17 April 2009

NATO..Not Action Talk Only..

....................



"bukan untuk mereka mengikut kita..

kita yang mengikut cara mereka...


barulah kita tahu betul atau tidak betulnya sistem yang kita buat ni.."



(isu Pendidikan Khas sejak 1970-an..)


.................


Apa-apalah..baginya seminar begini adalah asing. Tapi kali ini menjadi sebaliknya. Soal siapa pembentangya itu bukan masalah lagi..ada fikrah atau tidak itu belakang cerita. Seminar kali ini betul-betul mengujakan. Dia tekad. Bicara Mahasiwa diabaikan, adakalanya dia muak juga, inilah kalau asyik duduk di bawah tempurung..


Pelik. Selama ini, jika janji pukul 8. Paling awal 8.30 baru dia melangkah keluar bilik. Tapi, seminar ini sangat mengujakan. Sampai tidurnya semalam hanya sesuai jika dibuat semasa Qialullah..terlalu semangat untuk memastikan segala segala amanahnya selesai sebelum esok.


Dia sudah terpacak di kaunter pendaftaran. Tepat pukul 7.55 pagi. Di lihatnya AJK pendaftaran sudah bersedia. Jarak kampusnya yang memaksa dia bertolak selesai syuruk tamat. Soal mata, dia lupa untuk ambil kisah.

Tepat pukul 9 pagi Seminar Ekonomi bermula. Yang ditahunya RM10 untuk pelajar. Dia sebelum ini, jenis kisah pasal yuran. Tapi kali ini tidak lagi, soal minyak motor yang penat kerana tersesat beberap kali tidak pasal-pasal , mengelilingi ibu negara Kuala Lumpur..sebelum selamat sampai ke hotel om-putih itu diabaikan.
Dia teruja!..pembentang kertas kerja adalah think-tank ekonomi negara. Dia malas mengingat siapa.
Cukuplah ditahunya, professor itu ada membentang. Kebetulan juga professor itu adalah produk 'politik dan ekonomi' dari State University of New York..mesti bukan calang-calang orangnya. Bab politik memang menarik minatnya.
Aku adalah aktivis!. Dia mengenggam tangannya. Harapannya Seminar kali ini akan menggunakan bahasa kebangsaan. Biar nampak, bahasa itu ada nilai ilmunya, bukan hanya menjadi bahasa pasar. Terbayang dikepalanya, bagaimana dia disembur gas pemadih mata hanya kerana mahu bahasa kebangsaan itu dijadikan bahasa ilmu.

Harapannya tinggi, moga profesor seorang ini juga seperti barisan profesor lain. Yang sama-sama membantah bahasa om-putih digunakan dalam subjek canggih itu. Ya. Itu tekadnya.
Selepas mendaftar, dia terus memilih kerusi dibahagian hadapan. Sebelum duduk dia mahu memastikan kerusi itu betul-betul bukan untuk 'VVIP'.. Sementara menunggu seminar bermula dia membelek-belek paper work. Oh syukur, mudah untuk difahami. Dia membaca sepintas lalu sahaja. Mungkin kerana matanya sangat letih dan hampir tersadung. ..


Memang saraf-saraf otaknya sering accident. Memaksa otak kiri bekerja bukan mudah. Bahasa ekonomi ada line sendiri. Atas alasan ingin faham, dia memaksa diri mendengar suara orang hebat yang berkaca mata hitam itu. Itu orang negeri tuan Guru.


kehebatan akhlak, musuh dan lawan menjadi kagum

'meme hebak..'. Entah peserta dari mana memuji. Loghat kelantan memang pekat.

..........................................................


Sesi soal jawab!.
Inilah masa untuk merehatkan mata dan otak. Matanya mula layu. Seperti daun Samalu.
Antara dengar atau tidak, matanya sudah tertutup.

Tiba-tiba...
perkataan "sistem kapitalis tidak sempurna "itu menjadikan matanya segar. Dia mahu bangun. Mahu bertanya. Lantaklah kalau ianya dil luar perbincangan tadi. Jaketnya dikemas-kemaskan. Perkataan Persatuan Mahasiswa Islam Borneo di belakang jaketnya membuatkan hampir semua mata menujalnya.


"bismillahrahmanirrahim...". Mukaddimahnya membuatkan moderator yang tadi sibuk menulis soalan memandangnya.

"wah...ada pelajar pengajian Islam di sini ya..". Moderator tadi sempat bergurau.


"sebutkan nama..dan IPT mana..". Wah lunak suara prof itu. Dia teruja. Dia belum bertanya, tetapi dirinya mendapat perhatian.


"soalan saya..saya tujukan kepada PROF. DATUK DR ISMAIL BIN MD. SALLEH...".


"saya tahu Prof setuju jika saya katakan Islam adalah agama yang sangat sempurna..". Siswa ini diam sebentar. Menunggu jika ada respon dari moderator yang juga bergelar Prof. Madya itu.

"ya...mahasiswa..rasanya sudah dibentang oleh Prof. Datuk tadi..". Betul. Moderator itu memberi respon.


"tiadakah sistem ekonomi Islam yang boleh diamalkan di Malaysia ini...agar tiada lagi istilah krisis ekonomi berlaku..agar tiada lagi kes terpaksa membuang pekerja...Malaysia bukan miskin..KDNK tidak pernah jatuh terduduk..?".

Dia seperti mahu menjerit. Semangat mahasiswanya melonjak. Persoalan Prof tadi dilupanya. Dia terus duduk, berlagak selamba. Mahu menunngu jawapan Prof tadi.

Dia menangis dan malu mendengar jawapan dari orang hebat seperti itu. Ini bukan bicara persendirian. Ini seminar yang dihadiri oleh hampir 300 orang yang ex-mahasiswa. Tapi, jawapanya;



"maaf saya tidak tahu...". Masih lunak suaranya.


Dia hebat, tapi masih mengaku kelemahannya. Terlalu jujur, mengaku tidak tahu!



penerima Tokoh Maal Hijrah 2008