08 July 2011

Loya tengok

Salam Jumaat.

pagi ni betul-betul tidak bertulang.
pagi-pagi dah terbayang-bayang Teh O yang panas.
terus minta en.Zauji belikan.
tapi dia lupa.
dia beli bihun goreng saja.
terus hati ini mendung semendungnya.
rasa kecewa teramat-amat.
sampai rasa mau nangis.

buka-buka FB penuh dengan kuning.
tapi kuning lagi TEH O yang Zauji beli.
sampai terlewat beliau bergerak pi kerja.

saya tidak akan buka MALAYSIAKINI sampai otak dah ok.
Sebab boleh demam dan naik darah tengok situasi negara sekarang.
Laporan Malaysiakini berlawanan sekali dengan laporan berita TV.
TV oo TV.Stupid Box yang tiada manfaat jika dilihat pada laporan-laporan setiap jam.

ohh..saya ada baju kurung KUNING.Baju rasmi Kelab PERKIM2009 hari itu.

semalam macam gila tengok kereta berbaris sebab roadblock.
tidak pernah-pernah berlaku dijalan.Tiba-tiba sejak BERSIH2.0 sebok dibising-bising di media.
Polis-Polis luar datang bertandang.
Haisssh.
Mujur ada jalan short-cut.Terus U turn.
Dengan loya dan otak yang macam sedikit senget.
ishh..mujurlah terbayang si comel dengan tangan melambai-lambai.