kali ini jujur mewarnai lidah,
mungkin kerana kepulangan yang tidak di alu,
mungkin juga kerana datangnya yang tidak diharap,
sering terapung,
kehilangan emosi,
entah suka,
entah sayu,
entah..
entah apa-apa entah..
lalu kaki dihayun mencari destinasi,
destinasi yang tidak tercatat dalam peta dunia,
destinasi yang dicetuskan oleh emosi yang sering lemah,
selangkah menapak,
terus menapak,
lalu langkah sering tersungkur,
kadang kala muka tersembam,
kadangkala kaki terluka,
kadang kala jiwa tertawa dalam sakit..
tapi herannya,
jarang menangis kerana sedih..
cuma mungkin sedikit tersentak..
kepulangan ini,
kepulangan yang sakit,
tiada ubat dapat merawat,
hampir tamat sahaja saham ketabahan yang dilaburkan,
kaki sudah melecet dan lebam...
hampir berpinar juga mata yang menahan..
Tabahlah wahai pemilik hati..
Tiada siapa mampu membantumu..
kecuali ketabahanmu..
dan pergantunganmu padaNya..
moga kisah ini membina tarbiyyah..
terima kasih kepada yang mencatuskan rasa,
hari ini dipahatkan sedar..
tapi esok..?
tidak pasti..
moga rasa ingin berjuang sentiasa melekat dicelah-celah emosi..
..............................................................
* ajar diri menulis, mungkin berguna dalam postmortem hidup