10 January 2016

sebelum dan bertolak ke Surabaya



sehari sebelum ke Surabaya, hantar Nurul &Ira balik Serdang.
jalan kaki sahaja dari rumah ke Hentian bas.
jauh juga,
pula tengah hari.

pi jugalah, kalau tunggu redup, petang pula..nanti berebut dengan orang balik kerja.

jalan kaki tengah hari. masing-masing bawa payung.
mula-mula Waafa jalan kaki, tapi asyik serong jak jalan,
kita masukkan dalam baby carrier.

singgah beli kuih.

sampai hentian bas,
bas ke KL katanya tiada..ramai menunggu sejak tadi
sejam jugalah menunggu.
pukul 6 begitu barulah ada bas.

sampai dekat stesen dah nak meghrib.
solat di surau.
memang terbayang dah, kena stay lah rumah santi kalau begini..lambat sangatt.
cadangannya cuma hantar Nurul ke KTM, atau gi sekejap jumpa Amanda tu dan balik...

ndakpalah
dan naiklah keretapi




happy sebab tidak ramai orang.

lalu KL Sentral, makin ramai orang naik.
tadinya ambil 3 kerusi, kini kita guna 1 1/2 sahaja.

sekali turun Serdang, baby carrier tertinggal.
huhu.
rasa mau nangis.
lalainya diriku yang hina ini..

biasa turun akan tengok-tengok kalau ada barang tinggal.
kali ini tidak,


sob-sob-syobbbbb.*tarik mukuss sekali

naik bas ke rumah santi,
singgah beli barang untuk dinner malam.
masak. makan. tido.
bunyi macam mudah...tapi budak 2 ni mana mau tidur.
Ira kasi tengok apa ntah cerita kartun.
boleh...sensorang Fath tengok..yang lain ketiduran.

Itupun Ira sendiri jaga dan off laptop.
umy kasi chance Fath..

....

esok pagi, nak balik awal.
sekali hujan. Tunggu-tunggu...macam hujan tidak stop ni..

kita harung sajalah...
sebab bawa payung... Fath Waafa ni, senanglah ada payung.
tapi aku pula tiada payung.
pinjam payung Santi.

ke bus stop tunggu bas.
#sediakan kepeluan wajib anak-pampes, kasut yang ringan (tiada masalah dengan air). 

lepas tu singgah beli pampes dan selipar untuk Waafa, ble pulak yang selipar Waafa semalam jatuh masa jalan kaki tu......semua buat stok ke Surabaya.
masa tu juga Fath nak kencing.
addeh.

jalan la cari kedai mamak.
sambil dukung Fath, bawa pampes, bawa beg pegang Fath..
penuh tangan.
kalau Waafa boleh sangkut di telinga, aku sangkut jak.
letih mengendong.

mamak tu kasi juga pakai bilik air.

lepas semua selesai...

ke kaunter beli tiket, tanya staf KTM kalau boleh dapatkan barang tertinggal...staf macam tak tahu...
huhu la kita..

singgah KL Sentral, sebab nak try cari lost and found..kot boleh dapatkan baby carrier yang tertinggal kelmarin.
dan nak beli beg luggage juga.
selipar untuk Waafa sekali.

pi kaunter, kaunter suruh pi pejabat dekat surau KL Sentral.
staff di pejabat kira membantu, siap call ktm Seremban or KTM sg Gadong...apa ntah nama hentian terakhir tu.

tapi, tak tiadalah kan...
anggaplah orang ambil, orang yang lebih memerlukan.

kecewa juga, sebab perlu pakai ke Surabaya nya pun...
naik gunung Bromo lagi...

huhu..huhu..rasa careless yang melampau, mau marah dekat diri...marahhh.
tapi marah pun dapat apa kan...baik

istighfar...

anggap rezeki untuk orang lebih memerlukan.
sekarang dah ok.
insyaAllah kita beli yang original nanti..sempat kita pujuk diri begini..
hahah.


pi ambil duit ATM untuk beli beg dan selipar.
sambil tunggu turn di depan ATM yang panjang beratur tu
budak dua ni, boleh bersilat..siap baring-baring dekat lantai..
biarkan jaklah.
sampai Fath over..
dia apa ntah buat, sampai Waafa nangis...
barulah ambil Waafa.


siap urusan,

cari-cari kedai...jauh juga menapak dalam situ

non hado.

tangan dah letih dukung Waafa.

baru terfikir, kan ada kedai booth dekat tingkat atas.

terus naik tangga bergerak.

syukur dapat saiz Waafa, tadi jumpa gak..tapi saiz abam.. Harga pula RM20..yang ni RM10.

dah beli, Fath pula nak sama...

beli lah juga...melayang RM20. Tapi senyum sebab, kalau tadi mungkin dapat 1, tapi kali ini dapat 2.

ada gak jual beg.
cuma jenis plastik tu..
yang jenis kain, roda pula 2 sahaja.

hemmm.
fikir-fikir...

nantilah singgah Sogo.

selepas solat zohor naiklah KTM.

sekali nyesal, sebab dekat Sogo yang jenis roda 4 . kain tidak tebal macam SS punya. Harga mahal sikit.

kecewa sungguh.

tak beli, nak pakai sangat.

beli...mahal.

beli la juga, tayar 2 sahaja. Tapi kain ok sikit dari pilihan fisrt. yang first tu jenis besar...rasanya saiz 21cm kot.

bila fikir balik sekarang,
rasa baik beli yang first.

dilema betul.

hahah.

balik, berpeluh-peluh ok ke Sogo dengan dua budak ni. Syukurlah tiada drama air mata.

nak beli tiket KTM balik tu, barulah Waafa tunjuk kuasa ngantuknya.

huhu.

syukurlah.

Fath masih sihat..sebab seronok main dari KL Sentral, Sogo...seronok dia usik barang.


sampai KTM SB, hujan lagi..nak bawa beg..nak kejar bas.

naik tangga jejantas, bas pun jalan....

kecewa lagi...

menunggulah bas seterusnya.

masalahnya bas next ni, mesti ramai penumpang...sebab orang balik kerja kan...

dapat duduk bas...rasa syukur amat.
letih tadi hilang.
Walaupun Fath ngantuk, tapi dia behave jak..cuma sesekali kaki dia terkena kaki orang sebelah..
orang sebelah lelaki pakaian formal...40-an kot.
huhu.

ada orang offer kerusi, tapi Fath tak nak duduk sorang situ.
orang sebelah pula buat takda perasaan. Sibuk dengan hp. Mungkin nilah masa nak belek hp, tadi kerja kan..

maka bersempitlah.
bas pun macam sardin sudah.

sampailah depan tu kosong. Nak duduk depan tu. Fath nangis..
barulah pacik sebelah tu nak pindah.

syukur alhamdulillah.

dua kerusi,
Fath pun boleh tidur aman.

sampai hentian, ada teksi.
alahai Proton Saga la.
naik jaklah, mau maghrib kan.

hujan masih lagi.

bila selamat sampai rumah. Syukur teramat...

fikir nak kemas barang.
baru wassap SS.
SS pun risau, aku ceritakanlah camana semua.
Dia pun tengah huhu kat Bogor sana, sebab nak ke Bandung cari hotel semua penuh.
alhamdulillah ada juga orang keluar hotel. Adalah bilik kosong untuk dia..hotel mahal tuuu...bila lagi nak merasa kan...

suruh dia kejutkan pagi nanti.
kemas barang dah selesai.
Gigi pula rasa ngilu.
risau juga sakit gigi nanti.
sekali rupanya ada sisi makanan dekat gigi tu.hemmm

bila keluarkan...terus reda
lega
syukur lagi, maha suci Allah yang banyak memudahkan urusan.



...
anak ni pula cergas...
kita nak tidur, sebab esok kena bangun awal.
#tidur awal

pukul 1.30 begitu.
tidur.
kunci alarm.
rupanya setting bunyi slow #setting Volume Alarm Lounder

ntah camana jam tu, sedar-sedar dah patah. Dahlah jam kesayangan SS...sabar jaklah...

kena kumpul pukul 3.30pagi.
sekali pukul 3.45 ketua call.

addeh. kalam kabutlah bangkit.
pakai baju dan kejutkan anak.
dalam 4.00 dah kunci semua pintu dan pagar.

Waafa berdukung,
Tarik beg,
Fath masih mengantuk.
tapi masih ok. Tidak nangis.

Orang dah berkumpul.
Tinggal kita jak ni abam...

Fath mula nangis. Tidur terganggu kan.
mungkin sebab tengok ramai orang atau apa kan...

tunggu-tunggu. #kawal Emosi Sendiri Bila Anak Nangis-Pujuk,hug,sapu belakang

Rupanya tunggu 1 kereta.
itulah penyelamat.
kira kita tidak terlalu lambatlah..

bila dah cukup.
pembahagian orang.
Perempuan naik van,
lelaki naik Velfire.

bila naik bas, Fath masih nangis.
Tapi bila dapat tido di kerusi...aman sikit.

sampai ke KLIA 2, orang kata terus chek in.
cari kaunter untuk orang bawa anak...non hado.

pi lah berbaris,
group kata, tak payah baris.sebab dah chek in online.

maka singgah beli roti dan air sebelum masuk dalam.
ada coklat, ingat promosi..
rupanya tak...
nangis Fath nak coklat tuuu.

kita simpan...
nanti beli.

bila dah masuk...kena jalan kaki...
bawa Fath, bawa beg..

kawan-kawan abi banyak bantu bawakan beg.
segan juga.

tapi diorang nak bantu kan.

masuk dalam...orang singgah solat Subuh. #solat dalam kawasan Pelepasan
Fath dan ok. sebab makan roti dan susu kotak. #sediakan makanan yang disukai,sihat, mengenyangkan

teruskan jalan.


gembira budak dua ni..Passport pun masing-masing nak pegang. #awasi Passport Sentiasa

Orang lain tegur, suruh simpan passport.
tapi aku faham sangat diorang ni,
takkan mahu punya.

pelan-pelan kita cakap.
Fath Waafa passport umy pegang ya...nanti dah di chek, abam boleh pegang.

#pilih duduk di prioty seat. Dapat masuk awal sikit katanya...
padahal bila beratur...semua nak di depan...

bolehlah...antara awal masuk pesawat..


dapat kerusi jauh-jauh..2 disini..1 disana...terus minta ubah...orang sebelah. Rezeki  dapat tidak cerewet.



dalam perjalanan, order dua nasi lemak...dan air mineral..RM16 satu set kombo.
bagi Fath makan,
umy kongsi dengan Waafa.

tapi Waafa sudah tidur.

#kalau lapar, beli sahaja, jangan fikir lama

cantik jak view dari udara...sebab padi tu lah...



aku tunggu kalau borang pengesahan imigresen dibagi...non hado.
turun dari kapal dan masuk imigrasi baru semua kalam kabut isi borang pengesahan

#Air Asia, kena sediakan borang tu..biar boleh diisi time dalam flight.

jauh juga jalan kaki...keluar dari airport.
keluar-keluar...
tengok ramai orang menanti kesayangan masing-masing. Normal la begitu kalau di airport.

cari SS.
eh...abi usha-usha Abam la..
abam tidak perasan.

rindu la tu...3 hari kena tinggal.

lepas tu....Waafa kata dia poo poo. #chek pampes anak dulu
bawalah ke tandas yang jauh tu.
sekali bila buka pampes, dia kencing saja....laaa

Fath pakai pampes juga...
lepas Waafa, Fath pula...
rezeki abi lah.

tunggu bas dekat luar memang panas.
bahagian dalam sejuk sikit..ada aircond
tapi mau masuk kena scan barang semua...

mungkin banyak kes bom-bom kot...

jadi menunggulah di luar..

tunggu mini bas, dan kereta MPV Toyota  tu lah..

kami naik mini bas...dapat 2 seat.


bersambung....