.
.
Kita mulakan cerita Raya ini dengan persiapan Raya syok sendiri...huuuuh.
anak-anak mana faham semua ni.
kita pun tidak pernah raya sendiri sendiri.
SS lagi la...bila kita kata kena buat persiapan raya ni..dia kata, ala ..ala..ala.
.
.
Tapi, sebab kita pada waktu ini sedang berada di minggu 36 mengandung ni, marilah kita
fokus persiapan masa melahirkan.
selepas melahirkan, banyaklah limit untuk saya kan...
jadi, marilah kita bersiap siaga...
persiapan ni boleh pakai masa Raya sekali..
.
semua diatas kita start pada 22/04/2020.
.
manakala, persiapan beli bahan mentah pada 18/-5/2020..kira seminggu sebelum Raya la.
gitu...kasi masuk tarikh. Inipun sebab hp yang tunjuk tarikh..kalau tidak, manalah kita ingat begitu detail..huhhh.
.
18 tu ingatkan ada temujanji klinik...
sebelum chek buku pink, kita bersiap sambil berangan...alangkah baiknya kalau hari ni tiada temujanji, boleh kita pi beli barangan kering untuk keperluan raya dan selepas melahirkan nanti.
kan pantang nanti, sendiri sendiri jak...apalah yang boleh diusaha, kita usahakan.
.
bila chek buku pink, ya temujanji chekup besoklah....
rupanya 19 ...yeaaaaa.
.
SS sibuk betul dengan kerja dia...
bila kita dah siap...diapun bersiap sekali...
..rupanya dia mau keluar ...duhhh..
siapa akan jaga budak ni?.
.
terus call Sakina..
dia pun tengah free, dan kita pun dapatlah keluar...
naik Grab saja.
.
kita mulakan dengan pembelian keperluan diri sendiri.
last belikan barang untuk diri sendiri. masa mengandungkan Madia dulu.
.
setahun lebih dah..
.
selesai keperluan diri.
terus jalan pi kedai sederet juga..
ramai jugalah seperti gue... ada yang bawa anak beli baju raya.
norma baru, masuk kedai..chek suhu. tulis nama.
.
kedai ni baru buka rasanya,lepas tutup sebab PKP.
sebab mesin kira dia pun di meja lain....kad kredit pun tidak boleh guna.
tahun lepas kita ada pi sini beli baju raya diri sendiri...masa tu kaunter bayar ok saja pun.
.
belikan baju Melayu
untuk Akido, Fath dan SS.
saiz, kita main agak...minta Sakina tolong tukur tinggi mereka paras mana...
sini harga baju Melayu agak menenangkan jiwa.
kalau dalam mall tu..harga semua atas RM50. Tu pun kain panas lah biasanya..
sini, dengan PKP dan baju baju yang kita beli ni..mungkin stok tahun lepas...semua dibawah RM50.
kan banyak jimat disitu...
cuma...terhad la warna yang ada..
.
mau beli baju sendiri?.
baju mesra nursing tiada ni...NANTILAHHH..
.
pi Mydin.
ada baju Melayu Ejen Ali...kain pun best.
harga pun cantik.
takpalah.....
kita swafoto jaklah dengan patung versi menuju remaja ni...muka lain sungguh.
.
kebetulan depan laluan masuk...ada lampu raya...siap harga promo.,RM19.90
agaknya tidak ramai nak beli semua ni..pendemik Covid19 ni...banyak sungguh meninggalkan kesan. :(.
.
cari cari barang lain,
beli jug,
pisau,
pisau sederhana kecil.
mau beli lap kaki untuk luar rumah...harga pula bikin was was.
sebab kalau online boleh dapat harga lagi murah ni...
tapi kalau online bila pula akan sampai?..
.
beli sekarang, dapat terus pakai...
.
cari cari...apa lagi perlu ni..
oh lupa, mau cari cadar baru...kalau harga cantik kita ambil.
.
lama terperap, ni memang heavenla dapat pi tengok tengok barang, kira nikmat jugalah.
tengok telekung, rehal...cermina, barang hiasan, benang semuaa....
.
oh dalam list, kita mau carikan baby Madia kasut. budak dah pandai jalan tu...tidak dapat keluar rumah sebab kasut tiada.
.
sambil carikan kasut Madia, teringat pula kasut Akido...arrhhh.
.
belikan 2.
.
mau beli untuk selipar diri sendiri...ni fikir harga dan kos...arhh.. NANTILAHHHH.
.
Jumpa brooch,
belikan untuk diri sendirilah ni kali..
.
dengan perut ni, memang risau jugalah...kalau nak melahirkan pun keluar nanti 37 minggu ya anakku..
.
tolak troli turun bawah...
masa untuk barangan yang utama...
semua beli 1-2 kilo, saya memang suka beli banyak sekaligus.
ni fikir mau beranak...lagilah...
pula mau raya....lagiiiiilah.
lepas ni tidak fikir keluar lagi.
.
siap beli daging, bawang-bawang segala, halia, lengkuas....
ada daun juga....
marilah kita pulang.
cari krim cheese. Langsung tiada..
agaknya ni memang diminati sejak musim PKP ni.
.
nampak kuih raya ni...semperit kesukaan gue ada ni..
.
.
ramai jugalah orang ni.
agaknya sebab belum lagi diizinkan kerja kan.
siap kira...
ambik kau... RM500++.
.
ni memang rare, dulu masa bujang selalu juga belikan stok rumah dan keperluan raya...paling pun RM250- RM300. Masa ni biasa mamak yang suruh beli keperluan raya. Rindu pula zaman tu. Zama sekolah menengah duuuulu. :(.
kita hanya beli barangan kering, berasa, bawang, beras pulut, tepung....yang lain-lain kita ada tanam.... keperluan bulanan ni memang pakai sebulan dan lebih...
.
marilah kita pulang...SS kebetulan siap dah kerja dia.
masa ni fikir, kenapa tinggi sangat harga semua ni.
chek chek barangan bukannya banyak pun...
cuma kuantitit saja tu....kira kira...
paling mahal pun cadar tu, RM40++ ...ni beli sebab harga dah promo...
.
sambil tunggu SS, kita belek resit. Manalah tahu ada tersilap kira kan...
ya betul...semua kerana kuantiti.
.