16 July 2013

minggu 31 Angah

ouk.
aku sudah kurang mahir bermadah. Menulis pun rasa macam malasan.
mungkin sebab jaringan sosial aku makin mengecil, iaitu aku Fath dan haiwan peliharaannya. (tiger dan bear).

agak lama juga aku tidak menulis tentang Angah yang sedang aku kandung sekarang.
Ya Angah sudah berusia 7 bulan.
Angah sudah lengkap tubuh badan. Cuma tinggal nak membesar.
Angah selalu pusing sampai aku selalu terjerit. Haha. Sesak nafas sekejap.
Sebab tulah kan, aku rasa hidup aku makin kurang jaringan sosialnya..
he he he. Sebab aku harus melayan perasaan dan tindak balas Angah.
(ehe..ada kena mengena ka?).

Minggu lepas aku gi chek up. HB aku rendah gila melampau. 8.9. Memang buat aku insaf. Aku tau, semua mungkin sebab cara aku makan pil zat besi. Ya..
aku memang liat teruk kalau bab telan pil. Walaupun pil coklat tu kecil la juga.
Sebab selalunya apabila aku sudah telan, aku rasa nak muntah. Dan apabila aku muntah aku dapat rasakan betapa azabnya rasa pil itu.

Tapi, apabila memikirkan Angah. Aku usaha juga.
Tapi masuk bulan Ramadhan ni, aku dah jarang makan. Sebab peraturan mendatori pil tu kena makan sejam sebelum makan. Atau dua jam selepas makan. ehe. Bila masa yang sesuai..sahur?. Aku pernah cuba, hasilnya, habis aku telan makanan sahur, semua keluar dengan banyak dan bangga.

Aaha.
aku lupa pil tu sampingan. Banyak benda yang boleh kasi tambah kepekatan darah, macam makan kurma kan, jambu.
jadi aku biasakan makan kurma sebiji habis!
padahal aku mau habiskan setengah biji kurma, memang bercinta lah. Entah kenapa aku bukan jenis peminat kurma-kurma tu. (-_-).

Ok.
Minggu lepas zauji bawa ke Masjid Shah Alam untuk iftar dan terawih.
masa otw tu. Aku mengeluh segala, sebab rasa nak muntah dan Angah goyang bukan main. Sampai aku terjerit sikit.
zauji tanya "yang mana teruk..ni atau Fath?".

Soalan tu buat aku macam rasa teruk. Akupun lupa. Padahal aku kandungkan Fath 2011 jak pun. Sudah boleh lupa ditahun 2013?.

"entah..lupa pula".

haha. Memang teruks sekali.
lalu aku mau jugalah menulis tentang perkembangan Angah di rahim ni. Manatau ada rezeki aku mengandung lagi, aku boleh belek-belek balik kan.
aminnn. (^_^).


Angah,
umy nak oyak ni, masa ngandungkan kamu umy emo lain-lain. Ya kadang macam ok. Kadang macam not. Dan kamu suka sangat goyang time umy buat kerja..dan umy baring-baring. he.

Abe kamu, tu suka sangat usap-usap kamu dan cakap "adek..dek..dek".
entahlah umy tak pasti Abe Fath ni tau atau tidak yang kamu ada dalam rahim atau hanya terpengaruh dengan iklan abi dan umy.

he.

Abe Fath memang sudah tau, kalau nampak gambar baby, dia akan cakap "bebe..be be".
he.
Harapnya, dia pun teruja sebab bakal dapat kawan baru.

hari itu Abe Fath nampak baby di Masjid Shah Alam. Terus Abe Fath pandang macam jakun gitu, lepas tu nampak lagi baby girl sebulan. Terus dia nak pegang. 
Umy kawal lah. Saja bagi peluang sentuh sikit pipi baby yang mulus tu.
haha. Jakun habis.
Umy risau jak, Abe Fath nak cucuk mata, sebagaimana dia cucuk mata kucing yang tengah main dengan dia.

he he he.
Umy harap Angah membesar dengan baik. Dan HB umy naik balik ke 11. Aminnn.

Angah dah 31 minggu ok.
Umy kena 2 minggu sekali chek up. Hem..dengan Abe Fath yang lincah tu, umy kenalah bertabah. Takkan nak harap abi amik cuti tiap kali chek up kan..kan..

oh ya. Umy dan pilih nama..haha.Abi bagi warning, jangan panjang-panjang. Haha. Umy pun tak nak panjang-panjang.

ok. Hari ni puasa ke 7 tau, umy puasa. Pagi tadi sebelum sahur, umy muntah dulu..
bangga umy dapat muntah dengan jayanya. :p



09 July 2013

mak buyong

Ok. Kalau Allah izinkan aku terawih malam ni. Bermakna, pengalaman kedua bersolat dengan tummy sarat.
ya kali ni sarat habis. Mau masuk 7 bulan kan. Tunduk cebok anak pung rasa macam "ohh hilang nafas".

yang pertama tu dalam 5 bulan kot, masih boleh bernafas (-_-).

Kalau puasa sebelum ni bawa Fath yang baru belajar merangkak dan nangis tanpa dikawal.
InsyaAllah kali ini Fath dah boleh dikawal.
Kena bawa segala patung bear busuk gila tu, tiger, kereta mainan dan bantal.

ehe. Semangat nak terawih. Solat wajib dok buat di rumah saja?.
yalah..kalau ada imam boleh diikut, aku lebih suka buat dirumah. Tapi..
Dah my imam ke masjid...


Kalau ada orang sound lepas ni. aku akan bagi ingatan balas.! hehe.

Ramadhan tiba..Ramadhan Tiba.. (lagu Opick).

05 July 2013

dua spesis haiwan

#Cit-cat#

1.
Umy: "Fath ayam mana?"
Fath: : "kok kok kok"

Ya itu dia. Fath dah tau bunyi ayam. Sebab abi selalu bawa Fath menziarahi kandang ayam sebelum ke tempat kerja atau apabila terbalik awal dari tempat kerja. Ayam-ayam kampung yang dibeli pekerja rumah depan ni. Ayam kampung itu adalah makanan pekerja itu. Sebelum dimakan, dimasukkan dalam kandang beberapa hari untuk tujuan 'pembersihan'.

Apabila terdengar ayam berkokok di pagi hari atau bila-bila masa, Fath akan cakap 'aya' dan tunjuk keluar rumah.
Fath belum mampu menyebut AYAM secara sempurna.


2.
Umy: "Fath..monyet mana?"
Fath: (pandang tingkap dapur) "nye nye"

Kisahnya kumpulan monyet suka lepak di belakang rumah. Sambil bergayut di pelepah sawit. Tahun lepas boleh dikatakan rajin juga monyet-monyet itu berlepak-lepak. Tetapi semenjak semakin banyak rumah tumbuh disekitar kami, jarang sekali 'mereka' kelihatan.
    Pada suatu petang semasa saya sedang memasak, pelepah sawit itu bergetar-getar, rupanya geng monyet itu sedang lepak. (mungkin kerana sungguh jauh hutan dari sini, jadi 'mereka' lepak di kebun belakang ni). Kebetulan ada ketulan cekodoks entah bila punya yang sudah berada di singki. Daripada buang, baik bagi haiwan. Lalu saya buang di tingkap. Maka datanglah beberapa monyet untuk mengutip. Monyet itu perlu memanjat pagar dapur dulu. Perbuatan monyet itu saya saksikan bersama Fath di jendela dapur.

nah..Fath yang pernah melihat monyet, makin kenal siapa itu monyet!

itu saja kisah Fath untuk kali ini.

Simpan dalam hati

itu hari aku memang letak Be Better Muslim.
kunun supaya aku berasa haruslah menjadi 'lebih baik' apabila menulis, membaca atau apapun dengn blog ini.

tapi, aku lihat-lihat, isi kandungan blog ini dominan kepada bercerita. Jadi aku ambil keputusan, untuk menyimpan dalam jiwa saja perkataan BE BETTER MUSLIM.(konong-konong)

iya...tulisan kosong dan kacau bilau bukan menunjukkan Better Muslim nya. kan..

ya, manusia sifatnya bergerak. Yang tidak bergerak itu benda yang mati atau tidak bernyawa.
bergerak ke hadapan atau ke belakang.
tidak statik!.

Itu saja.