu culas.

Ramadhan semakin hampir.Sayangku yang cute..moga-moga 'hadirmu' ini,menjadikan aku..bondamu yang kadang lupa bersyukur lebih bersyukur..menghargai semua hamba Allah yang pernah ada di sisi ini.

Aminnn Ya Rabb.

No comments:

MASTER Pendidikan Awal Kanak-Kanak

salam. ramai tanya, camana eh nak sambung belajar dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak? soalan kan, nampak mudah. ok, saya share pengalam...