Berani berubah.
Berani diam.
Berani berkata benar.
Berani teguh.
Saya selalu menolak.
Bahawa berani itu ada hadnya.
Berani itu adalah berani.Kenapa perlu berhad-had.
Apalah guna ada berani tetapi dikawal-kawal.
Namun,
agama, si penenun cara hidup meletakkan,
wassatiyah itu yang terbaik.
maka hadnya disitu.
Jangan over.
Bukanlah apa.
Saya selalu pelik.Kerana saya selalu kagum dengan orang yang berani.
Aneh-aneh sekali.
Tapi itu juga yang berlaku.
Saya menyaksikan adik kecil saya hanya duduk diam.
Bila mana orang-orang sekeliling menujal-nujal badan dan bahunya.
Mengajak dia menjadi rakan seteru.
Ahhh. Dia berani untuk diam dan membisu.
Padahal apalah sanga berseteru sehingga mata lebam sehari dua.
Bibir koyak seminggu sahaja.
Ah. Berani itu bukan diomong-omong sahaja.
Berani itu ditunjukkan melalui tindakan.
Saya kagum. Malah sedikit kaget.
Menyaksikan bapa saya hanya memekak bila dibebel oleh sang ibu yang tajam dan menyusuk-nyusuk.
Ahh..Sang bapa kelebihannya disitu.
Walau matanya bersinar-sinar menahan kegeraman.
Ah. Untukmu sang bapa. Atau sesiapa yang berkira-kira merancang menjadi bapa.
Kamu mesti berani melihat situasi ini.
Kerani kamu juga akan merasainya.
Nikmat berani diam.
Dan berani menahan rasa.
Kalau bertemu sungai sederas desiran angin.
Apa yang lebih utama ialah berani.
Mana mungkin bisa ke seberang kalau hanya dengan teknik-teknik renangan ala Perenang Ompik di Doha.
Saya merasa bersungguh-sungguh aneh.
Saya rupanya pernah beberapa kali melintasi sungai deras.
Hanya kerana tertelan ubat berani.
Teorinya mudah.
merancang sekejap.
Dan bertindak selepas itu.
Ramai orang disekeliling yang selalu berani.
Berani menghembur pujian.
Kemudian menunjuk rupa hantu dibelakang.
Kan aneh.
Hidupnya penuh bermuka-muka.
Bagai talam yang tiada fungsi.
Kerana mukanya terlalu banyak.
Ada juga yang berani.
Hanya melongo mendengar kata-kata sinis.
Masih setia menanggung dosa sendiri.
Baginya kisah hidupnya tidak menyusahkan orang lain.
Namun, tanpa sedar menambah bilangan dosa orang lain yang menyaksikan.
Paling sadis melihat berani membuta tuli,
kemudian menyumpah seranah bila sedar beraninya TULI.
Menghina sekuat rasa dan tenaga.
kemudian menyesal, kerana hinaanya tidak mencapai objektifnya
melainkan kesakitan hati yang bertambah.
Ku katakan kepada diri,
bahawa berani itu bukan dinilai oleh mata yang melihat,
tetapi sang PENAKDIR yang agung,
Tetapi bukankah hidup ini bersama manusia,
maka harus redha bahawa,
diri kita bukan untuk kita,
melaikan menabur sedikit jasa&bahaya untuk orang lain.
Ahh..Berani tidak muncul kalau hanya dipelajari.
ini bukan puisi tetapi contengan perasan yang kadang-kadang berani.
Rasulullah saw. bersabda,
“Janganlah kamu menjadi orang yang tidak punyai sikap. Bila orang melakukan kebaikan maka aku pun melakukannya. Namun bila orang melakukan keburukan maka aku pun ikut melakukannya juga. Akan tetapi jadilah orang yang punya sikap dan keberanian. Jika orang melakukan kebaikan maka aku melakukannya. Namun jika orang melakukan keburukan maka aku tinggalkan sikap buruk mereka.” (Tirmidzi)
“Janganlah kamu menjadi orang yang tidak punyai sikap. Bila orang melakukan kebaikan maka aku pun melakukannya. Namun bila orang melakukan keburukan maka aku pun ikut melakukannya juga. Akan tetapi jadilah orang yang punya sikap dan keberanian. Jika orang melakukan kebaikan maka aku melakukannya. Namun jika orang melakukan keburukan maka aku tinggalkan sikap buruk mereka.” (Tirmidzi)