temukan ia disebuah negara berpaksikan demokrasi.
jika syurga yang dimau.
temukan ia disebuah akhirat pasti.
mahalnya harga watan.
dbeli tiada.
dijual mustahil.
pada setitik keringat.
mengalir liur deras di halkum.
memanah nasib di negara sendiri.
seperti memasang jerat dihutan penjajah.
mahu dilawan secara jantan.
tiada kemenangan hanya duduk-duduk berpanas punggung di dewan rakyat.
atau bersilat cergas di media yang tiada memihak kepada watan.
inilah pilihan watan,
berpanas-panas di jalanan
berpedih-pedih melawan FRU,
bersiap-siaga diangkut Black Maria..
kerana demokrasi itu cuma dicanang,
hakikatnya hangus dipoket-poket kroni.
watan tiada salah memilih jalanan,
kerana tiada buluh runcing yang dibawa,
jauh sekali bom motar dan silat ghaib,
hanya bekalan memandu jalan,
juga pengubat pedih mata disembur hina si Polis negara.
akulah watan,
yang selalu mengetap bibir membaca nasib,
yang dilakar ikhlas para sasterawan orginal.
biarlah watan terus menjadi watan..
kerana itulah ketakutan pada kuasa yang Zalim.
~moga Allah sentiasa menjadi keutamaan kita.Aminn ya Rabb~