28 May 2020

ceritera Kelahiran Afaf Madia Febuari 2019

Proses melahirkan part 1.
.
"Manna Salwa", adalah tarbiyyah umy yang dahsyat. (Tu pun bila ingat balik la).
ni gelaran untuk ratu kedua umy ni.
kerana banyak memberi tarbiyyah sebelum kelahiran dia.
.
.
37 weeks.
Selepas keluar tanda 10am pagi tu. 
perasaan tu tidaklah dapat dihuraikan. Terlalu risau ada, gembira ada. Bercampur baur.
bercampur baur kerana kan...mahu baby yang dikandung 9 bulan ini  selamat keluar dan risau banyak  hal pula...bila keluar...kerja menjaga dan mendidik pun bermula lagi.
Contraction tidak regular. 
tapi sebab perasaan bercampur baur, buatlah keputusan terus ke hospital.Pilihan hospital ada 3. kih kih.
hospital Melaka  dekat..tapi terkenal dengan kesibukan dia.
hospital Alor Gajah dah pernah pi masa warded Akido 2018.
(Satu keputusan yang dibuat atas unknown anxiety, merugikan dan meletihkan diri).
.
kita pilih Hospital Jasin, sebabkatanya Hospital baru dan tidaklah sibuk dari segi jammed dia.
.
SS yang baru pi kerja..baru sahaja sampai tempat kerja, terus balik semula.
kita dah menunggu diluar bersama anak bijak soleh anak sorang ni
.
.
kita pun terus ke sekolah untuk ambik 2 lagi anak bijak pandai, soleh wa musleh.
.
kemudian terus ke Utem untuk ambil pengasuh profesional kita, makcik Nurul.
.
bila ke sana.
Doc chek dan chek.
akhirnya, Doc suggest pi Hospital Melaka jugalah.
dengan alasan kukuh, bacaan HB yang tidak cantik.
risau ada tumpahan darah. Dan stok darah pula kena tunggu dari Hospital Melaka juga akhirnya.
maka...kita pun disuruh ke sanalah.
.
sebelum tu...kita singgah makan dulu di kantin hospital tu.
laparrrr gais.
.
balik rumah dulu....rehat dulu. Sejak semalam rehat dan tidur ke laut ni...
.
sebelum pi berjuang..kita peluk peluk cium dulu anak yang tidak pernah ditinggalkan ini.
sayu jak perasaan ini.

.
bertolakla kita ke hospital dengan harapan besar..malam ni bersalin..gituuu.
.
Berkampung di hospital sejak pukul 5pm Isnin dengan 2cm. 

solat Asar sempat gi surau bawah, sebab kita menunggu sahaja untuk chek dan segala prosedur ke atas diri ini sambil duduk kan.
SS gi lepak kat masjid jiran hospital ini.
.
lepak duduk sambil menahan ketidak selesaan itu susahlah nak digambarkan.
pengalaman pertama bersalin di hospital kerajaan  ini memang lain dan banyak buat tertanya tanya. apa lepas ni..apa lepas ni.
.
maghrib isyak ulang alik gi surau tingkat bawah sambil sekaligus senaman untuk beranak cepat juga..niatnya.
.
prosedur dia sikit je,
.
daftar
tanya alasan datang ke sini.
kalau releven, terus pasang branula.
chek bukaan
chek CTG.
.
biasa yang paling dekat nak beranak diutamakan.
jadi yang masih setakat 2cm ni, bertabahlah ya.
.
sebab ramai, maka bertabahlah nak tunggu satu-satu prosedur tu dibuat.
sampai terlelap sambil duduk tu... biasalah. Tidak pastilah kalau boleh bawa sendiri kerusi malas ka apa apa yang boleh buat kita menunggu sambil mencari keselesaan ni.
.
sebab itu sahaja kemudahan yang ada...maka kita redhalah.
sempatlah berkenalan dengan momies yang macam macam masalah datang.
ada yang HB rendah, belum weeks matang  pun.
ada yang 5cm tapi belum sakit.
.

yang siksa sikit bila aircond off dan kita terbaring untuk diperiksa CTG dan pasang branula.
masuk 5pm, baru dapat pasang branula. Ada gak missi yang menyirap, kenapa staf sebelum tu bagai terlupa pasang benda tu kat I..
.
bila aircond off,
panas dia...subhanallah.
hospital ini kan mengamalkan penjimatan elektrik, jadi ada time diorang off kan aircond tu.




katil katil semua untuk kegunaan mommies yang CTG, atau scan, chek bukaan.
lain lain kita kena duduklah di kerusi.
ada gaklah tv buat hiburan dan hp sendiri.
.
bangun pagi,solat Subuh..lupa dah solat kat mana...rasanya kat surau bawah tu juga.
kebetulan dekat dengan lif, tapi sebab nak juga buat senaman kita pakai laluan pejalan kaki saja...
.
.
Pagi Selasa pakar dah datang. Dapatlah scan. ketuban kurang.tengah hari..doc suggest induce. Masa nak discuss ni, doc akan bawa ke bilik doc , kita duduk dengan selesa. Doc tunjuk hasil scan tadi. Teruslah kita Sign tanpa bantahan.
.
4.45pm- belon dimasukkan (target 6jam, belon akan keluar dan bukaan menjadi 6cm).
.
Selepas belon masuk. Kurang selesa nak membuang. Sebab ada benda kan.
.
Solat kena buat, walau lendir darah keluar. Walau tak selesa sebab takda tempat solat proper di situ. I minta izin nak solat di surau bawah. Misi tak benarkan, minta I solat diruangan depa sediakan.
.
Antara alasan nak solat luar. I nak bebaskan fikiran, nak bawa otak bercerita bahawa proses melahirkan adalah momen manis bukan suatu ketakutan. walau sebenarnya cuak tengok ada mommies yang menahan contraction.
.
Start maghrib. Contraction datang antara 4-5 minit. I yakin kejap lagi bolehlah masuk labour room😄. Yakin sangat tuuu.
.
isyak, I teruskan aktiviti berjalan, atau duduk membongkok tiap kali contraction datang
.
Kiraan kekerapan contraction antara 3-4 minit. Selang masa tu gunakan sebaiknya untuk wudhu. Solat. I baca yang wajib dan rukun saja. Dan try buat posisi yang membantu bukaan serviks. Sujud paling best posisi.
.
10pm, contraction makin rapat 2-3 minit. Dan makin lama, 1 minutes tiap sesi.
.
Doula saya ajak jenjalan kat corridorluar situ. But belum sempat buat..doc panggil chek CTG. I hate this part.Sebab kena baring. -_-
.
Habis CTG I minta dekat misi check bukaan.Sebab kekerapan skit regular. Misi minta MO tolong.
MO buat...dan dia kata still 2-3 cm. Biar betul?. Sakit tadi dah macam mau dekat dekat 6cm ni...bajet doc pula i..
.
I pujuk hati.Check serviks adalah aktiviti membantu bukaan makin besar.
.
10.45pm tempoh 6 jam untuk belon induce. But all staf busy. Jadi I biar.
.
Misi tegur MO..suruh chek I.
.
11pm MO try chek bukaan. Dah 4cm. Tapi belon belum keluar??
Mana belon itu?.
"Oh my God". I cakap sebagai rebel. ntah rebel kepada belon..atau apakah ini.
MO kata jangan risau...
But I ada masa untuk tidak risau??.
.
MO panggil misi otai.
.
Sebelum misi otai sampai...MO yang lain (yang pasang belon itu) datang. Dari perbualan mereka I tau...something wrong sedang berlaku..

.
.
Part 2. (ditulis 4/03/19)
.
Yes..misi otai mari..godek godek macam cari kunci dlm beg.
.
Dalam gila natang tu.
.
Missi  berjaya tarik keluar.
MO1: "mana yang kuning?.Mana?"
Misi otai: "eh mana..??"
MO:"saya dah amik.".
😒😒.
Tu kat luar, takkan boleh masuk pula...
.
Dah keluar, I nampak glove misi penuh darah.
Tu dia...patut 6 jam tak keluar keluar.
.
Dari perbualan mereka: MO letak dikedudukan terlalu dalam. Belon besar. Jumlah cecair dimasukkan terlebih banyak. .
Ni dah 4cm..EMPAT...bukan 6cm!.
.
I is lega tapi geram..dan sakit minta taubat. Belum mati lagi tu..😽.
.
Ni ada harapan kejap lagi masuk labour room ni...kata hati yang tidak sabar mau meneran.
.
Sebagai perempuan. I kongsi kegeraman dengan mesej my doula. .
Pastu try let it go. ðŸ˜‘.
Mana boleh geram bawa lama lama. mau fokus beranak saja!
.
maka...Start sakit lagi power.Sebab digodek lagi..
.
I consistent kira kekerapan kesakitan dan tahap dia.
.
Skala kesakitan naik ke 7.
.
4cm masih.
.
Jam 11pm. Syukurlah dah solat Isyak.
Boleh fokus.
Dan ramai dah mommies 6cm...
.
Minta izin jalan kat beranda. SS pula share gambar crepe tadi.
Makanlah seketul crepe durian sambil berdiri.
Macik guard tegur..."laaa...kenapa tak makan duduk...".
Senyum jaklah.
Graviti tengah terbaik kalau berdiri macik...jawab dalam hati.ngew
.
Siap makan, baru start mau jogging.
Doc panggil.
Biasalah...CTG.nadi jantung baby perlu dipantau. Dah tadi kata kekerapan sakit kan.
.
I hate this, sebab kena baring. Baring dengan kepala tinggi pun.
.
Siap semua.
.
Tu dia...Contraction sudah mari rapat rapat. I catat dalam fon jak selang masa. Beliau di kampung call pun, I tak angkat. Mau jimat bateri.
Now mau fokus pernafasan.
Sedut guna hidung, hembus perlahan guna mulut.
Menyesal tidak belajar gentle birth, HYPNOBIRTHING. Orang banyak komen negatif natang tu..Mana tau skala kesakitan setiap kali tulang dikembangkan...😒
.
sebab nampak kesakitan amat.

maka..missi suruh baring.
Kesian depa...jonah malam ni.jonah ni kebaikan dia, specialist!.akan mengasah skill.

dengan ber-jonah lah mereka akan menimba banyak pengalaman, hakikat pahit yang manis.
.
I pilih duduk di wheelchair..dari baring di katil sorong tu
Senang nak kawal nafas.
Gravity untuk baby bantu bukaan pun bagus.

.
.
Bersalin Part 4. (04/03/2019)
.
Sebab macam belum ready untuk push. Misi keluar masuk, termasuk urus mommy bilik LR sebelah yang tak faham BM tu. Pt menjerit...sakitttt..huwaaa...segala macam yang menggambarkan betapa sakitnya proses itu :(.
.
I pun. Sakit ya Allah..tapi mungkin sebab dah lama hadap. Tidaklah sama suara macam pt sebelah. Sakit sampai silent pilihan yang ada...
SS cuba pujuk....sabar..sabar...
Bang, sekarang tak sesuai pujuk..baik urut bawah tulang belakang I.

kalau tidak sabar...dah lama i pengsan sini....
.
bila datang makin dekat selang masa....jawapan missi bikin  bengek jugalah....
.
"Memanglah sakit dik..bukaan dh membesar...".
.
Misi keluar lagi.
Dan sakit lagi.
SS pujuk lagi.

kita dalam keadaan sihat dan memujuk orang sakit, mungkin begitulah....sabarlah...sabarlah.
:(.
kata kata tu sedang dihadap pun. sedang bersabarlah...makanya begini.
.
Tak payah cakap apa bang..panggil missi tadi, boleh..dalam keadaan tak mampu dah nak bercakap....
Dan I pun meneran sehabis baik, sambil mengiring kiri memengang pemegang besi. Tangan kanan yang tengah sakit sebab branula tu pun, jadi tidak terasa sakitnya da...sakit nak keluarkan satu nyawa ini lagi sakit dari segalanya.
.
Dapat rasa kepala baby dah keluar dan sangkut!..eh....
...push sikit lagi ni.!
.
Missi masuk, setelah dipanggil oleh SS, agaknya missi pun bengkek...asyik kena panggil...tak ready pun nak push tu... gitu..

bila nampak I mengiring ke kiri sambil pegang pemegang pagar katil...missi chek...eh
"Kepala dah nampak!"
"Menelentang dik...". m


.
SS pun suruh.
Bang...cik misi..sekarang kome patut tolak badan saya menelentang bukan bagi arahan!'..grrr. tak lulus jadi doula, member ni.

kalau kita mampu, tak payah arah arah ni..kita buat sendiri.
sekarang yang perlu action.
bantuin orang, bukan bagi arahan.
tapi depa mana tahu....tahu tahu mahu kita ikut,
tak terfikirkan nak tolak kan badan yang hampir habis nyawa ni.
.
Gigihkan menelentang dan ya...push sekali dengan teknik nafas panjang semampunya... tengok jam dah 2:09am
"Semangat dik...". Missi tadi ayat makin lunak. Terima kasih missi..

.
keluarlah ratu hati umy ni.
Misi satu datang injected untuk kecut rahim di paha kanan.
Dan tak sampai 1 minit..misi suruh selak baju. Mau skin to skin.
Misi angkat baby.
Ok girl.
Seperti yang diharapkan kakak dia.
.
Misi yang sejak tadi urus diri ini, tarik uri.
Dapat rasa masa keluarkan.
Ya.
.
Sakit belum berakhir.
.
sempat tanya,

Ada koyakan misi?
Perlu jahit?.
.
Misi belek.
"Ada koyak sikit...".
.
Perlu jahit?
.
Mestilah..nanti bleeding..atau kena jangkitan.- rileks missi jawab soalan di tengah malam hening ni.
.
"Cepat pula ya awak teran...". tak  pasti ni pujian atau missi sendiri terkejut sama..

.
Tak sangka..baru keluar dah teran. Gitu misi bernego..sebelum jahit...macam kulit kena siat. Ni skala 13 dari contraction...😥😥 tadi sakitnya....huwaaaaaa...
.
baby masih skin to skin.

tak  ingat lah kalau sempat i borak dengan baby ni .
sebelum misi letak baby dalam cot. Minta SS ambik wudhu. SS kata iqomat kan kalau girl.
Bukan azan kanan, iqomat kiri kah kalau girl?. Sempat I ingatkan.
Baru nak iqomat.
Baby diletak kat cot.
Hadap kiblat...SS azan atau iqomat..I lupa...dan tak mampu fikir. Azab kena jahit masa tu..

.
kutip di Muis.org.my 10 adab menyambut kelahiran bayi.
"Sejurus selepas kelahiran anak, si bapa atau walinya disunatkan untuk memperdengarkan bacaan azan di telinga kanan dan iqamat di telinga kiri anak. Ini berdasarkan sepotong hadith riwayat Abu Daud dan al-Tirmizi menyatakan yang nabi berbuat demikian ketika kelahiran al-Hasan bin Ali. Ada yang mengkritik hadis ini kerana statusnya dho’if.
Akan tetapi Ibn al-Qayyim tetap menggalakkannya kerana menurutnya biarlah si anak mendengar ucapan yang membesarkan Allah, syahadah, serta seruan ke arah solat dan kejayaan sebagai ayat-ayat pertama didengar di muka bumi ini."
.
Siap semua. I masih dijahit.. ya rabb sakitnya.
.
Siap semua. I menggeletar..gigi. kenapa gini?. Mau cakap kesejukan tidaklah pula. tapi gigi berbunyilah juga...tidaklah pernah pernah begini, kecuali menahan sejuk.
.
Patutlah kena ambik suntikan kancing gigi... :)
.
SS pun sleep. I suruh dia sleep dekat-dekat. Suruh dia tolak kerusi tu.
Sebab macam blur tahap zero I masa ni.
.
Sakit dan blurr. Risau juga I pengsan atau mati, tidak diperasan ni.
.
Sebab SS lama menunggu. I bagi selimut. Penat sangat tu..sampai terus tidur.
.
I tak boleh tidur pula.
.
Sempat SS cakap.
Dulu, I siap bersalin misi bagi ubat tido..emm.
.
Misi injected tadi, bawa penadol dan air. Tanya nak milo?.
Misi datang bawa air coklat.
I try habiskan secawan


.
Kelahiran #arbaa4 part5.
.
Lepas jak habiskan air coklat (terasa bukan milo, susu coklat rasanya). Nurse all pun keluar. Tinggallah I dan SS yang sleeping kepenatan. I dah gitau SS, kena balik pas Subuh nanti..sebab Sakina kena gi kelas pagi.
.
Wassap Sakina semalam lagi. Pesan dia..kalau SS pengsan. Naik Grab jak. Nanti kawtim.
.
Lepas jak tu. Ya rabb sakit gila macam contraction..malah lagi sakit. Walau dah telan 2 biji panadol.
.
Dalam jam 4 gitu..I kejut SS sebab nak gi toilet..kan tadi malam lagi nak membuang. Risau diri rebah jak. Walau rasa macam kuat juga.
.
Selepas berjaya tekan plush. Rasa I'm kuat la..banding beranak sebelum sebelum ni.
.
Pastu..dengar macam macam kat luar. Suara orang bagi sokongan. Ada 16 kot LR di hospital ni. Sebab I di LR no 16.hee.
.
Paling happy bila dengar suara baby. Berjaya!!.
.
Ajak juga mata tidur, sebab sejak stay sini..Isnin petang tidur memang out. Tapi tidak pula berjaya. Sakit oo..bahagian rahim. Yalah dari besar tetiba perlu kembali ke bentuk asal.
I pun tekan tekan perut yang keras tu....supaya darah yang kotor keluar banyak sikit. Dan sakit gila ni boleh cepat gone..
.
RENGAT. .rasanya inilah rengat, sakit sama sebijik macam contraction nak beranak juga ni.

.
SS kata dia nak balik kul 5am. Tapi macam penat tu.
Patut dah kena keluar. Lepas jak azan iqomat. Tapi sebab midnight kan. Lagi I need kawan. Jadi, I tidaklah kejut beliau. Kira rezeki ni, dia ada sebelum pun i push...dan sempat lagi teman sementara tiada siapa dalam bilik ni.
.
I pun pasang YouTube, cari suara ngaji. Sambil tekan tekan perut pelahan.
.
Masuk HO Chinese. I rasa bukan MO sebab pakai kot putih.
Dia nak chek tekanan darah..dan chek jahitan dan seluk. Huhuhu. Dia macam xselesa ada SS yang tidur situ. I bagitau..chek jak doc, saya ok.
.
Sambil ambik tekanan darah, dia mencangkung dan macam terlelap. Kesian jak tengok. Sempat tukar kain yang penuh darah kurang merah  tu...
.
Jam 5 lebih masih dalam LR dengar YouTube, sambil tekan perut pelan pelan. Tekan tempat keras tu.
.
Masuklah Missi.
.
SS pun dikejutkan. I suruh kembalikan kerusi tempat asal. Misi semacam tidak puas hati I tidak pakai selimut..SS yang pakai..hee saya yang bagi dia missi...bukan dia ambil.
.
SS bangun dan perlu keluar la sekarang. Gitau dia..kalau ngantuk..stop kereta. Tidurlah di masjid ka..petrol pump ka. Jangan paksa mata memandu. Biarlah jarak tinggal 1km ka...
Salaman dan baliklah.
.
Missi datang bawa katil bergerak. Yaa..dengan datangnya katil itu, kita akan dibawa ke wad la.
.
Lepas tukar katil. Missi tolak gi luarLR. Situ ruang macam lobby la, ada 3 katil da..semua muka muka kita kenal..sebab diorang sama sama berkampung kan.
.
Yang depan tu kenal..sebab dia sama kena induce. Alhamdulillah semua berjaya bersalin dan muka penuh dengan kepenatan yang tidak terbayang.



.
.
Kelahiran -part6. (ditulis 29/03/19).
.
sambil baring di katail situ....Tunggu dalam 30min++. Dengar jugalah azan Subuh yang jelas. Kan masjid besar jiran hospital ni.

Missi sebut nama I.. oh baby I dah  mari... dorang suruh bf kan. 
bila baby dah ada, Barulah dapat selpi yang tudung huru hara..asal pakai.
bangsa mommies menunggu untuk turn masuk wad dah ramai ni.
ada yang dah hilang tudung.
time sakit, jangankan fikir aurat dah. Fikir mati atau hidup tak lepas ni.
.

Time sakit mana fikir dah kan.
.
Sebelum SS pulang tadi misi dah gitau..SS dah booking untuk wad 1st class, tapi tak dapat. Sebab penuh. Yang available, wad 3class jak. Mana mau?. Kalau mau tunggu 1st class, kena tunggu diluar sini..kalau setuju yang available. Dorang hantar.
.
SS blur..dia mau tau kenapa penuh semua tu. Tapi I cakap, yang available jaklah.
.
Kebetulan LR no 16 ni depan sekali. Jadi potensi besar I dihantar pi wad awal.
.
Jam 6 gitu. Jalanlah...terus misi buka lampu. Baru perasan ruang situ suram jak..ada lampu terus meriah.
.
Sampai kaunter..misi tanya barang. Ya ada barang dalam beg kecil.
.
Misi tanya mana suami. suami saya dah balik cik.

Mungkin berat kan Mau ditolak.
.
Pula wad tu..di bangunan lama. Jauh jugalah menolak. Sado la 2 misi tu.
.
Jazakillah khair misi.
.
Sampai wad. Terus benderang dah..siang da.
I rehat dan baby letak cot.
Dalam kepala otak.nak mandi wiladah. Rasa macam gagah jugalah ni.
.
Lepas misi bagi taklimat pengenalan..mana tandas.mana ruangan kecemasan. I pun usaha berdiri
.
Depan tu, kawan yang bersalin semalam. Suara masing masing hilang..Jadi borak pun I buat dengar jak. Yang ingat, dia anak 1st. Dia minta gunting, sebab xtahan..dan jahit sampai belakang. Kuatnya dia..
Siap duduk bersila borak tu. Anak pula boy. Nak nyusu saja. Walau anak 1st, nampak cam pro dia BF kan anak.
Sebelah dia. Akak yang jumpa juga di sana tempat bersalin tu. Kakak tu belum due..warded sebab darah tinggi.
.
misi datang chek tekanan darah dan seluk lagi..😑.
Dorang mau pastikan rahim clear.Doc masuk,tanya boleh buka branula dikanan ni. Sebab kiri lebam dan sakit. Doc kata boleh,bila dia dah habis round.
Ok, doc.
.
Telefon dah kong.Tempat cas ditepi katil rosak. I pun cas pi depan. Rasa gagah jak ni berdiri. .
Lepas tu..pi lah mandi. Jalan pelan pelan dekat dinding..apa apa hal boleh berpaut..gitu.


.
Mata melilau tengok bilik lain..oh yang ni..ooh dia.. dah beranak..alhamdulillah. memang mulut semua positif. Senyum.

.

.
part7 (ditulis 30/03/19)
.
Sebelum masuk bilik air.
Sampai kaunter misi.tanya bilik air.minta bukakan branula. Lega....
.
Misi tunjuk Almari baju semua. Terus gigih la ambik baju dan kain.
.
Bilik air baru lah.
.
Dalam bilik.mandi. ada pesanan. Jangan berdiri lama. Jangan terus berdiri. Ada kerusi. Dan paling best air panas la.
Lepas jak mandi..berus gigi.
tukar baju..waaaaa.alhamdulillah. nikmat..nikmat. dari Isnin malam mau mandi...huhu
.
Rabu pagi dengan senyuman dan lega. Lagi rasa kuat. .dapat juga mandi sepuasnya.
Lupa..gi bilik air tadi. Terserempak Adik adik student kolej nurse.tanya doc pakar round pukul berapa.
.
Kira sempat siap mandi.
.
Balik jak. Terus rasa enak mau sleep..walau rasa sakit di bawah dan perut masih berlaku.
Sambung makan..mihun goreng kot..lupaaa sudaaa. Waktu makan pagi kan.
.
Yang ingat mandi lagi Zohor sebab panas. Kipas 1, katil ada 4 ni.
.
Asar a.long melawat. I sleep jak. korang boraklah ya..kalau terfikir nak sentuh baby, pastikan tangan tu dah dibasuh dengan sabun.
si no need pelawat. Tapi kome dah datang, takkan nak halau kan.
.
i gitau, nak sleep ya.
kadang kesian juga anak anak yang datang sekali melawat. Diorang boleh buat apa jak kan.
but, kita hargai masa yang kome hulur tu. Cuma nak borak tu, tiada lah ya.
Sebelum discharg, sempat mandi. Sebelum Maghrib keluar. 
boleh SS lupa parking dimana hee.
maghrib di masjid. SS singgah makan. Jam 10 sampai rumah. Terasa sakit di paha kanan. Xtau punca. maka.....era kurang rehat dan tidur pun bermulaaaaaa sudaaaah.
kalau masa preggy kita kuraang selesa nak tidur, susah nak rehat....masih ok, sebab masa tu, baby belum ada...kita hanya fikir diri sahaja...dah ada baby ni...penat camana pun, mata kena buka juga. Sakit macamana pun kena urus anak yang baru lahir tu.
Sebab itu, ramai dah punya kesedaran yang utamkan POST delivery dari bersalin.
sanggup keluarkan modal untuk proses pantang, bagi orang datang jaga, dari sediakan kos untuk bersalin.
ada sampai 40 hari dijaga bagai menatang minyak yang penuh oleh bidan terlatih. Kos RM3k yang biasa digunakan untuk bersalin, di alih kepada kos untuk urusan PANTANG.
.
Gambar: try wefie xberjaya. Tangan masih menggeletar di petang hari..pas bangun tido30/03/19
.
.