21 February 2014

nasihat yang kurang tepat


saya mungkin lahir dari suasana yang lain.Sedikit juga mempengaruhi cara saya membesarkan anak.

jagoan kami makan buah dan campak-campak kulit buah bersama isinya diseluruh rumah.
buah itu manis, manis bermakna kesukaan sang semut.
ketika saya pon tidak sihat, dia pula dengan bangga begitu.

saya hanya makhluk Allah yang ada marah,ada bengang.Tidak salah pun saya bengang dan marah.
cuma saya kerap ya meninggikan suaraaaa.
dan paling bengang bila Sang S kata "its budak kecil maa".

nasihat tu betul sangat.
cuma tempat letaknya salah.
ini hanya sebuah contoh. Tiada tujuan memperlekeh atau mengolok-olok pung.

bayangkan ketika menjerit-jerit dan si kawan kata "tak baik marah-marah, berdosa!".
betapa bijaknya kan.
sapu-sapu belakang lagi berkesan. Terus turun tahap darah amarah tu :)

atau bayangkan..
Sang S memandu, dihadapannya ada sebuah lori yang lebih muatan.
dan ketika line clear, Sang S pun mahu memotonglah si lori itu.
Tetapi tiba-tiba dibelakang kereta besar ..4x4D misalnya, juga memotong tanpa memasang lampu signal.
hampir terbabas ya...
dan Sang S menyumpah seranah si 4x4D tu..sebab memandu dan memotong dengan cara yang membahayakan orang lain.
kenapa tidaknya didalam kereta ini ada dua orang baby dan..silap sikit ohh.

tiba-tiba, saya kata "4x4D tu tak sengaja, rileks sudahlah..kita pun selamat kan".
agaknya, si Sang S boleh diam dan normal..atau silap haribulan saya pun kena sumpah seranah?.

disini yang cuba saya bawakan ialah, bukan masalah Sang S dan saya sahaja..atau pemandu di jalanan. Tapi kitalah sebagai manusia, EMPATI sangatlah penting. Memberi nasihat biarlah ketika waktu yang tepat.

baik mana pun niat dan caranya, tapi kalau tidak kena tempat..ia bukan menjadi penenang, tetapi racun rumpai yang membahayakan.

Letaklah sesuatu pada tempatnya. Kesilapan manusia memang sunnatullah..sudah namanya manusia kan. ada perasaan.

No comments:

MASTER Pendidikan Awal Kanak-Kanak

salam. ramai tanya, camana eh nak sambung belajar dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak? soalan kan, nampak mudah. ok, saya share pengalam...