17 December 2016

muzium Toyota di Nagoya


ni dah hari kedua..
badan masih letih..otak masih blurr

teh hijau ni serius pahit.., teh hijau kita manis..siap campur susu :)
makanan itu dibawa dan dibeli oleh SS. Katanya dia hanya tahu, itu yang halal ...heee



bangun pagi, solat..nampak pemandangan luar hotel. masih terkejut juga tengok simpang jalan bersimpang siur.
lepas tu pagi makan makanan yang dibawa Huda.
Tanya Huda..Huda kata kita gi Masjid Nagoya.

chek out hotel.

aku ni imiginasi , masjid tu ala-ala masjid sini.
rupanya macam bangunan dalam lot kedai jak.
tapi tidak pi pun..nampak dari jalan jak.


...sebab tak tahu arah ke masjid.
cari kedai makan dulu...
sebab Huda ni kata rindu makan makanan Malaysia




depa google, dapat nama restoran Malaysia yang terdekat..parking bukan boleh main park jak kan...maka kita parking dideretan kedai makan itu.....parking bertingkat ala Jepun la namanya...kali

manusia yang kagum dengan cara parking itu...
gambar diluar kedai makan itu...


berteraburan gambar di kedai ni..sampai tidak tahu letak dimana.
maka, kita terus melompat kisah Muzium,
tempat yang dilawat selepas makan...

SS bijak sikit, dia dah diorintasi kan 3 hari sebelum tu..jadi dia sudah cari maklumat pasal tempat yang perlu dan sesuai untuk dilawat bersesuaian dengan minatnya.

#sentiasa cari maklumat tempat yang mahu dilawat.

daripada GPS, Encik Azhar - A(suami Huda yang sedang buat Phd di Jepun)pun bawalah kami yang tidak tahu sangat selok belok jalan di Nagoya ni. Waaa.
kadang GPS terputus...kata A, mungkin sebab ada gangguan dari kenderaan bawa tu.. subway !

akhirnya sampailah kami ke Muzium yang tidaklah gah di luarnya.
hee.
cuma banyak parking,
itu sesuatu yang jarang berlaku untuk bangunan di tengah bandaraya ini.

masuk jak...
aku rehat sekejap. Pasang carrier baby.

banyak kerusi di luar lobi tu..


terus nampak mesin gedabak ini dan tarikh hari itu...4/10/2014
mereka pun bergambar...hee...seronok orang belakang tuuu

sehinggalah mamat ini pun muncul dan menunjukkan kasutnya yang tercabut


mesin besar gedabak ini, ialah mesin benang ok...asal kapas dibuat benang, dari benang dibuat kain...lagu dari pepatah pun keluar.
jangan risau, boleh baca sendiri...kalau teror..boleh copy dan buat sendiri :)

lepas tu masuk lagi...dan jumpa pelan bangunan dikawasan muzium ini..
inilah rupa asal muzium ini sebelum dijadikan muzim..
rasanya, ini kilang kot dahulunya...itu yang tempatnya luas saja..
cuma ruangan untuk muzium itu tidaklah kesemua bangunan itu.


bagus betul..kalau teror kenji...


pelan ini termasuk perumahan pekerja..itu yang luas yang amattt

mereka pun memerah otak memikirkan kegilaan dan kemajuan yang dahulunya itu........Toyota....dari seketul kapas asalnya...




jalan sikit..nampak disebalik dinding ada pokok kapas ini..gigihlah kami mengambil gambar...hakikatnya..ini semua gambar yang dikutip oleh Huda..aku saspek..Huda ni sebenarnya blogger...
kami semua percaya, kedai kain NAGOYA ni..ada kaitan dengan bandaraya Nagoya JEPUN!
hehehe.
bermacam rupanya jenis kapas ni....
walaupun ini hanya replika...tetapi,sangat bermakna untuk kami yang buta maklumat tentang kepas-kapas ini. huh

Rasanya selepas kisah kapas-kapas ini..maka kita akan berjumpa dengan pintu masuk...pintu yang boleh dilalui jika punya tiket.
Tiketnya murah saja ya...jangan risau..dalam 300yen. Kalau tidak silap, kalau silap..sila google. hi


jika tadi, kita berkenalan dengan si kapas-kapas, 
maka seterusnya..kita berkenalan dengan mesin yang akan membuatkan si kapas menjadi benang..


berbagai jenis mesin sebenarnya....kami pun mengambil gambar tersebut

dan ya....inilah pengasas TOYOTA!..namanya Toyoda...
hemmm..gembira betul manusia itu bergambar bersama 

dan..Fath sudah memikir akan aktiviti yang boleh dilakukan disebalik kesibukan ibu bapany belajar dan memahami kapas-kapas, benang-benang dan mesin-mesin benang,
ya Fath juga sedar...Encik Toyoda ada disitu!



dibahagian ini, memang banyak mesin ya...rasanya berpuluh juga...

inilah kaas-kapas yang telah dikumpulkan...wah-wah,,,putih bagikan emmm...awann

dan..eh..Marilah bergambar...Walau stress dengan research...kalau bercuti kena lupakan itu

bukan budak saja yang gembira..kami pun!

ini style lama kot kan....macam kita..masih guna juga kaedah ini..biasa kalau guna kaedah lama ni, harga boleh tahan juga

jangan risau, budak lasak yang masih faham dilarang, digalakkan masuk sini...

ya...ada demontrasi juga oleh staff situ

demo pasal kapas dibuat benang.

kusyuk mereka...

ini pun demo..mesin disitu bukan pameran semata, tapi masih digunakan jugaaa

mereka mencuba memahami

dan berani untuk menyentuh, walau ada amaran disitu!

"eh dia pun nak beropersi ya"...kata hari Fath melihat gelagat kanak-kanak nihon yang lainnya.


hemmm...apakah kegunaan dan bagaimana mesin ini berfungsi??..Fath cuba diam berfikir,

ini kot, alat yang menjadikan mesin boleh berfungsi...entahlah...aku pun terlupa sudah




antara mesin yang awal....





benang-benang yang terhasil akhirnya,
memamng sesetengah mesin masih berguna ya..dan benang itu dibuat disitu juga yaa...bagus kan mereka...muzium yang masih menghasilkan produk!

aku saspek, SS yang ambil gambar ini, sebab punya detail gambar itu...


termasuk gambar sendiri...wah wah
ini antara produk awal Toyota...seketul kerusi...yeee..


mereka pun mengimbas kembali, tesis SS degree dulu..berkenaan kerusi...mujur, A bukan jenis membahan sangat, hee

produk adalalah pintu akhir untuk bahagian kapas dan benang,
ada satu mesin tu, kita boleh ambil gambar..dan mesin itu akan jahitkan gambar itu...
memang sama seperti dalam gambar.
entah dimana letaknya gambar mesin itu,,,akupun silap, tertangguh masukkan blog, jadinya kehilangan la...
dan sebab kami fikir budget..kami pun tidak lah terfikir mahu mencuba mesin itu..huwaaa.
rasa menyesal pula...

#abadikan gambar dan dibuat benang di muzium ini!
serius susah mau cari oooh...



masuk ruangan lain...kami follow jak...kaum lelaki yang baca browser yang dibekalkan itu.

bahagian ini, bahagian operasi mesin juga,.

Ss memang semangat bab ini

mereka berehat sebentar




punya bersungguh dia ok

siap staf itu buat demo,
kami masuk ke bahagian lain...
boleh sahaja mahu lompat-lompat bahagian ni..
tapi, kalau mahu lebih tahu..baik ikut arahan browser itu


pembahagian kawasan ni, adalah benda yang dipamerkan...kami tidak tengok lebih-lebih, sebab mula sedar tentang masa.

Fath memang suka benda ini....

jauh juga menapak ke bahagian lain itu, rasanya ini kilang lah...aku kurang periksa pula

kami ke bahagian ini!

bermula dari sini....

ya..Toyota mula dengan tenaga manusia secara lanngsung!.




besi dibengkokkan setelah dipanaskan...gamaknya ini sebab diorang sibuk masuk negara orang dulu..mahu ambil hasil bumi...


ya..ini replika kereta...kereta bermula dengan kayu ok...

perlahan dibuat dari besi keluli..3 mamat ini sangat khusyuk melihat kereta itu..rasanya kalau tiada pagar, mereka pun melompat dan memegang steering la..



ini antara produk awal kereta mereka....setelah mereka pandai membengkokkan besi....dan lulus membuat kerusi dari kapas yang bermacam jeni itu!

ya betul...inilah model pertama kereta Toyota!. Umair...awak lambat, gamabr hanya separuh yang masuk

Fath melihat bayangan.....seseorang ya....siapa ya

ya..bayangan tadi adalah Toyoda....beliau tidaklah tinggi manapun, tapi usaha beliau yang bermula dengan kapas tadi...menjadikan beliau dikenali...dan Toyota adalah hasil negara mereka...hemmm...lelaki itu, memang teruja berjumpa dengan 'Toyoda' itu....

cuba memahami cerita kehidupan 'Toyoda'.

dan..pelancaran keretaa Toyota merekaaa....


cerita Muzium Toyota hampir tamat..
bersambung lagi,,


No comments:

MASTER Pendidikan Awal Kanak-Kanak

salam. ramai tanya, camana eh nak sambung belajar dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak? soalan kan, nampak mudah. ok, saya share pengalam...