01 March 2013

entah

bismillah.

Sejak usia 'angah' ini masuk 1 bulan. Saya sudah mula jadi sotong. Mungkin juga mayat hidup.
Semua serba 'no life'.

Rumah berantakan. Fath dibiarkan. Yang sepah makin bersepah. Kain bertimbun. Sampah membusuk.
Ya. Jauh dari aroma syurga sudah.

Saya selalu bersedih dan banyak kali juga menangis.
saya minta pada Allah, berilah saya kekuatan sedikit, paling kurang saya boleh meminimumkan kerja-kerja tambahan zauji. Yang sudah seperti bibik, tukang jaga.

Saya rasa baru 3 kali atau > saya ada masak. Itupun kerana tidak sanggup biarkan Fath hanya kunyah biskut.
Ditambah oleh zauji yang sanggup balik dan membeli nasi bungkus untuk saya!.
Balik kerja, dan memasak dengan stokin-stokin kerjanya!

Itupun ada beberapa kali. Saya hanya makan separuh. Dan separuh saya simpan sampai basi!.
Malah ada yang saya tidak dapat menyentuhnya langsung.
Malah masakan dan aroma masakan itu menjadikan saya bagai bukan di dunia yang indah-indah.

Siapa tidak sedih?.

Lalu saya berdoa lagi.
Semoga Allah tambahkan sabar yang tinggi kepaa zauji.
Dengan kerenah yang saya sendiri tidak sanggup hadapi.

Saya sendiri selalu empati.
Sebagaimana yang zauji rasakan.
kerjanya.

Sebab itulah.
Kadang zauji bertanya, kenapa saya menangis tiba-tiba.
dan saya tidak sanggup untuk berterus terang. Betapa saya mengasihani dan mengkagumi kesabaran yang dia tunjukkan.
Malah kalau zauji ada marah-marah atau membebel. Saya akan berfikir. "kalau saya ditempatnya, saya mungkin lebih teruk dari itu".

Apabila semester 2 bermula.
Saya tiada pilihan lain. Melainkan HIDUP MESTI TERUS.
walaupun saya tahu, teruknya keadaan saya.
saya ajak juga untuk terus positifkan minda saya.

"Allah.
Berikanlah kesabaran. Kekuatan dan kesihatan yang baik kepada kami. Dan mereka yang berkerja keranaMu.aminnn"