16 November 2015

Aktiviti Menggunting Untuk Kanak-Kanak


menggunting memerlukan fokus, tangan dan mata.

sediakan bahan-bahan yang perlu  untuk aktiviti ini

1.GUNTING

seawal 2 tahun boleh dibiasakan pegang gunting. Cari gunting yang sesuai untuk kanak-kanak , tidak bahaya. bucu tidak tajam.
aktiviti ini patut dalam kawalan penjaga.


contoh gunting selamat..dan sesuai untuk ibu jari dan jari telunjuk kanak-kanak
kredit

2. GAM
cari gam yang mudah di urus.
leceh kanak-kanak guna gam yang cecair :)

kredit

3. WORKSHEET SCISSORS!
untuk permulaan, biasakan tangan dengan gunting. Bagi kertas yang terbuang untuk digunting, biar tangan terbiasa menggunting.

selepas sudah terbiasa.
boleh cari di internet. Jika mahu mudah dan senang.
tapi perlu ada 4. PRINTER!

a. Aktitiviti mewarna, menggunting dan menghias TOPI- boleh print dari sini
sebenarnya, ini aktiviti untuk kanak-kanak yang sudah biasa menggunting, kerana objek ini terlalu kecil untuk kanak-kanak seawal usia.

b. kita boleh mulakan dengan menggunting garisan dot-dot yang diwarnakan kemudian di gunting lurus- boleh print dari sini

- berikan 2-3 kertas untuk digunting

c. kerja seperti ikan ini sangat seronok, kerana ikan yang digunting , akan berenang di dalam akuarium.
- ikan emas

d. gunakan kertas yang besar !
- bila besar senang lah yang baru berjinak ni buat aktiviti
kredit


selamat mencuba.


abam dan WN seronok sangat main kaler-kaler ni kalau aku ikut sekali, kalau tidak. Asal ada jak yang diwarnanya.

"bukan soal berapa harga dan berapa banyak bahan mainan, bahan pendidikan yang kita mampu bagi..tapi sebenarnya, seberapa sedia kita join sama aktiviti ini"- (Majita, 2015)

abam dapat tahu kita nak menggunting, kalam kabut dia mewarna 1 warna untuk semua. Lepas tu bila kertas kedua, dia dah pandai guna lebih dari 1 warna

Sebab Umy baru kasi peluang, Waafa tukang lekat..yang mewarna, menggunting semua umy buatkan..huh

Hasil tangan umy..tanya Fath berapa ikan?. 5!. ya bagus. Tapi dia punya hasil kerja masih pra-scissor jadi kita tidak ambil gambar..hee, Lepas ni la ya.


jadikan aktiviti menggunting ni sebagai aktiviti mingguan.
InsyaAllah nanti kita asah bakat lagi.
Tidak sampai sejam pun aktiviti ni dibuat.

maklumlah budak kan cepat penat. Aku pun lebih dulu boring sebenarnya :)