05 July 2013

dua spesis haiwan

#Cit-cat#

1.
Umy: "Fath ayam mana?"
Fath: : "kok kok kok"

Ya itu dia. Fath dah tau bunyi ayam. Sebab abi selalu bawa Fath menziarahi kandang ayam sebelum ke tempat kerja atau apabila terbalik awal dari tempat kerja. Ayam-ayam kampung yang dibeli pekerja rumah depan ni. Ayam kampung itu adalah makanan pekerja itu. Sebelum dimakan, dimasukkan dalam kandang beberapa hari untuk tujuan 'pembersihan'.

Apabila terdengar ayam berkokok di pagi hari atau bila-bila masa, Fath akan cakap 'aya' dan tunjuk keluar rumah.
Fath belum mampu menyebut AYAM secara sempurna.


2.
Umy: "Fath..monyet mana?"
Fath: (pandang tingkap dapur) "nye nye"

Kisahnya kumpulan monyet suka lepak di belakang rumah. Sambil bergayut di pelepah sawit. Tahun lepas boleh dikatakan rajin juga monyet-monyet itu berlepak-lepak. Tetapi semenjak semakin banyak rumah tumbuh disekitar kami, jarang sekali 'mereka' kelihatan.
    Pada suatu petang semasa saya sedang memasak, pelepah sawit itu bergetar-getar, rupanya geng monyet itu sedang lepak. (mungkin kerana sungguh jauh hutan dari sini, jadi 'mereka' lepak di kebun belakang ni). Kebetulan ada ketulan cekodoks entah bila punya yang sudah berada di singki. Daripada buang, baik bagi haiwan. Lalu saya buang di tingkap. Maka datanglah beberapa monyet untuk mengutip. Monyet itu perlu memanjat pagar dapur dulu. Perbuatan monyet itu saya saksikan bersama Fath di jendela dapur.

nah..Fath yang pernah melihat monyet, makin kenal siapa itu monyet!

itu saja kisah Fath untuk kali ini.