10 May 2014

Sasaran Kena Ada


semalam aku ke Bicara Selebritisss.

Aku bukan minat Bob Lokman. Tapi aku cuma mau support.

tapi samalam beliau ada bincang sikit pasal lagu yang melodi sedap. Pasal lagu Keroncong Untuk Ana by M.Nasir tu.
kata beliau teruklah lagu tu, fokus untuk ana jak..jadi gadis lain?.

part tu aku seronok dengar. Sebab kita ni mana suka benda-benda begitu.
satu lagi, nampak lah yang Bro Bob Lokman ni memang berjiwa seni.

sayang sekali, dia stop masuk dalam LADANG SENI.
buang cangkul, buang tombak,buang biji benih,
masuk LADANG CERAMAH.
yela..bukan dia mau pun, tapi PEKERJA-PEKERJA LADANG CERAMAH yang mahu.
dia meriahkan saja permintaan itu.

macam Mel Wings pun. Suara masih sedap.
aku ni bukan tau sangat penyanyi rock ni.
tau pun nasib-nasib . Sama ada dengan dari radio. Tengok di TV atau baca surat khabar lama.

Semalam Mel nanyi lagu 'Aku Menulis Bukan Kerana Nama'.
Touching sikit hati ambo..miahaha.

sayang sehh..diorang ni suara sedapppp.

tapi..sebab keadaan ladang seni yang serabut, banyak maksiat *maybe la
diorang pindah arah lain.
tapi Mel samalam tidaklah berceramah..dia just jawab soalan jak.

Fath ni memang semangat dn fokus kalau orang bercakap pegang Mic..aku suspek dia ni ada potensi bab tu
mantap lagi suaranya

Bob Lokman jelah yang banyak cakap. Sikit ada bunyi macam penceramah. Walaupun ada masa dia cakap, maksud lebih kurang  "aku ni tiada ilmu agama".

orang jahil boleh balas;
"dah ko tiada ilmu agama, aku sound ko bajet berilmu..ko marah tak??"

sangat tidak berharap mereka ni jadi penceramah. Setakat kongsi tiada masalah.
tapi seperti ayat tadi, orang yang minta.


PEKERJA-PEKERJA LADANG CERAMAH ni bukan bermasalah. Niat mereka mau ajak orang buat baik.
dan kerja tu bukan senang. Sebab kerja tu hasil bukan sekarang. Kadang 20 tahun akan datang baru nampak.
ada tu mungkin di akhirat baru nampak.

senang meh.. ajak orang buat kebaikan, ajak cinta Tuhan, sukai undang-undang Tuhan?.

kadang buat program 'hampeh' jak hasil. Penonton datang pun beberapa kerat.
Padahal  3 bulan sebelum tu kejanya meeting..meeting utnuk program tu. Hasilnya masih 'hampeh'.

lagi malang, kalau diri kita pun hampeh. Tiada penambah baikan. Orang pun macam 'ek ele..ek ele..bajet alim..bajet baik'.

bila dah macam tu.
tiada pilihan lain, melainkan kena belajar fokus. Fokus sasaran!

macam makcik jual goreng pisang. Fokus dia pencinta 'sanggar'. Bukan fokus pencinta Wastern Food.
bila fokus ada, goreng pisang rangup..cicah pula dengan sos berkrim power. OMG lazatnya!!.

Pencinta Wastern Food kutuk hina caci maki..tadak hal pun. Boleh jak teguh dan padu bersama goreng pisang..huehue.

*sekian, dari insan yang sering lari fokus.



Mel tu bagi hadiah dekat Fath RM5..mungkin sebab fokus masa Mel nanyi dekat pentas


SS tetiba semangat minta ambik gambar. aku pula malu-malu mau ambikkan :)



sedikit Desset untuk para penggerak-penggerak kebaikan:

"Dan (ingatlah) ketika suatu umat di antara mereka berkata,
"Mengapa kamu menasihati kaum yang akan dibinasakann atau diazab ALLAH dengan azab yang sangat keras?" Mereka menjawab, "Agar kami mempunyai alasan (lepas tanggungjawab) kepada Tuhanmu, dan agar mereka bertakwa."
[Al-A'raf, 7:164]