13 April 2009

menaip bukan hobi...mahu!

Aku mahu menulis
Semalaman dia mengeluh dan meluah.

Keadaanya memberi pertanyaan..
Pernahkah mengeluh sebegitu kepada orang lain?
Entah..

Walid dan umi sudah terbeban.
Hal kita, sattlekan sendiri..hoho

Benci dan geram bagaimana tahap...hijau,biru, merah,unggu..?
Tetapi susah benar kalimat itu muncul.
kalau ada pun saja dibuat-buat..


kapala pernah diketuk kerana geram..
dinding juga pernah ditumbuk kerana geram.
Ya..smua datang tanpa diundang..

Sebab satan itu tidak pernah putus asa

benci juga bila gagal menahan rasa..

kalau boleh mahu kewujudan tidak dirasai..ketiadaan tidak bermasalah.
Tapi sebaliknya juga yang berlaku..

makan hati.. Makan jantung sekali..
mendengar rintihan orang sudah cukup mendengar rintihan sendiri..

Penulis mengaku pena lebih berbisa dari kata-kata.
Tapi, penutur kadang kata sebaliknya..

kerana mulut badan binasa.. (hebat juga orang Melayu membuat pepatah)

Namun kalaulah ada pilihan..
Baik cepat-cepat pilih Kunci mulut
sebab telinga akan lebih fokus..


Telingalah yang menangkap kata-kata orang berani berubah..
mungkin juga sedikit lucu;
“aku malu melihat diri ku yang dulu”. (nampak buat sesuatu kerana ‘teori’nya sendiri).

"tak kiralah kita jadi tukang cuci pingga pun..yang penting ada sumbangan untuk gerak kerja Islam” (boleh percayakah?)
Hahaha
Pernah jadi tukang cuci pinggankah..

berkata sebab tak kena lagi..
Manusia binti/bin manusia..

Ada sahaja yang bertentangan,
kerana brain berbeza rumah walau satu PENCIPTA

-sedang memulas ide-