26 April 2013

Fath nak ikootttt

Malam tadi aku sayu hati, bila Fath beriya-iya mau ikut abi keluar berjuang.
Fath peluk abi, peluk kaki abi. Beriya sangat.
Mungkin sebab dia tahu, sebelum 5 Mei 2013, perjuangan adalah sengit.

abi pakai lebih baik, dari bau dalam kotak

pujuk-pujuk

abi nak ikutttttt

abi nak ikutttttttttttttttttt

takut salah-salah

Siapa tak takut kehilangan kerja?.

Tapi, kalau kehilangan kerja, kerana keterlibatan dalam sesuatu yang diizinkan oleh undang-undang Allah, juga undang-undang manusia. Apa yang merunsingkan?.

Hanya kerana manusia yang berkuasa mengatur pekerjaan itu, lalu diri terbuang?. Itu menyedihkan untuk dirimu? atau untuk si pemilik kuasa?.

Ya. Usah gentar. Rezeki Allah bagi. Ilmu kena cari, duit pun kena cari. (senyum)

24 April 2013

sakit kepala

Sejak dua menjak ni. Umy selalu rasa kepala sakit. Sakit. Pening sikitlah.

Paling teruk, sampai rasa baring sajalah yang sesuai.
Emosi pula cepat betul naik.
Rasa mau cekik-cekik semua.
(sebab tu jauhkan diri dari Fath).

Lagu INGAT 5 SEBELUM 5 adalah amat sesuai untuk situasi sekarang ini.

16 April 2013

sudah 4 bulan

bismillah.

Untuk bagi semangat kepada diri sendiri. Umy tengok vidoe perkembangan janin 4bulan. Woha..comei.Subahanallah.

http://www.babycenter.com.my/a1044267/perkembangan-fetus---hamil-18-minggu

dah boleh scan jantina.

paling penting. Nak tau, anak umy sorang ni sihat dok?. Maklumlah umynya rajin betul makan makanan berkhasiat. Sampai susu tepung abi beli, abi sorang tolong habiskan.
Umy tidak boleh telan dan aha..tengok pun jadi mati terus selera.

umy tanya abi. Manatau dia mau bawa pi scan. Bolehlah umy nampak anak umy comel ni. Umy dah rasa anak umy kick hari tu. Abi pun.

hai..
anak umy dah ditetapkan amalannya, rezekinyanya, ajalnya, untung baiknya. (sedih bila baca ni).


umy research. Jumpa dalam page abuanas.

Telah masyhur di kalangan ulama’ Islam yang dahulu dan  sekarang berfahaman bahawa kejadian janin yang pertama ialah; air mani (النطفة), segumpal darah (العلقة), kemudian seketul daging (و(المضغة. Semua proses kejadian ini ialah selama 120 hari, berdasarkan kepada apa yang difahami dari hadis menghimpun kejadian manusia (جمع الخلق) yang diriwayatkan oleh Imam Al-Bukhari dan lainnya dari ‘Abdullah bin Mas’ud  r.a katanya: 
( حدثنا رسول الله صلى الله عليه وسلم -وهو الصادق المصدوق- قال: “إن أحدكم يُجمع خلقُه في بطن أمه أربعين يوما، ثم يكون علقة مثلَ ذلك، ثم يكون مضغة مثل ذلك، ثم يبعث الله ملكاً يؤمر بأربع كلمات ويقال له: اكتب عمله وأجله ورزقه وشقي أو سعيد. ثم ينفخ فيه الروح…”). صحيح البخاري رقم (3208).
Maksudnya: “Rasulullah saw telah menceritakan kepada kami –sedang Baginda adalah orang benar yang telah dibenarkan kata-katanya- sabdanya: “Bahawa seseorang kamu dihimpunkan kejadiannya dalam perut ibunya selama 40 hari, kemudian dijadikan segumpal darah seumpamanya, kemudian dijadikan seketul daging seumpamanya, kemudian Allah mengutuskan seorang Malaikat untuk menulis empat kalimah  dan diarahkan agar menulis; amalannya, ajalnya, rezekinya dan untung jahat atau untung baik, kemudian ditiupkan rohnya…”. [Sahih Al-Bukhari No. 3208].
Berdasarkan yang disebut dalam hadis, mereka menafsirkan  bahawa roh ditiup ke dalam janin pada waktu ianya  berupa seketul daging, yang pada zahirnya selepas 40 hari yang ketiga.






.............................................................................................................................................................

silap umy letak tidak letak dalam mangkuk. Habis lantai. (sudu ambil sendiri)

12 April 2013

RFC yang enap

Tadi zauji bawa juga ke RFC Sungai Buloh tu. 
Abis Maghrib, kami pun pigi. Walaupun aku mabuk dan rasa mau uwek uwek.

haahaha.

sebab semalam saya ulang-ulang ayat RFC. Dan zauji pula kurang sihat. Tapi mau juga dia berlumba badminton dengan rakan sekerjanya.
jadi, saya sedikit terkecewa.
hihi.

poyo disitu.

Zauji selalu cakap. Kalau dia tidak bersukan, badan dia lemah.
ok.
dan saya selalu balas.
Diluar rumah banyak rumput boleh jadi alat sukan.
heee.

Di petang hari, dia memprovok dengan ayat-ayat RFC. Padahal petang itu saya sedang merasakan kepeningan kepala, keloyaan tekak. Dan tepat zauji balik. Saya pun uwek uwek dengan bunyi yang syahdu.

Balik dari RFC saya dah memang rasa kurang selesa, terutaman di bahagia 'rumah' si Angah tu.
Zauji pula dengan berbesar hati. Bermohon supaya dia boleh berehat.

Saya pula, dengan penuh rasa bersalah perlu mencari kaedah mendapatkan Gong untuk program kelas. Juga ditambah amanah untuk menyiapkan tugasan Prof Aminah.

Maka, kami dicabar oleh Fath yang dikereta diam seribu bahasa. Sampai rumah, aktif seluruh tubuh badan.
Saya dengan rasa berterima kasih, membiarkan Fath mencantas keinginan saya menaip. Dan saya terganggu untuk membuat kerja. Siang pun begitu, malam pun begitu. Itu semua alasan. Haha.

anak pintarsoleh penguat semangat umi dan abi.
Makanya, selepas Fath bertiduran. Barulah saya boleh meneruskan kerja. Dan kerja saya selalu tergendala, dek kerana apa yang mahu ditulis. Tiada langsung tertulis. Sebab otak langsung tidak dapat mengeluarkan idea.

Poyo kata orang-orang.

Sebenarnya....

Cabaran utama saya ialah diri sendiri. Saya tidak perlu melayan ketidak adaan idea dengan mencipta idea.
Cabaran kelincahan Fath, adalah penguat kepada semangat mahu menangguhkan kerja.

Ok. Saya sedar hakikat itu.
Maka, saya pun mesti menulis dan menulis. Supaya saya dapat menyiapkan kerja itu.

Bak kata zauji.
"tulis jaklah apa yang ada, nanti edit".

(^_^). Senyum walaupun sandi'.

09 April 2013

meminta

bismillah.

Setahu aku, aku dulu sangat takut bab minta duit dengan beliau.
Hatta aku mau balik kampus pun, aku tunggu beliau tanya, aku nak duit berapa.Baru aku pura-pura minta berapa yang mau dibagi. :p

itu dulu, masa aku dibawah jagaan beliauku.

kini, bila aku dah jadi zaujah orang. Aku nampak perangai itu perlahan-lahan terkikis.(-_-). Lagi-lagi apabila aku tengah mood ibu mengandung.
lagi kalau bab makanan. Memang ringan saja mulut aku minta ini, minta itu.

kalau nak duit untuk makan. Memang mulut aku sangatlah ringan.
Duit buku pun. Sebab aku jarang beli buku. heeheh.

Tapi, bila aku tau benda itu bukan perkara yang mudah untuk dibuat. Aku belajar berhati-hati. Misalnya, aku sengal-sengal badan dan payah mau tidur malam. Tidaklah aku ajar diri aku minta urut-urut. Sebab akupun tau bila maksud 'penat dan letih' orang lain.

Kalau bab barangan, macam kasut pun, aku segan silu mau minta beli. Walaupun aku tau, zauji aku bukan berkira bab tu.
sebab tu, aku buat biasa pegi kelas guna kasut kain aku yang buruk tu. Atau selipar krok yang tapak haus tu.
kadang akupun rasa, ish..aku ni macam tidak ambil tahu bab bergaya. Bergaya di rumah dulu wahai diriku.

tapi,
kadang aku terpaksa juga memaksa untuk buat perkara yang aku sendiri keliru, 'benda ni perlu disuarakan atau tidak?'

misalnya, apabila ada orang minta ambil. Adik-adik akulah tu.
kadang aku saja guna ayat kasar. 'dah besar panjang pun takkan naik bas susah sangat'.
aku rasa adik aku ni memang terbiasalah di penuhkan impian. Itu yang sampai masuk IPTA, pohon beberapa kali susah mau dapat. Mungkin Allah nak mereka sedar, yang tidak semua impian yang rasa boleh dicapai itu dapat.
(sebenarnya, aku kesian dengan dorang tu..isk..isk. Kerja macam-macam sementara mengharap harapan IPTA. Lastly masuk juga ke IPTS. Oklah tu, ada juga peluang belajar kan).

Jadi, bagi aku kalau bab hantar-hantar ni, aku tunggu tukang hantar menawarkan. Biarlah, adik-adik aku cakap apa.
aku selalu cakap. "nanti aku tau memandu, bolehlah kamu mau minta tolong ini, tolong itu". Padahal sebenarnya, itu ayat penyedap jak.
Aku mau diorang ni, tidak bergantung sangat dengan orang lain. Sebab diorang perlu tahu, hidup yang terbaik ialah menjadi 'pemberi'. nasihat untuk aku juga tu.

Akupun dulu, terpaksa berdiri sendiri. Marah-marah dengan beliau. Sesiapalah.
Kalau di kampus,kawan aku nama Ecah tulah, tempat aku selalu minta tolong hantar/ambil naik motor. Kalau dia bebel. Aku cepat terasa bersalah. Sebab tulah, aku rasa, bagusnya kalau kita kurang meminta budi.


tapi, bila dah berumah bertangga ni. Aku pegang satu. suami pun mau juga ada orang jadikan dia tempat bergantung. Sebagai tanda, kita menghargai kewujudannya. Biarlah minta budi pun.
cuma yang tu perlu lebih dipelajari. Jangan benda yang suami kurang suka. Kita pula asyik bergantung.
ini nasihat untuk aku. Korang mau terasa, terasalah.


03 April 2013

selasakan

bismillah.

Minggu zauji gaji. Minta zauji kuar kerja awal. Awal bermaksud, balik rumah sebelum azan maghrib berkumandang.
minggu kebelakangan ni,busy dengan eksperimen apa ntah yang main kira berat-berat besi. Adalah tertengok masa ke makmal yang sebesar padang bola keranjang tu.

Abi balik awal. Sebab umy nak beli peralatan sekolah. Hu. Alasan umy sangat bagus.

Mau sangat belikan Fath jeans. Belek-belek.
dan abi cakap.
"kain tu tak selesa lah".

hu.

umy bidas.
"baju t-shirt belang-belang tu, ngam dengan jeans la".

dan.
"nak cantik, tapi anak tak selesa".

haha.
betullah.
mak-maknya suka 'seksa' anak dengan pakai macam-macam, stokin panjang, bandana, baju gaun macam-macam lagi. Anak tu selasa memang tidak difikirkan.

pengajaran:
pentingkan yang asasnya dulu. (^_^).