15 February 2021

PERKEMBANGAN KANAK-KANAK 9 TAHUN

 bismillah.

.

kita teruskan, faham dan terokai kehidupan dan perkembangan budak umur 9 tahun.

untuk KOGNITIF dan perkembangan FIZIKAL DAN PERGERAKAN.. kali ini tentang 

C: sosial dan emosi.

.

1. Dah kenal perangai mana baik dan orang terima, juga normal perangai manusia

baru kenal kan. Maka,  jangan  yakin sangat mereka ni, macam BUKU bertindak. Mereka mesti struggle faham kenapa begini, padahal sepatutnya begitu. Berperang dengan perasaan la mereka. Kenal, bukan bermaksud budak ni boleh buat yang baik sahaja , yang salah tak buat. Boleh saja diorang buat yang salah itu....  sekadar mahu mencuba, pengaruh dengan mana-mana. 

usia ini budak ni, dah faham tentang pengurusan konflik diorang, ini baik, kenapa orang buat . Ini jahat, kenapa orang mesti jauhi. Tapi, itulah hubungan kekeluargaan juga ada peranan. Termasuk berapa lama budak ni hidup bersama kawan-kawan (sama ada berjumpa di sekolah, main bersama, atau berhubung dengan online itu). 

.

bila budak usia ini dah lebih banyak masa bersama kawan-kawan, haah....budak ni pun mula terdedah dengan bertanding-tanding, siapa lebih hebat. Malah, diorang akan buat apa sahaja untuk buktikan depa best dari kawan-kawan sekumpulan dia. Kajian klinikal ada buat periksa deka MRI pasal otak budak, menunjukkan emosi budak ni dipengaruhi dengan persekitan.

.

2 Bila dah masuk 9 tahun. Hubungan dengan dunia internet dan berkawan ni sangat mempengaruhi corak diorang berfikir dan beremosi.

bayangkan mak ayah dah mula bagi kebebasan sejak umur 3 tahun... 7 tahun internet telah mempengaruhi cara  budak beremosi dan kemahiran bersosial budak ini. Ada sebab ada larangan membuka media sosial kepada budak usia ini. Mereka sangat bersih itu, masih tidak pasti sama ada apa yang dinampak di dalam media sosial itu 100%.

.

malah, potensi menjadi mangsa buli siber juga akan buat budak ni, problem.

3. pengaruh kawan baik sangat mempengaruhu kehidupan sosial mereka. Lagi kalau kawan itu tiada, misalnya cuti sekolah. Disini diorang akan belajar dan merasai perasaan sunyi sedih.

.

4. Sebab terdedah dengan kehidupan berkawan dan internet, budak mula belajar menyimpan perasaan. Misalnya tidak puas hati, marah, gembira.



.

bantuan yang diperlukan oleh sosial dan emosi budak usia ini ialah

- komunikasi sangat diperlukan oleh budak, terutama untuk budak ni menghadapi penerimaan dalam masyarakat. 

- kenalah selalu berkongsi untuk mendapatkan sasaran masing-masing, terutamanya budak sasaran budak itu sendiri

- budak perlukan orang lain untuk bantu keluarkan

- kena sentiasa ajar tentang perspektif orang lain (empati).

.

sebab benda ini sangat penting, kita akan bincang lebih mendalam nanti, dengan bukti-bukti yang ada. Bukan semata bukti pengalaman hidup kita orang dewasa yang corak dan cara membesar yang sangat jauh dan berbeza dengan budak zaman ini.