09 April 2013

meminta

bismillah.

Setahu aku, aku dulu sangat takut bab minta duit dengan beliau.
Hatta aku mau balik kampus pun, aku tunggu beliau tanya, aku nak duit berapa.Baru aku pura-pura minta berapa yang mau dibagi. :p

itu dulu, masa aku dibawah jagaan beliauku.

kini, bila aku dah jadi zaujah orang. Aku nampak perangai itu perlahan-lahan terkikis.(-_-). Lagi-lagi apabila aku tengah mood ibu mengandung.
lagi kalau bab makanan. Memang ringan saja mulut aku minta ini, minta itu.

kalau nak duit untuk makan. Memang mulut aku sangatlah ringan.
Duit buku pun. Sebab aku jarang beli buku. heeheh.

Tapi, bila aku tau benda itu bukan perkara yang mudah untuk dibuat. Aku belajar berhati-hati. Misalnya, aku sengal-sengal badan dan payah mau tidur malam. Tidaklah aku ajar diri aku minta urut-urut. Sebab akupun tau bila maksud 'penat dan letih' orang lain.

Kalau bab barangan, macam kasut pun, aku segan silu mau minta beli. Walaupun aku tau, zauji aku bukan berkira bab tu.
sebab tu, aku buat biasa pegi kelas guna kasut kain aku yang buruk tu. Atau selipar krok yang tapak haus tu.
kadang akupun rasa, ish..aku ni macam tidak ambil tahu bab bergaya. Bergaya di rumah dulu wahai diriku.

tapi,
kadang aku terpaksa juga memaksa untuk buat perkara yang aku sendiri keliru, 'benda ni perlu disuarakan atau tidak?'

misalnya, apabila ada orang minta ambil. Adik-adik akulah tu.
kadang aku saja guna ayat kasar. 'dah besar panjang pun takkan naik bas susah sangat'.
aku rasa adik aku ni memang terbiasalah di penuhkan impian. Itu yang sampai masuk IPTA, pohon beberapa kali susah mau dapat. Mungkin Allah nak mereka sedar, yang tidak semua impian yang rasa boleh dicapai itu dapat.
(sebenarnya, aku kesian dengan dorang tu..isk..isk. Kerja macam-macam sementara mengharap harapan IPTA. Lastly masuk juga ke IPTS. Oklah tu, ada juga peluang belajar kan).

Jadi, bagi aku kalau bab hantar-hantar ni, aku tunggu tukang hantar menawarkan. Biarlah, adik-adik aku cakap apa.
aku selalu cakap. "nanti aku tau memandu, bolehlah kamu mau minta tolong ini, tolong itu". Padahal sebenarnya, itu ayat penyedap jak.
Aku mau diorang ni, tidak bergantung sangat dengan orang lain. Sebab diorang perlu tahu, hidup yang terbaik ialah menjadi 'pemberi'. nasihat untuk aku juga tu.

Akupun dulu, terpaksa berdiri sendiri. Marah-marah dengan beliau. Sesiapalah.
Kalau di kampus,kawan aku nama Ecah tulah, tempat aku selalu minta tolong hantar/ambil naik motor. Kalau dia bebel. Aku cepat terasa bersalah. Sebab tulah, aku rasa, bagusnya kalau kita kurang meminta budi.


tapi, bila dah berumah bertangga ni. Aku pegang satu. suami pun mau juga ada orang jadikan dia tempat bergantung. Sebagai tanda, kita menghargai kewujudannya. Biarlah minta budi pun.
cuma yang tu perlu lebih dipelajari. Jangan benda yang suami kurang suka. Kita pula asyik bergantung.
ini nasihat untuk aku. Korang mau terasa, terasalah.


No comments:

MASTER Pendidikan Awal Kanak-Kanak

salam. ramai tanya, camana eh nak sambung belajar dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak? soalan kan, nampak mudah. ok, saya share pengalam...