02 April 2012

pakailah apa saja


sabtu lalu pi Angsana, sambil-sambil tunggu zauji yang beratur bayar buku.Saya masuk satu butik sebelah BADAN.Kedai buku yang terbaik di situ.
Masuk-masuk.Pegang kain baju.Masya Allah,sedapnya kain itu.
Belek harga..
Masya Allah.RM341 sepasang.Seswai dengan kualiti.Fabriknya.
Dalam hati.Mau juga merasa nikmat baju mahal-mahal ni.

:)

Tengokkk.Ada tudung cantek.
Sebelum tu.Tengok harga dulu.
Ok.Bawa RM30 saja.
Tapi kecik.

Tengok Shawl.
Yang pxmina (entah camana ejaanya).Tidaklah mahal.Kain tebal.Ringan pulak.
Tapi pakai 2 kali..keluarlah urat-urat benangnya.
Sesuailah dengan harganya.

Belek-belek Jubah..wahhh
sedappp kainnya.
Harga?
RM357 (lebih kurang la)

mak aiii.

Nanti saya kerja.Saya beli lah.
Hehe.Menyedapkan perasaan 'keperempuanan yang memang suka benda-benda cantik'.

Sebelum kuar butik tu.Nampak 1 tudung yang coraknya cantik.Ringan.Harga pun boleh beli.
Tapi sayang.Kocik pulok..
kenapalah kilang tudung tu dak buat yang saiz bezaq sikit.bidang 50 pun dak mengapa.Boleh jak dibesarkan semasa memakai.
Kesian saya yang teruja dengan corak lembut tuuu. (-___-).


Ada juga yang bidang 60,tapi coraknya,kainnya sungguh tidak menyentuh jiwa saya.


"pakailah apa saja untuk menutup *auratmu wahai orang-orang"

Aurat=

segi bahasa:Segala perkara yang dirasa malu (jika dilihatkan ,didedahkan) juga memberi makna a'ib,cacat,cela atau juga diterjemahkan sebagai lorong-lorong jalan di bukit.(Munawwir,Kamus Bahasa A'rab-Indonesia)

Private parts, genitals, defect, fault and blemish. (Al-Mawrid Al-Quareeb,A Pocket Arabic-English Dictionary)

Dalam Hadis:"Wanita itu adalah a'urat".( المَرْأةُ عَوْرَةٌ ),Maksudnya wanita itu menjadi a'urat kerana dirinya adalah aurat bila ia menampakkan apa yang patut ia rasa malu seperti mana seseorang yang bila auratnya tersingkap terasa malu. (Lisanul A'rab.Jilid 4)

Kesimpulannya:

Aurat itu ialah suatu (yang terdedah,tersingkap, terbuka) maka terasa malu seperti aib seseorang didedahkan maka ia akan malu,dan adakalanya perkara itu menjatuhkan maruah (menurunkan harga) dirinya.Maka kerana itulah 'AURAT' (aibnya) ditutup dan dijaga untuk memelihara harga dirinya, seperti penjual menyembunyikan kecacatan (aib) barang supaya tidak jatuh harganya.

Maksud Aurat dari segi syara':Suatu yang wajib ditutup atau suatu yang haram dilihat. (Fiqh Al-Manhaji A'la Al-Mazhab Al-Imam Syafie',Jilid 1)