15 August 2016

bawa Parents Menginap Di Hotel

Cerita ni 2015, lama sudah rupanya. Lama memerap di draf..Tulislah untuk ingatan anak, apa aktiviti masa dia kanak-kanak dulu..heheh

beliau datang untuk jalan-jalan rasanya..

hari sebelum, iaitu hari Selasa kami pi tengok padi

jadi Rabu stay saja di rumah saja la

bapak di sound-sound..rutin hiduplah tuu.
sebab sejak datang sini
dia banyak stay dan sibuk solat zikir dan tido
perempuan la kan...jenis pot-pet kan

jadi bapa mengalah..haha kesian betul jadi manusia suka kena pot pet ni...
keluarlah dia potong rumput dihujung simen tu..ala rumput pendek saja pun.

aku gitau..nanti SS boleh jak potong guna mesin

tapi dia berkeras

pagi tu aku goreng mee.
buat kue 'beppa cella' kurang bahan...guna tepung pulut +gandum+ tepung beras..lepas tu kasi gula. guna gula perang+sikit air+minyak

lepas makan semua tu
ai buat la kerja lain pula... sikit sajalah



.

pagi tu bangun awal

awai pun, geraknya lambat juga..tu pun sebab SS kerja..dapatlah gerak cepat

SS hantar gi Stesen Bas,
Lepas tu dia pi kerja.
kami menunggu bas.
bas akan terus sampai kota raya.

sampai sahaja.... konduktor bas suruh turun..

hah.. walaupun ini kawasan KL City, tapi tempat tu saya nggak tau pak!.

punya la jauh...terpaksalah kami merondaaa..
mama lagi tengah sakit lutut, sungguh kasihan.

aku kiri kanan ada barang, pegang Waafa.

sampailah juga di Hentian Pudu.
sekarang nama dah english style.
Pudu Central!

sebelum sampai dah call pun. Bangunan hotel dalam Hentian Pudu.
Beli lauk dulu..ditepi jalan tu sahaja.
Lepas tu..
Lepak kawasan menunggu situ...sebab tunggu adik sampai rasanya.
lupa udah guee.

lepas tu barulah naik, chek in. dan sebab dah booking..ingatkan tiada charge tambahan...rupanya ada  :(

sangatlah kecewa...

sebabnya..SS kata di Jeju..booking.com juga. Masuk jak, tiada pun charge tambahan.

maka, selepas ini, #sebelum bayar..baik call direct ke hotel dan tanya jika ada bayaran tambahan. Risau jika uangnya nggak cukup.

kelebihan hotel ni, jika bilik berhadapan dengan KL Tower atau laluan LRT..
hehe. Untuk orang yang mau jalan-jalan KL...sangat bagus ni.

masuk bilik. Makan.. dan rehat..solat.
Pai sempat cari lauk dibawah...kawasan food corner rasanya.

lepas asar, keluar ke sekitar Pudu...ada Mydin Mall ok.

cuci mata saja. Bawa mak bapa ni..

depan Mydin ni...hentian bas untuk kawasan Kajang dan sewaktu dengannya. Kira memang port terbaik untuk marhaen ni shopping dan naik bas.

sempatlah skirt tersangkut di eskelator Mydin...sabar jaklah labu.
lepas kejadian itu...memang terus prihatin kalau naik tangga tuuu.

yang best Mydin ni...sudah tentu makanan dia...harga lebih rendah ok.
yang lain...sama jak dekat mana-mana kedai..hehe.
sebab niat mau belikan Fath seluar...tapi harga agak ndak masuk jiwaku.

cakap tu...
padahal...nggak cukup ongkos.


Tambah kapsyen

sambil tengok adikku jadi tukang bayar..ambik kesempatan tengok cermin merekaa...

Lepas tu kalut mau solat magrib.
Pai kata ada surau di bangunan sebelah..
berkejarlah kamii..

ada di tingkat 1 atau 2..
kena naik lif lah.

boleh jak balik hotel, tapi ambil masa pula kan.

lepas solat...sempat jalan-jalan dalam Pudu Central la..ada kedai 1Malaysia kan...mamaq pula mau cari kain juga..di Mydin kain ndak best.

sekali kedai tutup.

sempat beli aiskrim..Pai lah yang beriya mau beli.
aku sudah pernah merasa sengsara menghabiskan ais krim murah ni..hahah
memang sengsara..

baik beli yang sesuai di tekak...jangan hanya fikir harga.
sebab kita makan ais krim bukan hari-hari pun..
gituuuu konsepnya.

dan memang sengsara pun mau habiskan.
lagi di hotel, mana ada peti ais tu..


sabar jaklah.

tapi, nampak lah...diorang punya wajah tu..

lepas makan...semua berehatlah.

lupa pula, makan apa malam tu, selain ais krim...

yang pasti, sebelah siang saya ajak Pai tidur bilik kami yang aircond tidak boleh adjust.

ada 2 katil single kan.


cuma Pai kata dia nak balik rumah sewa dia yang malam tu.

bab sabun dan 3 in 1 tu..
mamaq ni...sayang sungguh.
pakai 1 sahaja.
yang lain tapau.

hahah.

tapau tu..conform tidak pakai pun nanti.
itu perangai aku lah juga.


sayang la tu..

tapi kasi chance la.

aku sekarang dah kurang amalkan 'tapau' kalau sabun kecil tu..
sebab biasa digunakan cuci Clot Diapers Fath Wafa...

malam tu, SS datang..dia habis kerja kan..
#Parking Pun ada disediakan

Bangun pagi, dia tidak sempat sarapan.
Dia pun ntah muak dah dengan menu tipikal hotel...hahaha.

ndaklah...dia kasi Papai makan.

kan makan untuk 4 orang sahaja.

bangun awal..
lepas solat terus mandi...ada air panas kan.

bapa mengigil jak..rupanya diorang ndak guna air panas...
addeh...

lepas ajar...baru pakai.
Bilik diorang aircond ndak rasa.
geram juga.

bilik kami berhadapan diorang ni ..terlebih sejuk pula...

tapi, mamaq cakap dia ndak boleh sejuk-sejuk ni...
jadi, kita biar jaklah.






makanan breakfast hotel kan memang menu sama jak pun dimana-mana hotel.. beliau ni mana biasa makan banyak jenis pagi-pagi begini. punya penuh diorang isi piring..comel jak
lepak lama-lama di cafe tu.
Papai ntah dimana masa ni...sama ada pi kelas.. atau masih tidur.
sebab mamaq cakap malam tu, dia ndak balik pun...sibuk buat kerja la..sampai tidur pun lewat.



lepas lama-lama dan makan-makan di situ...marilah kita pi bilik air...mau ambil gambar bertiga kena harap ada cermin..
comel pula rambut Waafa zaman ini...



balik bilik sekejap.
tanya mamaq kalau mau pi lobby.
hotel 2-3 bintang ni..memang pilihan orang berkursus, kebetulan hari sama ada jak rombongan sedang berkursus.

lepak-lepak di lobby.
biar mamaq dan bapa tengok suasana.
mau ke hotel banyak bintang...kena tunggu waktu lain..

insya Allah.


Pai cakap ada bas free untuk round KL.
tapi masa ni ndak fikir pula mau round KL.

mungkin lepas ni, kena manfaatkan perasaan jadi 'pelancong' di KL ni..

hehe.

Bas Hip Hop namanya rupanya..
atau ada bas lain ..nanti kita servay.

#bas free Kuala Lumpur yang lalu Pudu Central ni
1. GoKL
2. KL Hop-On-Hop Bus- rasanya kena bayar, tapi sangat berbaloi kalau naik pun.

sebab tidak kemana pun...lagi fikir kaki mamaq tengah sakit tu..


Diorang merasa mesin ni jaklah...heheh



pemandangan dari bilik sebelah kami..


kesukaan Fath ni...ada tv dan ada kartun

pemandangan di sebelah mamaq & bapa
ceritanya..masa book di Booking.Com kita minta bilik paling tinggi.
sebenarnya, kalau kita call awal...kita boleh dapat.
sebab hal bilik ni..atas budi bicara.
kebetulan pula hari kejadian ada kursus dari badan kerajaan rasanya.. jadi bilik bahagian atas tu diorang 'punya'.

sebab tidak pernah berurusan di kaunter ..jadi kita pilih tingkat yang ada saja.
kalau saya, memang ndak kisah...sebab niat mau tidur jak.

tapi sebab mak bapa kan..

jadi kecewa jugalah sedikit bab ni..


lepas chek out.
jalan jauh lagi untuk ke Masjid Jamek.
sempat pula beli beg luggage yang masih digunakan sampai sekarang.
kalau duit lebih...memang minta mak beli...senang dia mau isi barang kalau naik flight.
sebab dekat situ, beg luggage memang murah-murah, kita minta diskaun lagi.
tapi laluan tu, macam terasa berada di India atau Bangla...
sebab hampir semua yang kita terserempak.. bangsa diorang la.


lupa pula apa nama jalan. Yang pasti bukan Petaling Street.
peniaga pun rasanya India belaka..

yang pastinya..untuk beli beg luggage tiada jenama...
ada jak bawa 100 di kawasan KL city tu..

dari sekitar pudu ke Masjid Jamek tu. kena rujuk peta.

lepas ni..kalau ke KL City kena rujuk google maps!.

biar tahu hala tuju.

dah banyak perubahan pun kawasan situ.




naik LRT ke KL Sentral...tapi ke Kampung Baru dulu..sebab Pai ada barangan mau dikirim atau barangan untuk beliau..lupa sudah...Fath tu berpeluh sebab jalan kaki di tengah hari.hee



tu sajalah kisanya.
lepas dari KL kita pi rumah Serdang pula. 

No comments:

MASTER Pendidikan Awal Kanak-Kanak

salam. ramai tanya, camana eh nak sambung belajar dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak? soalan kan, nampak mudah. ok, saya share pengalam...