24 March 2021

Perkembangan kanak-kanak 2 tahun

 

bismillah.
hari ini kita kenali perkara  yang berkaitan dengan perkembangan kognitif (pembelajaran,pemikiran,  penyelesaian masalah) kanak-kanak di usia 2 tahun.
.
perkembangan kognitif  kanak-kanak 2 tahun.

.

1. Budak umur ni dah boleh temui benda yang tersembunyi, atau terlindung  dengan dua atau tiga penghadang atau penghalang



kredit gambar: cdc. gov.com

budak usia ni sedang menajamkan kemahiran berfikir dan melihat yang selama ini didedahkan. Teringat Madia ni, biasa memang akan tanya mana remote. Terkadang benda itu letak merata juga. Akan  nampaklah Madia akan jumpa. Sebab dia pun boleh agak tempat yang berkemungkinan benda itu diletak. 
.
kadang juga sembunyikan benda di tempat agak tersorok. Budak ni boleh faham dah benda tu ada disitu, cuma tidak pasti dimana, melainkan benda itu budak ni nampak kita sembunyikan.
ada waktu sengaja minta ambil sesuatu benda yang agak jauh dan tersembunyi, bila tidak jumpa. Ulang lagi bagitahu. Memang akan jumpa... jadi, itu petanda budak ni dah capai tahap normal yang perlu dikuasai mereka.
.
2. Dah mula bezakan bentuk dan warna
hah...biasa kita nampak benda-benda toys ni ada jenis yang bentuk bentuk dan ada yang jenis barwarna tertentu, mainan untuk budak 2 tahun ni perlukan bentuk yang pelbagai. Biasa yang juara dalam permainan budak ni Fisher Price lah...memang ada ada asas dan keperluan permainan yang mereka jual.

kredit gambar: fisher price  LAZADA

yang tukang copy produk mereka ni kurang peduli falsafah disebalik mainan ni, tu yang ada benarnya. Tidak semua mainan sesuai dibuat main. Selain bahan yang digunakan, yang buat mahal..sebab mainan diorang ni dibuat bukan sekadar mainan. 
.
kadang jumpa preloved Frice Price ni harga masih mahal dari yang baru copy punya.  Fahamlah kita, penjual pun mahu buat untung mereka, dengan kos-kos yang mereka keluarkan.
.
eh melalut pasal lain sudah kita ni..
.
nak ceritanya budak 2 tahun ni dah boleh bezakan bentuk, kerana sejak seawal usia diorang dah didedahkan dengan bermacam-macam bentuk. Ada juga yang mak ayah dah dedahkan sentuh dan budak usia awal tu dengan aneka jenis mainan yang ada bentuk ni. Jadi bila dah usia 2 tahun, budak ni dah mampu kenal dah. Kalau bagi jenis bentuk dan warna budak ni kenal dah. 
.
Tapi, kalau yang kita tidak dedahkan seawal usia. Jangan kecewa, manfaatkan kemahiran budak ni dengan ajar bentuk bentuk dan warna. Sebab usia ni emas ok.

walau masih ada pemahaman yang 'asyik main' saja budak ni. Hah...tengok apa yang dimain tu. Usia ni memang MAIN lah cara diorang belajar. Bukan duduk melanguk tengok youtube semata itu.... 


kredit gambar: cdc.gov.com


3. Boleh lengkapkan perkataan dan rima dalam buku yang budak ni biasa dibacakan bersama

kredit video : youtube cdc.gov.com


4. Boleh bermain make-believe 
walau budak ni 2 tahun mereka dah boleh tiru watak  dengan main ni, misalnya main cikgu cikgu, main anak patung,main apa-apa pun pekerjaan yang boleh dilihat oleh  budak ini. Misalnya, budak ni tiru barista buat kopi.

kredit gambar: notimeforflashcard.com


5. Membina menara dengan permainan blok 
dalam kelas modul montessori kita akan nampak benda benda ini wujud. Kerana benda ni dianggap sesuatu yang sangat membantu banyak hal kepada budak. Untuk budak 2 tahun, boleh susun 4 blok dan nampak stabil. Semakin besar budak tu, semakin banyak dan tinggi bangunan blok yang budak ini boleh buat.

kredit gambar : https://www.howwemontessori.com

ni boleh jumpa di LAZADA



6. kerap gunakan sebelah tangan, berbanding keduanya
boleh tengok masa budak ni tengah memegang sesuatu. Melempar benda.

7. Boleh faham arahan yang mudah. Arahan 2 langkah yang mudah.
contoh, "ambik kasut, pakai ye".
.

8. Boleh menamakan benda atau objek di buku yang dilihat.
masa ni boleh carikan buku-buku yang berkulit tebal.Biasa buku baby memang tebal dan lasak, buku tu bila selalu digunakan. Budak umur ni akan kenal dah apa benda yang kita tunjuk itu.
.
untuk modul Montessori, idea buku diorang pun selain mengenalkan benda atau objek, ia juga bantu budak ini busy. Ya budak 2 tahun ni, jika kita dedahkan awal, kuasa fokus diorang memang terbaik. Dengan buku ni,diorang akan busy habis la..

buku inspirasai Montessori, boleh jumpa di LAZADA






15 March 2021

Rumah Sewa Cheng , Melaka

Bilik Sewa Cheng Melaka
Bilik Sewa Melaka
Rumah Sewa Melaka
.
.
Fully furnished
.
Gambar akan di update.
.
Bilik untuk disewa (1 April 2021)
Cheng Ria Apartment
Level 2

Fully furnished

Master room RM 320
Standard Room RM 270
Standard Room RM 250 (rent out)

0197158234- En.Shukri.
Incub Services

https://www.facebook.com/114393587089063/posts/234211078440646/


14 March 2021

Perkembangan Kanak-kanak 2 Tahun

Hari itu Tentang sosial Dan Emosi
.
Kali ni tentang Bahasa Dan komunikasi.. iaitu Cara budak ni menunjukkan apa yang dirasa, dimahukan, atau apa apa yang budak ni mahu beritahu, Sama Ada kepada Kita..mahupun kepada orang lain.
..
.
Perkembangan Bahasa Dan komunikasi.
.
oleh kerana budak 2 tahun ini mula dah faham banyak benda, mereka akan menggunakan bahasa untuk berkomunikasi. Misalnya...

1. Boleh tunjuk Dan bagitau benda yang mereka tahu
Budak ni usia ini kan dah kenal benda, dah tahu Nama, jadi bila diorang nak tunjuk.. budak ni boleh sebut Nama. Contoh mana gambar Bola?.
.
kita boleh tunjukkan gambar-gambar benda yang mungkin budak ni suka.. Dari gamabr-gambar itu, budak ni akan  tunjuk pada benda yang budak ni tahu. Misalnya kita tunjuk gambar buah-buahan, budak ni akan tunjuk buah-buahan yang mungkin pernah dimakannya, atau selalu ada dirumah..
.
Untuk Madia, kadang-kadang dia jumpa buku dan akan tunjuk gambar benda yang biasa bagi dia. Macam gambar bola. Dia selalu main bola, jadi  bola terlalu familiar untuk dia. Lain-lain  benda yang saya biasa buat untuk tengok kemahiran dan tahap familiar dia, saya suka tanya mana remote, mana kasut dia..masa sidai kain, saya tanya juga....ni baju siapa... Sebab budak ni stay at home...Dan 98% hanya ahli keluarga dia kenal...jadi budak ni alhamdulillah kenal lah,macam tudung umy dia..baju abi dia..baju abam.
.
2. Kenal anggota badan
ni dah lama kan kenalkan, sambil sambil mandikan...sambil pakaikan pempes..sambil susukan... semua kenalkan masa-masa ber-aktiviti.
.
cuma, ada sesetengah orang gunakan istilah dan bahasa english, walau bahasa seharian bertutur adalah bahasa Melayu. saya tidak pasti apa alasan mereka. Tentunya mereka ada sebab sebab semua itu kan.
.
saya suka sangat  berkongsi kebaikan  menggunakan satu bahasa di dalam kehidupan anak-anak. Saya kongsikan satu huraian tentang kebaikan menggunakan 'home language', dari hasil kajian yang dinilai oleh Resourch Spring 2013 dulu. Tunjuk terlalu banyak kebaikan untuk budak-budak menguasai bahasa harian mereka..
.
kajian tu dorang cuba bongkar beberapa kajian yang diorang dah buat, tentang cabaran ajar English Learning Language. Dan diorang sangat galakkan penguasaan padu 'home language' untuk budak-budak, berbanding awal-awal dah gabung English dalam sebutan harian.
.
diorang buat andaian, seorang budak negara Inggeris datang China....budak tu nak masuk sekolah di China, dalam pada diorang kena belajar semua benda dalam bahasa Mandarin, budak tu perlu juga belajar English... (kepayahan diorang berganda-ganda).
.
Jadi, dengan penguasaan 'home language' yang baik, budak ini akan dapat belajar translate bahasa yang dah sedia master kepada bahasa lain.
.
kurangnya penguasaan bahasa pertama, kerana terlalu awal mengalih bahasa akan menyukarkan kefasihan budak yang aktif tu dalam English. (Goldenberg, 2008).
.
situasi ini merujuk kepada 'home language' yang 1 jenis. Dan keadaan budak yang sentiasa belajar..
.
.
laaaa... jauh kita pusing ya...padahal mau cerita, kalau mau kenalkan anggota badan...molek sangat kalau guna bahasa yang kita gunakan sehari-hari. Misalnya, kalau kita memang menuturkan Bahasa Melayu, kita kenalkan lah dalam bahasa Melayu.
.
banyak saja buku atau poster boleh dapat di kedai buku. Kedai maya pun ada.

kredit gambar:Goodreads.com
dapat anak pertama dulu,ada buku ni...memang kesukaanlah...walau English...kita guna bahasa sahaja...di Lazada ada jual. Tidak pasti la pula yang jual ni original atau tidak...dulu saya beli pun yang buku terpakai...10 tahun buku tu masih boleh pakai,walau dilenjan -_-. Boleh cari di mana-mana plaftform selamat nak beli,
.
poster pun menarik perhatian kanak-kanak. Selain guna cermin
kredit gambar: Lovevery.com



3. Boleh bertutur dengan gabungkan 2 -4 perkataan
ya, kebaikan bila kita selalu borak dengan budak ni secara dua hala... budak ni akan tingkatkan kemahiran berbahasa budak ini. Misalnya... dalam vidoe ni. Faham dah budak ni menjawab.
.
kerana benda ni penting untuk perkembangan bahasa, benda yang suka ulang-ulang tanya,nama anak...atau bila anak buat sesuatu, macam baju dia basah sebab main air, kita cakaplah 'baju basahhh laaa'. Nanti budak ni akan ulang cakap.
.
.
4. Faham arahan mudah
misalanya, kita minta angkat tangan ke atas. Sebut horey!
.
atau, kita bagi bola...minta sepak...
.
.
5. Ulang sebutan sama
hah, sama seperti no.3 di atas. Cuma misalnya kita main sama-sama, kita sebut yeaaa... budak ni pun sebut sama.
.
.
6. Boleh kenal dan tunjuk benda yang budak tahu
biasa di pusat jagaan, gunakan buku. Untuk tahu budak ni boleh ke buat atau tidak.
.
.
kesemua benda ni, asas sahaja. Wajiblah budak umur 2 tahun dapat buat. Jika tidak dapat..kita kena berjaga jaga, sama ada budak itu terhalang oleh kerana kegiatan atau aktivti yang kita bagi sehari-harian tidak membantu, atau ada ketidak upayaan yang selalu menjadi ketakutan ramai mak ayah. Semua ini hanya panduan asas, untuk lebih mendalam...jangan segan menuntut ilmu. Berlambak ilmu di dalam dunia maya...ada dengan pakarnya yang ramai diluar sana. Jangan pakai testimoni orang ..'anak aku lambat cakap....ok je'. ya mungkin anak dia ok, tetapi anak kita bagaimana....?... risau sahaja tidak mendapatkan apapun hasil. Tetapi bertindak, insyaAllah ada hasilnya...walau tidak sebesar mana.

06 March 2021

Perkembangan Kanak-kanak 2 Tahun

Bismillah,
.
.
Sempena dengan ulang Tahun kelahiran anak solehah wa muslehah. Sebagai bonda amatur,.
..
Tentulah imbas kembali detail kelahiran anak comel kita.
.
Sambil tu ...Kita periksa diri..koreksi.
.
Apa ya perkembangan yang harus anak 2 tahun itu Ada....
.
Mari kita periksa...
.
A. Sosial Dan Emosi
.
Benda ni Kita hadap Hari Hari...jadi mesti mau periksa ya.
.
1. Budak akan tiru perangai orang disekeliling dia..
.
Hah....perangai baik buruk ..Yang mana berkenan Dan Rasa dekat...budak akan tiru ok.

Kredit gambar: CDC.gov
.
Macam Madia ni, Kita bagi amaran dengan dekat adik...cepat betul dia tiru. Contoh kita dehem kasar...bila baby nak pegang benda atau makan benda.... Dia pun tiru bila nampak adik buat.
Kita baik baik...pun Di tiru juga..ehe.
.
.
2. Teruja bila ada budak lain (yang usia lebih kurang).
.
Hah...ni paling senang bila anak itu main dengan kawan. Ala...dengan adik beradik pun boleh. Madia ni, kalau dengan abam Akido main lari lari Tu...meriah habis diaaa.

Kredit gambar: eyaslanding.com

kredit gambar: cdc.gov

Kenapa ya budak ni teruja sangat?.

.
Sebab diorang punya keadaan semulajadi begitu. Ditambah lagi dengan seronok sebab bermain bersama.
.
Cuma, Ada beberapa keadaan budak ni, lambat 'panas enjin'. Ni Ada banyak sebab, terutama yang jarang jumpa kawan lain. Yang hanya duduk dengan mak bapa. Boleh jadi juga, sebab mak bapa atau atau penjaga terlalu kawal untuk budak ni berbuat sesuatu. Sampai budak ni Rasa, nak berkawan pun risau mak bapa marah atau tegur.
.
Budak kan tengah kembangkan kemahiran bersosial...
.
.
3. Budak dah tunjuk kemampuan berdikari.
.
Hah...macam Madia ni dah nampak dia pandai ambil air sendiri. Pandai basuh tangan sendiri (ya...selain sebab suka main air😌).
.
Bab berdikari ni kena belajar juga. Ada cara Yang akan buat budak ni akan lebih berdikari dengan baik, apabila Kita buat sesuatu dengan baik. Nanti Kita ulas bab ni...sebab ni penting untuk emosi dan kepercayaan diri budak comel ni.
 .
.
4. Budak akan tunjuk perangai yang sebaliknya, bila kita minta buat sesuatu.
.
Contoh,kalau Dalam kajian orang putih...diorang suka tunjuk video budak yang disuruh basuh tangan, tapi budak tu tak mau...(tapi Tetap basuh tangan, sambil geleng kepala tak mau dia tu..).
.
Teringat masa Akido 2tahun ++ dulu. Bila kata, jom mandi...Dan Dan dia akan tak nak. Padahal nak..
.
Pening jugalah kita.
.
Tapi, biasa Kita akan mandikan...walau sambil mandikan Kita kata "ok...tak payah mandi".
.
😁
.
Macam Madia ni...main air..Kita kata stop main. Dia akan teruskan main.
.
.
Itu lah barangkali, kita selalu dengar...orang lama,kalau melarang dia buat ayat terbalik...mungkin sebab geram kan...yang Kita larang, itulah yang dibuat. 
.
Lama lama jadi sarkastik...buruk la begitu...
.
.
Untuk hentikan... Saya akan cakap...ok tutup air ya.. tutup pintu toilet ya. Hari automatically, Madia akan tutup air...Dan tutup pintu. Ini untuk hal main air lah. Dan kena buat selalu... baru budak ni terbiasa..
.
Kalau saya sebut jangan main air. Dia macam eh jadi APA saya kena buat pula??.
.
.
5. Boleh main dengan budak lain. Ia sebagai permulaan, Lepas tu Ada lah aktiviti tambahan.
.

Kredit gambar: virtuallabschool.org

.
Misalnya mula mula molek saja main kejar kejar sama Sama. Lepas tu, Ada aktiviti lain...Yang mungkin menyakitkan kawan budak tu. Tu tanda diorang sedang kembangkan perasaan Dan emosi. Diorang mungkin tidak tahu macamana nak tunjuk tanda geram...dia pi tampar, tolak, gigit...atau apa apa yang menyakitkan..saja si kawan... Hah...masa ni Kita tidak boleh terus jerkah (selalu begitulah...bila anak buat...terus kena marah). 

Padahal kan, boleh saja cakap baik baik.... "Salah la..buat kawan..." "Sakit tau buat kawan...".
.

.
Sebab budak buat begitu... antara lain, mungkin budak tengah kecewa...sebab kawan stop main, Ada yang kawan buat tidak tercapai apa dimahukan. Bila begitu, Cara budak ni salurkan perasaan tidak puas hati...dengan bertindak kasar. 
 .
Kita sebagai dewasa, kena prihatin keadaan ni. Bila Kita terus jerkah...ha...kan lain jadinya. 
.
Bab ni, nak terangkan lebih Dalam Bab akan datang...sebab Bab ni...Kita orang dewasa selalu buat dengan budak yang baru saja Lepas usia bayi ...baby baby baru nak up...