16 April 2009

a.k.a Love.. (testing2 1..)



.........................................................................................
Seronok hari itu. Bos tiada, ke Tarakan meraihkan perkahwinan ahli keluarganya.

"hari ni..si Ren tiada...sapa mahu jadi bos?". Kak Yati memulakan mukaddimah.

semua angkat tangan. Eh.. semua sanggup jadi bos...

"ok...kalau semua mengaku jadi bos..kita kena pilih umur dulu..". Makcik Siti, menyampuk dari dapur. Power juga telinganya.Tiada kalahnya dengan suaranya. Membingitkan sebentar.

Semua diam. Kalau pilih umur, sure makcik Siti pemenangnya.

"yalah..makcik Siti bos..". Kak Yati mengaku kalah. Riak mukanya membentuk satu rupa yang sangat 'jelle'. Semua ketawa sambil menutup mulut. Takut makcik 'berumur' itu terasa. Orang bergurau, dia pun mahu..mungkin itulah kata hati kak Yati.

Sedang enak bergurau senda. Rijal is coming. Anak bos sorang ni alergik memberi salam, datangnya terus bertanya.
"ada orang di tandas?". Tersengih-sengih kak Yati mendengar soalan itu. Entah apa maksud sengihanya.

"ada..". Entah suara sumbang mana yang menjawab.

Rijal. Umur masih muda, tetapi sudah bergelar bos. Juga tetap bergelar anak bos. Entah kenapa kak Yati masih tersengih-sengih seperti kerang busuk yang tiada penatnya?.
Mungkin kerana melihat Rijal yang sedang memeriksa buku 'kredit' di meja bos.

"kak Yati...". Panggil Rijal, matanya masih khusyuk memerhatikan angka di buku kredit.

"siapa nama budak tudung labuh tu..". Ayatnya bersambung.

Kak Yati yang masih tersengih terus menjawab. Mati sengihannya.

"tu J...takkan baru perasan..". Sengihan kak Yati bersambung pula. Tanganya yang tadi sibuk memintal benang berhenti.

"kenapa Jal...". Entah apa jenis soalan yang dituturkan. Semua mata memandang J. Mungkin menunggu reaksi J untuk menjawab soalan.

"kos.......". Ayat kak Yati tidak sempat bersambung. Melihat kemunculan makcik Siti yang sedang mengelap tanganya yang basah di langsir pintu.

"eh Rijal....kenapa ndak ke Tarakan..?". Makcik Siti bertanya dengan suara yang sangat lunak.Rijal yang masih memandang buku 'kredit' tersengih-sengih. Mungkin virus kak Yati telah tersebar kepadanya.

"kena settlekan kilang dulu makcik..". Dia bergegas menutup buku tadi dan terus ke tandas.

Betul. Jangan Cakap Belakang bukan prinsip pekerja-pekerja disitu. Hilang sahaja kelibatan Rijal. Sengihan kak Yati bertukar kepada lagu rentak leleh.

"kerana cinta...hidupku pun berubah..". Kak Yati terhenti. Lupa lirik agaknya.

"aku memang pencinta wanita...". Entah apa sambungan lagu kak Yati. Semua menepuk meja.

Bermacam-macam lagu yang bersambung. Mungkin kerana pengaruh warna-warna kain yang tersusun mereka pun mewarna-warnikan lagu-lagu yang mempunyai hakcipta terpelihara itu. Mujur tiada siapa yang berani menjadi Paul Moss untuk mengkritik tahap pitching yang betul-betul lari dan tergolek-golek.

3 minit berlalu. Tiba-tiba semua senyap. Betulkah malaikat lalu?

"eh kak Yati...perasankah...dulu-dulu si Rijal tu bukan main ramah dengan kita..tapi, semanjak si J..". Kak Elly yang menjadi tukang gendang, tiba-tiba bersuara.

"itu yang sejak tadi kakak senyum-senyum...siap tanya lagi siapa budak yang...".Gantung!. Kak Yati terus menjawab, tanpa menunggu tanda persoalan dari kak Elly.

"na...nana..na..nana..". Suara power bergema lagi. Makcik Siti yang tadi menghilang ke dapur tiba-tiba muncul.

"itu tandanya...dot..dot..". Dia terus duduk atas meja kaca. Kak Yati yang tadi tidak selesa kerana kemunculan suara power itu, terus tersengih. Entah bila penatnya.

"wah...makcik Siti macam lebih tau jak..". Dia menyambung membina clue. Meja bos didekati.
"entah apa yang dibelek si Rijal tadi..". Buku 'kredit' tadi diulang buka.



.............