"moga DIA hanguskan hati HambaNya agar hangat dalam cintaNya.."
.......................................................
"ummi..nak aksa enang.."
Yusuff menarik-narik lengan bajunya. Sedikit terkejut. Bawang besar yang dipotong sedikit senget.
"yep..nanti Ummi uwat ya.."
Izza turut mendekati. Suaranya yang sedikit serak menerja telinganya.
"Ok..Ummi buatkan..tapi kena kemas barang sekarang..kejap lagi dah nak siang..Nanti lambat pulak"
"horee...". Jerit mereka berdua.
Bicara 2 buah hati kembarnya ini sedikit menganggu.
Bekalan perlu disiapkan. Reunion kali ini yang pertama dihadiri. Dia rindu pada wajah sahabat-sahabatnya kampus dahulu. Sudah hampir 6 tahun tidak bersua muka. Kali terakhir bertemu, ketika majlis walimahnya. Itupun hanya beberapa orang. Yang lain sibuk dengan Tesis tahun akhir. Dia tahu itu alasan yang paling munasabah. Jauh disudut hatinya dia tahu, mereka kecewa pilihannya.
" enti orang kuat..kenapa pilih dia..dia bersediakah menghadapi situasi enti nanti..?"
Nur. Dialah orang pertama yang menentang. Sahabat yang dikenali sejak di sekolah menengah lagi.
"ana..sebenarnya kecewa..tapi, dia pilihan enti..ana nak cakap apa.."
Hanya Syahidah yang seperti menyokong. Syahidah teman baiknya yang dikenali sejak sekolah rendah lagi.
Dia tidak pernah memberitakan pilihannya. Tapi hampir semua rakan seperjuangan mengatahui. Dia tidak menuduh Syahidah.
"sumpah Siti..!!..". Itu jawapan Syahidah bila diajukan soalan tentang penyebaran maklumat itu.
"Ummi...perlu bawa tikar kan..?" Adam. Anak sulungnya. Baru berumur 5 tahun. Tapi pemikirannya sungguh kritis.
"ya..". Dia pandang Adam. Comel. Berbaju lengan Panjang "Islam Is Best".
"kenapa Adam guna baju tu?..". Dia bertanya. Sambil membuka almari untuk mencari bekas untuk kuah laksa.
"sebab...walid belikan untuk Adam..". Dia tersentak. Adam terus berlalu.
Kuah laksa hampir masak. Dia mencari menuangnya dalam bekas 'termos'.
Adam. Sudah hampir empat bulan Walidnya ke tanah jihad Palestin.
"bila ana ke sana...mungkin ana tidak ada peluang untuk pulang..mungkin juga akan pulang..". Dr. Zaith. Manusia yang memberi kekuatan padanya. Selepas hampir semua sahabatnya 'memboikot' majlisnya hampir 6 tahun yang lalu.
"Siti...ana bukan tahu erti hidup berjemaah..tapi percayalah..hanya sifat maaf dan bersangka baik yang akan menghilangkan kekecewaan itu.."
Itu kata-katanya sebulan lalu. Setelah dia memaklumkan perkhabaran Reunion yang dibacanya di blog Syahidah.Dia antara mahu dan tidak. Tidak sanggup berhadapan dengan 'mereka' bersendirian. Takut dia tidak kuat. Mungkin berjuta persoalan akan dihadapinya nanti. Dia menghilang hampir 3 tahun. Sudah tentu itu perkara yang tidak seharusnya berlaku. Dia bukan kecewa. Tapi dia terkilan. Sahabat-sahabat seperjuangannya menuduhnya.
"dia tu...pas jak wat majlis langsung tidak muncul lagi.."
"tulah akibat memilih bukan dari kalangan kita.."
"kita hazafkan dia dalam.."
Ini antara ayat yang didengarnya dihadapan pintu semasa mahu menghadiri perjumpaan petang itu. Semasa percutian semester ke-7 baru bermula. Perkataan 'hazaf'' inilah yang mematikan langkahnya ke perjumpaan bulanan itu. Perjumpaan yang sering dihadiri sebaik sahaja title 'siswa' disandangnya. Dia hampir pernah dilemparkan buku kerana membidas sesuatu pandangan.
Reunion itu kali keempat. Tetapi inilah kali pertama dia mengatahuinya. Intan, Nur, Fatimah, Syafiaah langsung tidak pernah memberitahu.
Hakim dan Akmal tempat dia bertanya.
"aik...kawan-kawan lain ndak gitau kah..?"
"ko pun satu..yang ko lari ke oversea kenapa..?ni dah yang keempat..ko mesti datang !!.."
"Ummi...pakcik Akmal telefon..!!".
Adam berlari-lari menunjukkan handfonnya.
"alamak..dah Offlah..". Adam tercungap-cungap.
"pakcik kata apa..?". Dia memasukkan bekas makanan ke dalam bakul 'pink'.
Adam memandangnya.
"pakcik kata...Gitau Ummi mesti datang..bawa makanan yang sedap-sedap...". Adam bercerita sambil bercekak pinggang.
Ya..dia akan datang. Mahu berhadapan dengan semua. Walau dia berseorang. Dia mesti kuat.
"Zaujah Dr. Zaith mesti kuat...kalau Dr. Zaith rela ke Palestin..apatah lagi Siti..". Tergiang-ngiang suara 'Dr.Zait'.
"ok...semua kena masuk kereta..kejap lagi pukul 7 pagi..". Dia membawa bakul yang diisi makanan. Mahu diletakkan di bonet Viva 'Oren'. Sebelum bersalin pakaian. Adam menuntunya.
"adik!!!!..Ummi dah nak jalan ni...!". Adam memanggil dua adiknya yang leka membelek album di ruang tamu.
Yusuff dan Izzah mendekatinya.
"ummi..ila alid pu..ang.."Izza memeluk kakinya. Dia merengek minta di dukung.
...................................
Tiba-tiba loceng rumahnya berbunyi. Mereka 4 beranak terdiam. Izza yang merengek tadi juga turut berhenti merengek.
Siapa?.
Adam memandangnya. Izza dan Yusuf juga begitu. Jarang sekali rumah mereka dikunjungi. Apatah lagi pagi-pagi begini.
"Adam tengok dulu ya..". Adam terus berlari ke tingkap tepi pintu.
Dia kaku.
"ummiii...Walid balik...!!" Adam terus membuka pintu.
Tersembul wajah cengkung Dr. Zaith.
"assalamualaikum semua..". Kesemuanya memeluk walid.
"jom...nanti lambat..". Dr. Zaith terus menarik 3 pejuangnya keluar. Izza didukung. Yang lain menuntunya.
Dia sedikit terkilan.