15 February 2021

PERKEMBANGAN KANAK-KANAK 9 TAHUN

 bismillah.

.

kita teruskan, faham dan terokai kehidupan dan perkembangan budak umur 9 tahun.

untuk KOGNITIF dan perkembangan FIZIKAL DAN PERGERAKAN.. kali ini tentang 

C: sosial dan emosi.

.

1. Dah kenal perangai mana baik dan orang terima, juga normal perangai manusia

baru kenal kan. Maka,  jangan  yakin sangat mereka ni, macam BUKU bertindak. Mereka mesti struggle faham kenapa begini, padahal sepatutnya begitu. Berperang dengan perasaan la mereka. Kenal, bukan bermaksud budak ni boleh buat yang baik sahaja , yang salah tak buat. Boleh saja diorang buat yang salah itu....  sekadar mahu mencuba, pengaruh dengan mana-mana. 

usia ini budak ni, dah faham tentang pengurusan konflik diorang, ini baik, kenapa orang buat . Ini jahat, kenapa orang mesti jauhi. Tapi, itulah hubungan kekeluargaan juga ada peranan. Termasuk berapa lama budak ni hidup bersama kawan-kawan (sama ada berjumpa di sekolah, main bersama, atau berhubung dengan online itu). 

.

bila budak usia ini dah lebih banyak masa bersama kawan-kawan, haah....budak ni pun mula terdedah dengan bertanding-tanding, siapa lebih hebat. Malah, diorang akan buat apa sahaja untuk buktikan depa best dari kawan-kawan sekumpulan dia. Kajian klinikal ada buat periksa deka MRI pasal otak budak, menunjukkan emosi budak ni dipengaruhi dengan persekitan.

.

2 Bila dah masuk 9 tahun. Hubungan dengan dunia internet dan berkawan ni sangat mempengaruhi corak diorang berfikir dan beremosi.

bayangkan mak ayah dah mula bagi kebebasan sejak umur 3 tahun... 7 tahun internet telah mempengaruhi cara  budak beremosi dan kemahiran bersosial budak ini. Ada sebab ada larangan membuka media sosial kepada budak usia ini. Mereka sangat bersih itu, masih tidak pasti sama ada apa yang dinampak di dalam media sosial itu 100%.

.

malah, potensi menjadi mangsa buli siber juga akan buat budak ni, problem.

3. pengaruh kawan baik sangat mempengaruhu kehidupan sosial mereka. Lagi kalau kawan itu tiada, misalnya cuti sekolah. Disini diorang akan belajar dan merasai perasaan sunyi sedih.

.

4. Sebab terdedah dengan kehidupan berkawan dan internet, budak mula belajar menyimpan perasaan. Misalnya tidak puas hati, marah, gembira.



.

bantuan yang diperlukan oleh sosial dan emosi budak usia ini ialah

- komunikasi sangat diperlukan oleh budak, terutama untuk budak ni menghadapi penerimaan dalam masyarakat. 

- kenalah selalu berkongsi untuk mendapatkan sasaran masing-masing, terutamanya budak sasaran budak itu sendiri

- budak perlukan orang lain untuk bantu keluarkan

- kena sentiasa ajar tentang perspektif orang lain (empati).

.

sebab benda ini sangat penting, kita akan bincang lebih mendalam nanti, dengan bukti-bukti yang ada. Bukan semata bukti pengalaman hidup kita orang dewasa yang corak dan cara membesar yang sangat jauh dan berbeza dengan budak zaman ini.

11 February 2021

perkembangan fizikal dan pergerakan kanak-kanak 9 tahun

 bismillah,

.

sebelum kita bincang tentang perkembangan emosi dan sosial budak 9 tahun, mari kita jelaskan tentang keperluan kanak-kanak 9 tahun ini punya fizikal dan pergerakan.

yalah kan...sebab budak ni tidak lagi macam bayi,ada pemeriksaan bulanan.. 

.

untuk perkembangan fizikal dan pergerakan,ada banyak aktiviti yang kita boleh manfaatkan untuk membantu budak usia emas ini membesar penuh kebaikan...gituu.

.

1. Trampolin.

.

kalau kita pi aussie dan nampak benda ni, boleh agak itu rumah pasti ada anak kecil. Sana mungkin faktor halaman rumah yang luas dan cuaca yang sesuai. Jadi memang benda itu boleh nampak. 

.

Tapi, orang remaja dewasa pun sukalah benda ni...jadi term ni...macam tidak betul pula.😌

kredit gambar: reddit.com

Ada jenis Yang tiada jaring tu..., Macam gambar cantik ni, tunjuk tromplin yang kurang selamat untuk budak 9 tahun..Walau trompolin itu membantu, pilihlah yang selamat ya... dekat online banyak dah jual benda ini.

.
Kalau nak beli tapi risau makan ruang...makanya kena Cari Yang saiz sedang sedang aja mbak,
.
Ni kalau tengok saiz...oklah kan..tidaklah sampai siling budak Tu terlantun... safety first.. tapi hanya untuk budak pula dia ni. Boleh klik LAZADA ni. Harga memang padu...ketahuan pun padu. Tapi berat Tu terhad ya sampai 50kg pula.

Kredit gambar : Lazada
.

Untuk yang Ada ruangan luas diluar rumah... Dan mak pak budak sekali mau join...baik Kita cari yang semua boleh melantun situ. Dalam LAZADA ni banyak ya.
Utama, baca deskripsi. Saiz, berat, keselamatan semua Tu.

Kredit gambar: LAZADA.
A

ini cuma antara alat untuk jadikan budak ni seronok dengan aktiviti lompt-lompat ni. 

.

Dalam pada Kita fikir itu, Ada lagi aktiviti lain yang zaman sebelum gajet meluas muncul...Kita boleh juga ting-ting.ni bukan lompat setempat lah...ni lompat ke depan belakang sambil berfikir lagi... Lagi kalau main lawan lawan. 

.


Kredit gambar : http://cikgulimcheekien.blogspot.com

.
Best juga main benda ni. Cuma dia kan kurang lasak, jadi zaman 90-an Dan sebelumnya...ramai yang main ni budak perempuan saja.

.

Tapi, ni 'mainan' Masih evergreen ok. Orang kita fikir ramantik dia. Hakikatnya, dia baik untuk anggota tubuh budak. Hatta mak ayah budak pun, kalau rajin melompat Ada kebaikanya.

.

Sekarang tidak mampu tulis bentuk ting ting tu di tanah...simen...atau lantai...ada cara lain....Ada Jual online, gais. Jenis apa mau??.

Tapi, sebaiknya pilih yang tujuan banyak...takkan guna melompat jak kan. Macam yang ni..jenis tikar lembut, bolehlah buat lapis duduk atau buat main kan...

Kredit gambar : LAZADA

.

Next, Kita cerita lagi...

04 February 2021

Perkembangan Kanak-Kanak 9 Tahun

bismillah,

hari ituuu, perkongsian tentang KOGNITIF kanak-kanak 9 tahun. kali ini kita kongsikan tentang perkembangan dari segi fizikal, tumbuhsaran  fizikal. 

perlu ingat, umur 9 tahun ni, usia awal kepada kehidupan sebelum masuk usia menjadi remaja..

.

1. Tinggi meningkat sekitar 2.5 inci setahun atau 6cm. Manakala berat pula bertambah sekitar 3kg dari berat usia sebelum. Budak perempuan akan menaik lebih berat dari

pada umur ini, otot mula membesar, budak dah makin membesar kan dan otot budak berfungsi dengan baik.Dapat buat banyak aktiviti yang perlukan motor kasar. Macam angkat batu ni, budak perlukan otor bahu yang kuat, kaki yang mampu tampung badan yang berdiri, tangan yang boleh tahah berat tu.

kredit gambar :breakingmuscle.com

banyak aktiviti yang boleh menjadikan otot itu itu digunakan dengan baik. Ia, bila motor kasar digunakan. Antara aktiviti yang menggunakan motor kasar ni..seperti dengan dalam aktivti BERMAIN. Aktiviti yang selalu nampak, bila buat dengan tangan, kaki, kepala, macam aktiviti berbasikal, bermain lompat tali, menari. Memanjat juga adalah petanda otot itu berkembang dengan baik

kredit gambar : ceritadaribelantara.blogspot.com


kredit gambar : ceritadaribelantara.blogspot.com

Lain dari tu, aktiviti pengurusan diri juga antara cara menggunakan motor kasar. Pakai baju, buka baju.

.

2. Mula dah, tunjukkan corak perkembangan seiring dengan jantina budak itu. 

contoh, perempuan lebih tinggi dan lebih berat. Ni yang buat selalu kita anggap perempuan itu cepat matang, padahal budak perempuan cuma lebih tinggi dari lelaki. Kalau kognitf tidak disuburkan dibaja, apalah ada pada perkembangan fizikal kan...berdiri sendiri sahaja..

.

3. Gigi Susu akan tercabut dan akan digantikan dengan gigi kekal.

Walau jaga gigi dengan baik, tetap sampai masa gigi akan goyang dan senang dicabut. Dalam 3 minggu tu, bolehlah  nampak  gigi kekal munculkan diri. Masa tu budak itu akan rasa tidak selesa. Kalau baby nak tumbuh gigi akan cerewet nangis. Budak umur ni dah boleh bercakap. Adakalanya sibuk pun buat budak tu lupa tidak selesa itu.

 

kredit gambar:  perfectteeth.com

kredit gambar: https://discoverykidsdentistry.com

hati-hati sikit bab gigi susu ni. Kalau jenis tidak berjaga, sakit kalau berlubang. Kalau yang berjaga, ada sampai berlapis. Puncanya gigi susu itu tidak longgar, takkan nak cabut kan. Hah...gigi itu begitu, kerana, tidak terdedah untuk mengigit benda keras. Macam buah-buahan, sayur sayuran. Semua ini bermula sejak bayi lagi. Kemudian berterusan sehingga jadi kebiasaan, tiada hal mau menggigit kalau makan. Ada buah-buahan yang makan, bukan sahaja ada zat, serat..tapi bagus untuk membersihkan gigi. Ada masa kita siasat apakah buah-buaha itu. Yang pasti, lobak memang sangat banyak kebaikan.

kredit gambar: https://www.pediatricdentalcare.com/


.